Monday, January 6, 2014

k.a.w.a.n

isnin pertama minggu pertama 2014

fuh....penatnya hari ni, Allah je yang maha mengetahui. biasalah, walaupun sekolah dah bermula minggu lepas, tapi official assembly nya hari ni ler sebab harini adelah isnin yang pertama untuk tahun ni kan kan? pastu diikutilah dengan kerja-kerja berderet. mujurlah sempat bernafas kalau tak mungkin aku dah jadi belon udara warna biru yang menggelembung lalu naik ke langit. oh katun sungguh. sila katunkan diri anda untuk sementara waktu. 

camtula life cikgu, tahun berlalu, budak-budak akan membesar depan mata kita. tahun lepas cikenit-cikenit aje, tengok-tengok bukak sekola ni dah tambah tinggi seinci. pastu gamaknye keje menternak badan time cuti, bukak sekolah je nampak sendat je baju budak-budak ni walaupun baju baru ler katanya..heh. biasalah budak-budak kan cepat membesar...seronok tengok yang comey-comey tu tukar jadi jelitawan, yang comot-comot pun dah pandai tepek bedak kat muka...budak-budak ni kalau baru start sekolah, bisingnya ya ampun. tak larat nak besarkan bijik mata dah kat dorang. silap2 mau terkeluar bijik mata aku toing~ toing~ tapi tak jugak senyapnya. biasalah nak update kawan-kawan kan. walaupun ada la small group yang ada fb tapi update secara live lebih gempak gitu kan. boleh menaikkan darjah kemarahan cikgu dia ni haa...baru puas hati dengan cikgu menjerit satu KL dengar. ok david teoh sila buat filem cikgu menjerit. bukan KL menjerit ok.
eh david teoh ke? main hentam je kan aku. ah lantaklah.  

tulah kalau kelas awal-awal tahun ni, aku banyak bagi group work. sajalah nak bagi dorang berborak-borak sambil berbincang keje aku bagi kan. aku kan cikgu yang memahami. ceh. memahamila sangat kan. 
yelah kita semua pun penah rasa zaman budak-budak. ada kawan-kawan yang sama-sama main, sama-sama minat cikgu, pastu lawan berdengki. as we grow up, perception kita tentang kawan akan sama-sama bertukar dengan pengalaman dan persekitaran kita ye dak. 
well, malam ni aku terasa nak bercerita dengan kawan-kawan aku. mungkin tak cover semua sebab aku rasa aku ramai kawan. ramaila kan lebih dari satu. :p

ok, mari kita time travel...eceh. aku memang sukala kan time travel ni. 
kembali ke sekolah rendah.
masa kat sekolah rendah, aku sekolah kat gombak utara. SK gombak utara. ada di antara kawan-kawan aku dari kalangan masyarakat orang asli di sana. kira dari kecik lagi aku memang dah bercampur dengan macam-macam jenis bangsa. so aku tak racist. aku benci racist. buh penampaq sedas baru tau. tuhan tu tak tengok kita bangsa apa tapi Dia tengok amalan kita. ok tu tazkirah iklan. 

jadi kawan2 aku tu namanya pelik2 sikit, pada aku pelikla masa tu sebab baru sekolah rendah aku dah jumpa nama selain dari siti, abu, kamal, ahmad, meimei, siva kan....antara nama kawan aku yang aku ingat masa tu, Jestonariza, Amek, Ulna...ha tiga tu jelah aku ingat kot. maklumla kepala aku ni ada byk neuron-neuron yang tak berapa stabil penghantaran impuls sarafnye. kitaorang selalu main-main yang biasa budak main time tu, main galah panjang, main getah, main tiang. main babi utan. eh tak tak. babi utan tu aku tengok je dia dah arwah kat tengah padang. mungkin dia sesat cari jalan pulang. lalu terkejut tengok sekolah aku lalu meninggal dunia. agaknya lah. sumpah besar babi utan tu. pastu adalah kawan aku pegi pegang. pastu dia pegi basuh pastu sentuh si A pastu A sentuh B pastu B sentuh C pastu....ha korang bayangkanla berapa banyak sentuh daa. pastu kami cepat-cepat pergi cari ustazah. kena buat apa ni ustazah kami dah sentuh orang yang dah sentuh orang yang dah sentuh dan orang tu sentuh babi utan. wahhh! ustazah pun pening. last-last dia telepon orang suh pegi buang bangkai babi utan tu. kami ni? takde apelah kottt. ntah. aku pun dah lupa apa kesudahannya hukum sentuhan tu.  sekarang manaada babi utan kat gombak tu. driver perangai cam babi banyak. ops. tercarot plak. hehe sowi.

