Total Pageviews

Sunday, September 14, 2014

watak cinta untuk aku

september dah..
cepatmya masa berlalu...ada beberapa bulan je lagi year end.
sekarang tengah kecoh pasal upsr soklan bocor tu. aku malas nak komen pasal benda tu.
buat tambah stress and annoying and irritating.

well, aku nak citer pasal novel. been reading few novels lately. saja nak hilangkan stress yang bukan-bukan and seronok hidup dalam fantasi sendiri. ada byk novel yang dah di adapt ke drama. ada yg okey cam rindu awak 200% tu or ariana rose, tp yang lain aku rasa cam hampeh jer. in fact yang latest ni maaf jika aku tak sempurna aku tak tengok pun. geli ngan fahrin tu. tak minat langsung kat dia. potong mood. sara tu pun aku tak berkenan. kayu je berlakon. rosak feel cerita. aku dah baca novel tu and aku sangat suka watak luqman.

novel-novel yg aku baca lately macam ada persamaan dalam watak-watak heronya.
aku baca i love you stupid & my precious iris by melur jelita. wataknya abang pedas. firman. walaupun pedas dia setia pada satu perempuan je. iris. hensem tu dah pastilah sebab novel. tp terpulang la pada imaginasi masing-masing kan. sedapat boleh firman tu protect iris. and tak sentuh langsung iris tu walaupun dia ada beribu peluang nak buat camtu. example iman yang sangat kukuh.

watak muhammad nur irvan, unsung hero. dari kecik dah minat kat maryam. tapi tak bagi janji yang tak pasti pada maryam. walaupun mulanya maryam tu takleh terima dia tapi dia sangat bersabar. layan seadanya. tp unsung hero ni aku lebih minat pada ayat-ayat cintakan negara dia dari kisah percintaan maryam-irvan tu.

luqman dalam maaf jika aku tak sempurna, sangat perfect watak lelakinya. (fahrin is absolute no no in my head). walaupun mulanya dia kena paksa kawen ngan melina yang sengal tu, tapi in the end dia cinta separuh mati dengan mel. datangla prempuan macam mana pun, dia tetap ngan melina. siap kena fitnah tangkap basah and kena paksa kawen ngan sarah yang minat sangat kat dia tu, still dia nak melina saja. and ceraikan sarah tu.

memangla orang kata macam tu wujud dalam novel je. tapi apa salahnya kalau wujud dalam alam nyata pun? kenapa susah sangat laki nak setia? susah sangat nak sayang pada sorang je? susah sangat kalau tak menggatal tak tentu hala?? aku respect suami yang pandangannya dia jaga. sayang kt wife dia je.

dulu aku pun rasa aku akan dpt laki yang setia. sebab aku bercinta ngan bf internet aku tu konon2 dia takda nak kat pompuan lain. aku je dia nak walaupun kitaorang tak pernah jumpa. ive lived in that dream for more than 10 years. wake up with a nightmare in reality. tapi tkpelah, sekurang-kurangnya aku setia walaupun bukan pada the right person.

as for now, aku cipta watak cinta untuk aku dalam kepala aku. lelaki tu tak pernah bercinta sebelum ni, tak minat dengan pmpuan pun sblum jumpa aku (tapi takdela minat ngan laki kehkeh) but then bila dia jumpa aku dia sayang setengah mati kat aku and hanya aku saja ada dalam hidup dia. i dont need to compete with anyone to win his heart. and of course mestilah hensem di mata aku, tak kurus kering, tak gemok gedempol. kalau tinggi okei and tak rendah dari aku. bab agama mesti lg bagus dar aku la. takkan aku nak bimbing dia kan. tak kuasa. 
kiranya aku ni first and last love dia. sebab im going to make him my first love. barulah aci kan. setakat bf yang sebelum ni takde kesan pun pada aku. people come and go to teach me about life. i never really love a person truly madly deeply pun. ive promised myself my love is just for my husband. the promise i made long time ago. 

i know such person exist. and ill be waiting. 
aku tau 
akan ada yang tercipta untukku.