wah wah lama gila aku tak hapdet blog ni. boleh jadi fossil sudah aku rasa.
kebanyakan merapu aku sekarang kat fb je.malas nak on laptop dan menaip. hari ni, sesambil aku on VLE Frog dan cari idea apa benda nak sumbat dalam tu, makanya tergerak jariku nak menghapdet blog ini.
so hari ni, dalam aku merapu dan mengkomen sana sini, tetiba aku dapat soalan cepumas di atas.
awak pernah jatuh cinta?
sebenarnya, aku malas nak cakap pasal cinta ni. topik yang bosan dan tak membina minda langsung. ceh wah. macamlah selama ni aku merapu membina minda. ngeh ngeh ngeh. ke sebab aku pun blur ngan apa sebenarnya CINTA ni. walaupun aku rajin baca novel cinta.
sejarah cinta aku nan lalu..oh hanyalah ujian bagiku...mak...ternyanyi plak, aku suka nyanyi part ni bila nak masuk ajar sejarah darjah 4, sampai anak murid aku terdengar pastu depa pegi ikut nyanyi plak. adoi. budak-budak kan, macam span otaknya, tapi bila bab belajar tak laju macam tu plak...haih....
oh sambung pasal cinta,
aku ni sebenarnya, erm, nak kata pernah bercinta tapi macam tak pernah, nak kata tak pernah bercinta macam pernah. tapi, anggap jelah tak pernah sebab aku bercinta ngan orang yang tak wujud. 😅
zaman sekolah aku memang menyampah dengan budak lelaki. ada la gak konon minat sana sini tapi end up lelaki yang aku minat tu semua takdela best sangat pun. tak cukup bijak haha. so cam kelakar bila ada budak perempuan beriya-iya mempertahankan bf dia dari diminat oleh aku. yolah, hamekla kat kau. nasib kawen gak akhirnya mereka. kehkehkeh. kira berbaloi la kan mempertahankan chenta mereka time tu.
daripada zaman sekolah, sampailah ke uni, aku ni bukanlah kategori budak perempuan berpewatakan menarik. kalau pergi casting, confirm dorang ingat aku apply untuk keje kerani enter data kot. heheh. dengan gigi jongang ala jongos, kejap kurus kejap gemok cam belon, pakai selipar jepun dengan tshirt tangan pendek dengan jeans koyak je ke mana-mana hatta ke KLCC, memang takde sapa la pandang aku. silap-silap kalau aku buat cubaan menekel, kena reject sambil orang tu buat larian marathon terus menang olimpik. sekarang bab gigi tu ada ampun sikit la sebab da pakai braces ala sista hipstur gitu. (padahal dah 7 tahun aku pakai braces, takde kaitan ngan hipstur raver segala okay)
oh kisah bercinta aku dengan orang tak wujud tu aku rasa aku pernah cerita kat sini tapi aku dah delete pos tu sebab masa tu aku ada harapan dia wujud, rupanya mmg tak pernah wujud.memalukan je pos tu. ceritanya bermula di zaman mirc, di chat room. walaupun rupa aku tak lawa, aku terer mengayat baq hang. ramai je terjatuh cinta dengan ayat-ayat cinta aku. keh kehkeh, yang beza 10 tahun dengan aku pun ada masa tu. bila dia jumpa aku, aku rasa dia menyesal dia dilahirkan hahahahha zaman tu boleh jumpa orang suka hati je, tak macam sekarang, bahaya oiii.
so dalam ramai-ramai tu adelah konon serius dengan seorang mamat ni, tapi dia taknak jumpa aku. konon dia ada sakit la apala. sebagai orang yg naif masa tu, aku percaya jelah. (ke aku memang bendul suka percaya kat orang tak tentu pasal....), dari zaman lepas SPM sampaila ke masuk IPG aku tunggu dia. peh, punyalah setia. dia pun konon-konon hantar gambar dia, hantar hadiah best-best (orang bagi kita ambik) so aku percayalah dia memang serius ngan aku. aku memang takde affair ngan sesapa lah sepanjang menunggu dia tu. tapi kawan lelaki yg kacak ada la seorang dua. aku memang suka orang hensem. rupalistik gitu.
pastu, in the end dia cakap dia dah kawen. adui. hancur betul rasa hati aku masa tu.
mereput aku tunggu dia, rupanya dia dah kawen.
pastu aku move on jelah. sekejap je rasa sakit hati sebab masa tu aku ada adik angkat yang kacak juga (orang kata dia kacak, aku rasa dia takde kacak mana, bukan taste aku), boleh la buat lepak hang out n buli dia. tapi pastu, adik angkat aku pun ada perangai cam jahanam and dia pun kawen, aku pun sambung la mereput. takda hal punyalah, sebab aku dah belajar dalam life ni,
cinta tu mungkin tak wujud pun untuk aku.
ke otak aku ni sejenis macam pc, boleh reboot n restart and lupakan je orang walaupun orang tu dah buat jahat cam haram kat aku.
aku lebih suka count my blessings dari memikir hanat-hanat yang jahanam tu.
jadi untuk soalan awak pernah jatuh cinta, jawapannya, mungkin bukan cinta yang aku jatuh tu. mungkin jatuh suka sampai tergolek saja.
cinta tu satu rasa yang halus, yang Allah bagi kepada setiap manusia sebagai rahmat dan ujian. aku rasa aku tak pernah betul-betul jatuh cinta sebab senang je aku move on and lupakan mereka yg aku suka tu. cinta buat kita jadi buta, sanggup berkorban apa saja, kadang-kadang sampai lupa kepada yg memberi rasa tu.
cinta dan perkahwinan,
ntah aku tak reti nak komen sebab aku tak kawen lagi.
ada baiknya konsep cinta selepas nikah tu sebab nak buat apa pun halal dalam proses mencari cinta tu. couple segala ni buang masa je kot. dok jaga jodoh orang 😂
pada aku untuk berkahwin, kena faham untuk apa berkahwin tu. kalau aku nak kahwin pun sebab
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bertutur,
“إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا؛ قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ”.
“Jika seorang wanita menunaikan shalat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan menaati suaminya; niscaya akan dikatakan padanya: “Masuklah ke dalam surga dari pintu manapun yang kau mau”. (HR. Ahmad dari Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu’anhu dan dinyatakan hasan oleh Syaikh al-Albany).
Sumber: https://muslim.or.id/9275-bebas-memilih-pintu-surga.html
aku nak cari kunci syurga aku.
tapi kalau takdirnya kunci syurga aku bukan terletak pd perkahwinan, aku redha. syurga bukan satu jalan.
biarlah orang kata aku memilih ke apa, aku dah tak kisah. aku dah boring nak kisah apa orang kata. immune dah. cakap aku anak dara tua tak laku pun aku tak heran dah.
memang aku memilih, aku cari suami yang aku boleh hormat, yang aku boleh dengar cakap dia, yang boleh tegur aku elok-elok tanpa hina aku, yang boleh buatkan aku tak heran ngan Thor n segala jenis artis and aku cari suami yang sayang aku sebab Allah.
so far, pencarian tu belum jumpa apa-apa so be it. i know what i want and i know Allah has the best plan for me.
okaylah, aku rasa dah panjang berjela aku meraban ni. thanks for reading.
muah muah muah
rasa nak nyanyi lagi DS vida plak.
ok tayah,
nanti ribut tropika la nina.
kbai. 💘