Monday, November 11, 2013

hallo hallo

hallo hallo

enibodi home??

oh nobody.

ok bagus. boleh aku membebel sepuas hati aku.

well, hari ni isnin. Kat sekolah tadi punyela bizi. sat duduk, sat bangun, sat jalan2 p sana sini. maklumla minggu last skolah utk tahun ni. macam2 la nak kena settle. tu lain kali la aku cerita. tak penting sangat pun.

yang aku nk membebel ni pasal weekends aku yang baru lepas ni.  hari sabtu memang aku dok lepak ajer la, dr pagi sampai la ke petang aku dok bergolek atas katil. sambil2 online. merapu sana merapu sini. 

dalam dok merapu tu, aku TERlike la satu page cari jodoh kt laman soSIAL ni, pastu keluar la satu gambar mamat ni. Dia claim dia duda and umo 38. muka edit pakai contact lens. sumpah pelik. dia bg link fb dia so aku pun click lah. sekali aku ternampak satu status bertarikh 5 november yang menunjukkan dia marah2 seorang prempuan yang ganggu rumah tangga dia. ayat nye berbunyi sebegini lebih kurang " kalau ko janda pgi carik laki ko, kalau ko balu pegi sedekah al fatihah kt laki ko, jgn kacau aku dengan wife aku yg tgh sakit ni. bukan sakit biasa." at rumah mak mentua.

menimbulkan kemusykilan aku lalu aku pon komenla kt page dia tu. aku ckp  mcm pelik je status dia tu.5 nov ada isteri, 9 nov dah jd duda??

 instead of dpt jawapan, komen aku didelete. aku tatau la admin ke delete ke mamat tu delete. pastu admin page tu siap sound aku yg dia dah tau kisah sebenar sebab mamat tu dh pm dia. what de ?? kalau pm, its between u n him, yang orang lain ni apahal plak?

macam tu ke cara terbaik nak deal dengan pertanyaan orang? siap sound aku jangan judge mamat tu. bila jadah plak aku judge dia?? aku cuma tanya status dia tu tak tally dengan title duda yang diclaim dia tu.  sikit2 cakap judge. paham ke makna judge tu pun (-_-") 
tapi selepas apa dia balas kt aku, well, aku rasa umpamanya macam dia terjun dalam loji taik pastu menyalak2 cakap jangan cakap dia busuk. wakakka! sakit hati tak baca ayat aku? nasibla ko labu.

pastu panjang la kepohci nye kat situ. kira glemer haram la kat situ. datangla plak 3,4 makhluk lg yg claim konon kenal mamat ni dok back up dia. Allahurobbi, ingat aku nak cari gaduh ke apa. aku cuma query saja dan itu yg aku dapat?? siap minah sekor tu kata, sapa2 yang kutuk mamat tu dia hantam. bengong ke ape??

yelah kadang2 level pemikiran manusia ni tak sama, jadi aku takdelah nak melayan sangat kebangangan itu. mamat tu siap block aku pastu quote2 nama aku pas block sebab tau aku tak nampak apa dia cakap. apa punya attitude la macam tu? very childish. nampak sangat takut kerana salah. 

so aku dapat buat kesimpulan kat sini, walaupun effort page tu baik nak carikan jodoh kepada mereka yang berkenaan, tapi aku rasa macam ada yang tak kena. macam katalog. ko boleh pilih macam mana ko nak.  memang tak dinafikan ada yang bertemu jodoh di situ. Alhamdulillah. tapi aku rasa ramai lagi yg kena hina sebab badan besar masokkan page kt situ, kalau ada rupa plak akan ada komen " ni test market ni". ada yg like smpai berbelas ribu, kalah artis kauuu. komen beribu2 pun ada. pergh. kalau letak iklan mmg kaya la....

hah! memang itulah tujuannya kan. sebab nak letak iklan supaya ramai yang tengok and meluaskan market. so kiranya aku ni penyumbang la kepada keglemeran page tu sebab kecoh kt situ. untungla dapat marketing free kan. pui!! 

ada aku baca komen yang cakap, tu la kali pertama page tu jd kontroversi camtu. wah! should i get any royalti ke apa ni ??

mengikut pendapat aku yang tak seberapa ni, tak kenalah cara page tu sebenarnya. ko iklankan orang then make people vulnerable to criminals. and penipu. and buaya. berapa kerat sangat yg cari jodoh masuk page segitu. aku rasa yang kenal melalui page ilmuan lebih menarik. kenal2 bertukar pendapat mengenai sesuatu isu, baru lah berkenalan melalui tahap intelektual kan. tu pun ada yg fake sebab u can always have split personality. real world lain. dkt cyber world kibod warrior. ceh.

ataupun suggestion kawan aku, pergila join ngo ke, volunteer cuci masjid ke, then ko akan kenal ramai orang. yang dah sah2 rajin buat kebaikan. lebih real sebab ko boleh tengok perangai sebenar orang tu.

aku memang dah serik la kenal2 orang kt alam maya ni kalau dengan tujuan nak dibuat jodoh. kenal tu seeloknya niat berkawan. tambah networking. kalau ada jodoh ko di alam cyber ni, memang Allah dah tentukan gitu....Alhamdulillah. tp janganla ko log in semua social network dengan harapan ada jodoh ko kt situ. very the desperate.

im 34. aku single. tak pernah ada real bf. bf internet ada. haha thats why aku kata aku serik. kelakar pn ada. macam mana bercinta kalau tak pernah jumpa?? well itu another story. kalau rajin aku cerita.

bottom line is, aku tak rasa desperate pun nak cari jodoh ni. menipula kalau cakap aku tak rasa nk kawen. semua orang nak kawen. semua orang nk ikut sunnah. jd niatnya di sini aku nak mengikut sunnah dan aku mencari yang mengikut sunnah juga. biarlah orang nk mengata, rupa aku tak seberapa tapi memilih bukan main. memang aku kena memilih sebab aku memilih bakal imam aku. yang boleh aku hormat. yang boleh aku taat. mak ayah aku tak boleh pilih tapi suami aku boleh pilih. selagi diberi kesempatan aku pilihlah. pilihan yang diiringi dengan doa.

sapa yang tak nak rasa disayangi kan, loving2 gitu, gedik dengan suami sendiri. macam best je kan ada family semua. tapi tak semudah itu bagi aku. aku tak macam orang lain. kalau aku jd isteri orang pun, aku mungkin tak boleh macam isteri2 lain. aku cari orang yg boleh sayang aku, time aku sakit boleh paham aku. bukannya orang nk cari bibik yang boleh masak, gosok baju jaga makan pakai dia. NO. HELL NO.

in return, orang tu akan dpt seorang wife yang bijak, boleh tolong pk sama2 masalah dia, yang takkan kacau dia bila dia serabut, nak tengok bola sampai lebam pun aku tak kisah, boleh dibawak berbincang smua topik, boleh drive sana sini sendiri, bolehh tukar bulb lampu sndiri, yes i can offer my intelligence and brain. so kalau orang carik bibik yang cantik untuk dibuat isteri, definitely the person is not me. selalunya lelaki tak suka prempuan yang independent, well ikutlah taste masing2 kan. 

oklah tu jelah aku rasa nk merapu. panjang lebar dah ni. nak sambung tgk chef jelita apa benda ntah nih. harini tak letak apa2 gambar pn, malas,
kbai.



No comments:

Post a Comment