kawan aku paling baik masa tu anak penolong kanan sekolah tu. nama je best friend tapi sebenarnya kitaorang selalu je gaduh haha. paling tak bole blah, dia suka purple aku suka hijau. ke the other way round. aku pun dah lupa. sebab sekarang semua kaler aku suka jd aku lupa warna kegemaran aku masa tu
jadinya, barang-barang dia takleh ade kaler hijau and barang-barang aku takleh ade kaler purple. kalau ada akan dituduh meniru warna kegemaran!! haha ! kelakar giler. abisla barang-barang aku takleh ade kaler purple kannn. cis! pastu dia masuk STF and aku masuk sekolah biasa. since then kitaorang lost contact. smpaila a few years back, rupa2nya dia satu uni ngan kawan aku kt serting dulu. so jejak kasihan la ngan dia. just jumpa semula as kawan lama lah...camtu je.

then kat sekolah menengah, kawan2 kat sini kebanyakannya adalah jirang kawasang seperumahan. eh takdelah aku bukan duduk terengganu. aku dah terlajak taip. malas nk padam g tu. 
ok form 1 sampai form 3 aku jalan kaki je gi skolah. jadi ramaila kawan2 geng jalan kaki. banyakla cerita suka duka sekolah menengah ni. yelah, maklumla aku ni takdela lawa dulu. (sekrang pun tak lah jugak. cliche sungguhlah). tapi zaman budak-budak lagi la terasa tak lawanya sebab tak boleh duduk nga grup budak cun-cun. pastu biasalah, zaman budak-budak adelah minat kt senior tu senior ni tapi jangan harapla dorang nak pandang. senior-senior mestila pandang budak-budak lawa, badan solid-solid. oh tu memang fakta. jadi aku geng la ngan kawan-kawan yang sekepala je ngan aku. tapi masa sekolah menengah ni la aku belajar erti backstab. sobs. aku ingat lagi, kawan yang aku rasakan bestfren aku, rupanya mengutuk aku kat belakang. aku bagi dia pinjam buku teks agama aku, pastu dia pun pulangkan. nak dijadikan cerita, dia terlupa nak keluarkan nota-nota yang dia tulis dalam buku teks aku tu. oh bukan nota agama. nota-nota tu penuh perbualan dia ngan sorang lagi kawan aku. mengutuk aku kaw2. hurm...sedih. ingatkan semua orang ikhlas bila berkawan. sejak dari haritu, aku jauhkan diri dari dia. and aku takdalah rapat ngan sesiapa pun. luka masa sekolah memang sangat dalam kesannya. 

then, aku pergi mrsm. 3 tahun aku kt mrsm. yelah sebab aku sakit kan. so sini pun ada macam-macam jenis kawan. ada yang sebaya and lebih muda. hubungan aku dengan yang lebih muda tu so and so je. yelah mana ada orang suka duduk ngan senior kan. ada sekali tu classmate sound aku ramai-ramai cakap dorang tak suka aku berlagak macam ketua dorang. and budak laki pun cam tak suka dengan dorang sebab kawan ngan aku yang berlagak bagus. my answer was...fine. aku tak suruh pun kawan ngan aku. taknak kawan sudah. so, kitaorang pun buatlah hal masing-masing. most of the time aku memang lone ranger jer masa kt mrsm dulu. tapi bila musim study, ramaila kawan aku. aku tak kisah. orang nak suruh ajar aku ajar jer. bukan luak apa pn. tapi bila dah tua2 bangka ni, adelah a few yang rapat ngan aku. maybe they dont know me back then....tkpe, manusia kan berubah-ubah hatinya.

then aku pergi uni, kat sini aku lama. 5 years. setaun setengah asasi. tiga tahun setengah abiskan degree. kat uni kawan-kawan aku best. sempoi. kepala gila-gila. kadang-kadang gaduh kadang-kadang gelak smpai keluar air mata. mungkin sebab kitaorang tak duduk sama, so takdela nak ambik hati benda-benda kecik. aku belajar, kalau nak kawan ngan orang lama, jangan duduk ngan orang tu. jadi housemate ke apa.. especially kalau kita pernah kenal then ajak orang duduk sama. memang hancur. dulu housemate aku lain, rumet aku lain, classmate aku lain. so meriah dan takde la nak marah-marah tak tentu pasal. kalau merajuk ke apa cepat je lupa. kat uni aku ada koleksi kawan-kawan yang sangat best. walaupun ada yang dah lost contact, tapi they re the sweetest memory i ever had. aku belajar apa erti kawan masa kt UMlah. aku takde kawan berkepit siang malam. kawan baik aku ramai. aku memang taknak ada best frend sangat. sbb aku tau someday ur bestfren will turn to ur worst enemy. sebab dia tau semua rahsia ko and akan jadi sangat jahat kalau ada benda yang tak elok terjadi antara ko ngan dia. so aku belajar not to trust ppl to too much. tapi aku bukan ada rahsia pun. semua pasal aku ramai je yang tahu. abis-abis pun rahsia aku minat abang yang main band tu jer tak share ramai-ramai heh heh. 
 
