hye!
salam kasih sayang dari aku untuk semua yang membaca blog ni...
jam dah menunjukkan pukul 1236 am.
esok sekolah ni, tapi ntah kenapa aku rasa cam nak menaip sesuatu kt blog ni.
aku pun pelik kenapa aku tak mengantuk lagi ni, padahal harini aku ada 7 jam tusyen dari kol 830 pagi tadi smpai la kol 6 ptg. pagi tadi kt bukit jelutong, then ke setiawangsa, pastu ke ampang plak....balik lepak2 jap , adik laki aku singgah umah sat ngan anak dia, main2 ngan irfan ptg td, pastu malam pas maghrib aku gerak g umah adik pompuan aku plak kt danau kota.
lama dah aku tak g umah adik aku ni n berborak ngan dia. maklumla aku kan bizi sokmo sekarang ni. so bila dah lama tak berborak, banyakla isu2 yang kami ceritakan. bisnes dia, life aku, anak2 dia, hal sekolah aku and so on. adalah satu cerita yang menarik perhatian aku dari adik aku ni.
maklumla aku kan sekarang takde fb, jd kurangla sikit ter update ngan isu-isu semasa ni...
so terbukak la kisah sekarang orang dok rajin circulate tentang status ke apa ntah kt fb tu, yang mengatakan kalau ko pos gamba ko ngan anak ko, katanya nk menayang rumah sebenarnya, kalau post gambar2 barang baru beli, katanya nak riak, kalau post result anak, katanya bukan anak dia sorang je pandai. pastu orang yang repost tu siap tulis 'muhasabah diri'....
well, aku nak bgtau sikit la ni, apa yang ko cakap tu sebenarnya reflect apa yang dalam hati ko. so pada akulah, kalau hati kita ni sentiasa berfikir baik dan berhusnuzon, takkan timbul isu2 sebegini. sebenarnya, kalau kita dok kata orang tu riak, adekah kita sndiri yang riak atau dengki sebenarnya?? kita ni sebetulnya tatau apa dalam hati orang sebab kita bukan ALLAH. hanya ALLAH saja tahu apa yg terdetik dalam hati manusia. apa yang menulis tu adik beradik firaun ke? perasan dia tuhan boleh tau apa dalam hati manusia??
sejujurnya menurut pendapat aku yang tak seberapa ni, orang yang menulis assumption begitu dan yang tolong circulate tu, diri dia sendiri yang berfikiran begitu. kenapa perlu menegatifkan semua benda?? dia yang perlu muhasabah diri.
kalau akulah, kawan2 aku post kan barang2 yang baru dorang beli, latest, and mahal, aku akan tumpang gembira. secara tak langsung aku dapat update terkini dunia fesyen dan barang-barang branded. walaupun aku tak mampu nak beli, im happy for those who can afford it.
pastu, bila post gmbar anak2 masuk spital ke diri sendiri ke masuk spital mahal, katanya nak menunjuk orang tu pegi spital mahal. woih, ko pernah dengar pasal insurans ke tak ni? duduk dalam ulu banat mana ni? kalau kau beli insurans, memang la boleh pergi ke princecourt ke, gleneagles ke, ampang puteri ke....ke kau sebenarnya ketinggalan zaman tatau wujudnya insurans untuk golongan pertengahan ni?? meh sini aku nak habaq , kau pergi carik ejen insurans, then kau bayar dia bulan2, dia boleh buatkan kau protection + saving sekali. cepat pergi sebelum kebusukan hati yang berulat tu memakan diri kau sendiri.
bila post gambar anak-anak, dikatanya orang tu sebenarnya nak menunjukkan background rumah dia. so what kalau ada background rumah dia yang cantik tu? kau jadikanlah inspirasi untuk cantikkan rumah kau jugak. kalau dia kaya, kau doakanlah semoga dia dimurahkan rezeki. kau pernah dengar malaikat akan mendoakan benda yang sama kita doa kat orang?? bila kau postkan benda negatif, secara tak langsung, kau akan menghasut orang lain turut berfikiran macam kau. wah, memang berganda saham neraka kau. sedar tak??
aku tataulah apa lagi isi kandungan post tu sbb aku takde fb kan. dan syukurlah aku tak baca benda tu. kalau tak mesti aku pun terhasut sama.
tolonglah wahai manusia-manusia. especially yang beragama islam. aku pelik macam mana orang boleh circulate benda yang sangat negatif macam tu. ke tak sedar sebenarnya bila circulate benda tu sebenarnya mencerminkan betapa busuknya hati sendiri??
orang yang post gambar2 bersoping, anak2 comeltu mungkin sekadar berkongsi kegembiraan, sejak bila berkongsi kegembiraan menjadi satu kesalahan?? ok kalau betullah pun konspirasi teori kau mengatakan orang tu riak, tu urusan dia ngan Tuhan, kau kenapa nak berlagak macam tuhan plak? kenapa kau nak rasa annoyed dengan kegembiraan orang lain? kenapa kau nak jadi mata lalat yang sentiasa carik keburukan dan taik-taik yang busuk ?? please deh.
aku tak kata aku baik pun. tapi apa kata kita sama-sama jaga hati kita. kalau kau rasa benda tu annoying, just shut ur damn mouth or hand shall i say. tengok saja sudahlah. mati ke kalau kau tengok je benda tu tanpa komen yang negatif?? aku rasa tak mati kot. kalau tak suka tengok, hide saja that person. i used to do that.
kau takkan kata kt orang kalau diri kau sendiri tak macam tu.
contoh, kalau aku lapar, aku akan cari nasik. so kalau kawan aku kata dia lapar, aku pun akan tanya "kau nak makan nasik ke?"
kalau aku jenis carik piza, aku akn tanya" kau nk makan piza ke?"
so kalau kau sibuk mengata kononnya orang tu nak menunjuk lah, itulah inilah, sebenarnya kau rasa siapa yang lebih teruk hatinya? kau ke dia??
aku suggest, sebelum circulate sesuatu benda tu, check dulu. takut-takut nanti kau nak bukak aib orang, rupanya aib kau yang ALLAH tnjuk.
sekian saja dari aku kali ni,
aku nak baca buku kt bawah ni sblum tido.
p/s : i think those ppl yg rajin circulate benda-benda merapu ni, shld read this kind of book. lagi berfaedah kot.
mintak maaflah kalau ada yang baca entri ni terasa hati ngan apa yang aku cakap ni. sometimes manusia ni nak kena 'lempang' baru sedar diri. :)
No comments:
Post a Comment