then aku kerja main-main, masuk ipg then kerja kt sarawak and balik kerja kat KL. 
bila dah besar, lain plak peel kawan yang aku jumpa. jenis kawan yang masa susah cari aku tapi bila senang takkan tanya khabar aku pun, ramai bila aku dah besar ni. i mean dah adult. aku takla besar sangat. besar tu macam dinosour. takde takde. aku kecik sikit dari anak gajah je. 
mula-mula aku terasa hati ngan ngan sikap orang macamtu. lama-lama dah tak kuasa la sebab dah ramai sangat aku jumpa. agaknya, orang dewasa ni memang selfish. jual ikan. tak jual ayam. selciken. eh merapu. ok cut.

ko bayangkanla, elok-elok je berkawan selama ni, dulu-dulu hang out ngan ko, tiba-tiba keluar gambar kat instagram, ada semua kawan ko dlm tu kecuali ko je. eh ko halimunan ke. taklah. ko tak dijemput pun join dorang. so since then aku pahamlah. rakan sekerja will never be a good friend. at least not to me. so sekarang strictly professional. after work, find another set of friend. takdela aku benci dorang buat camtu kat aku walaupun i know i shld after what i ve done for them all this while. takpa, apa yang aku dah buat aku tak harapkan balasan manusia. so, no harm done. aku pandai bawak diri. bawak diri gi ngajar tusyen pas skolah heh heh.

aku tak kisah pn tak berkawan sangat ni. aku tau, walaupun jauh, ada lagi kawan-kawan aku yang sjati yang care pasal aku. yang doakan aku. tu lagi penting. dari kecik memang mama aku ajar aku berkawan biar berpada-pada. di umor 34 ni aku paham sangat kenapa mama aku pesan camtu. dia memang control semua kawan-kawan aku masa kecik dulu. 

so prinsip aku dalam berkawan, tayah rapat sangat. sebab bila rapat, ko akan tend to mengumpat kawan ko yang lain. bila tak rapat sangat, orang tak ajak ko ke mana-mana, ko takkan kecik hati. tapi kalau kawan-kawan aku  mintak tolong, aku akan sedaya upaya aku tolong. mana yang dapatlah. aku kenal sapa yang betul-betul sayangkan aku. aku tau sapa yang akan cari aku bila aku hilang. aku tau sapa yang tak peduli pun aku ada ke takda selagi dia tak perlukan pertolongan. 

to my dear friends. i know somewhere over the rainbow u've been praying for me.
thanks kawan.
well to those who have hurt me, juga thanks. without u, i wont know how  to be strong when someone stabbed u at the back.
its a wonderful world after all.


Somewhere over the rainbow
Way up high
And the dreams that you dreamed of
Once in a lullaby ii ii iii
Somewhere over the rainbow
Blue birds fly
And the dreams that you dreamed of
Dreams really do come true ooh ooooh
Someday I'll wish upon a star
Wake up where the clouds are far behind me ee ee eeh
Where trouble melts like lemon drops
High above the chimney tops that's where you'll find me oh
Somewhere over the rainbow bluebirds fly
And the dream that you dare to,Oh why, oh why can't I?

Well I see trees of green and
Red roses too,
I'll watch them bloom for me and you
And I think to myself
What a wonderful world

Well I see skies of blue and I see clouds of white
And the brightness of day
I like the dark and I think to myself
What a wonderful world

The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people passing by
I see friends shaking hands
Saying, "How do you do?"
They're really saying, I...I love you
I hear babies cry and I watch them grow,
They'll learn much more
Than we'll know
And I think to myself
What a wonderful world world

Someday I'll wish upon a star,
Wake up where the clouds are far behind me
Where trouble melts like lemon drops
High above the chimney top that's where you'll find me
Oh, Somewhere over the rainbow way up high
And the dream that you dare to, why, oh why can't I? I?




No comments:

Post a Comment