Total Pageviews

Thursday, January 14, 2016

tutorial Hp ke Tv/LCD Projektor

Helo semua....
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam...

tadi tengahari aku ada upload gamba kt fb pasal aku menyambungkan hp ke LCD ke projektor, nampaknye ramai yang berminat dan tnya aku. jadi aku rasa baiklah aku buat terus tutorial dia caner nak buat connection tu. 


ni la gambaq yg aku upload tengahari tadi.

ok, straight to the point sebab aku nak tgk citer adiputra jap lagi kihkih.

untuk connect hp ke skrin projektor/tv ko memerlukan sejenis device. aku beli kat loyat aritu rega dia rm159. utk sapa2 yg boikot loyat bole la pegi cari tempat lain.


aku pun tak sure apa nama menatang ni taapi aku panggil dia hdmi wireles rceiver. suka hati aku je kan nk bg nama kuikui.
aku sbenarnya nak sambungkan hp ke tv sebab nk tgk tonton/showbox dr handphone ke tv.beli cable tapi takleh detect jadi aku pn g loyat utk cari kabel lain. rupa2nya port hdmi kat tv tu kena ada tulis hdmi-mhl baru boleh ko guna kabel untuk sambung dr hp ke tv.

ok tu kotak dia.

device dia rupa cam ni

ok let say tempat hdmi tu takleh nak masuk kepala dia tu, dia bg extra kabel utk sambung
ni kabel utk jdi sambungan

ok next step,
korang cucuk kepala hdmi ni ke port hdmi di tv /projektor korang
bukak tutup dia macam bukak tutup pendrive

port hdmi 1 aku free so aku cucuk situ. satu lagi tu untuk tv unifi.





ha cucuk situ elok-elok
pastu dia ada usb sebagai powersource dia. usb ni bersambung dekat device tu. so cari usb port kat projektor/tv korang untuk powersource dia. tv aku ade usb port. kalo takde korang jangan risau, g cucuk kat charger henpon punye kepala tu. 




taraaa dah cucuk kt tusb. nampak lampu kecik tu, maknanya dah ada power.

korang on kan projektor/ tv korang.
aku guna tv sebab projektor aku duduk kt skolah.

ada button source kt situ. nanti boleh pilih dari port mana ko nak pilih source ko. dekat projektor pn ada benda ni. biasa dia guna auto search kalau projektor. so korang sambung device ni je, jangan sambung vga kabel kat projektor. kalau tak, nanti dia pening nak pilih.

akan keluar gamba camni kat skrin



pastu ni
pastu...

ok bila keluar ready to connect tu...
korang tgk henpon korang

dekat hujung bahagian atas blah kanan tu pilih kotak2 empat segi tu

nanti keluar menu gini
pilih screen mirroring

pastu nanti keluar camni kat tipon korang,
ha tapla to connect, pastu...

dan kat tv/projektor akan kuar camni
yeayy dah succes pastu dia akan kuar camni plak,

jadi sekarang ada hp wallpaper kt tb korang. ok dia tegak camtu tak best.

 ha aku bukak fb ni. banyak ruang itam kat tb tu kan. mana best.




next step,
on screen rotation
pastu , taraaaa

haaa penuh satu skrin tb kan. pueh hati nak tengok apa pun

cari perkataan tersembunyi ke kan...ekekekke

nak baca quran ke. ni i quran dalam hp. siap bacaan dia ok.


ha ikutla korang nak tengok apa kan.

untuk cikgu2, kalau malas menulis korang ambik je gambar buku yang korang nak suruh budak salin tu, pastu tayang le kat situ.
boleh tnjuk video dari utube.
boleh rakam budak buat drama2 pastu tayang balik kat dorang. msti dorang fefeeling artis kannnn.

dan apa2 saja lagila ikut kreativiti korang.

oh dah namanya port hdmi, dia mmg akan terus direct control volume dari hp korang.
cuma masalahnya kalau kat projektor, korang kena connect speaker ke projektor tu. tv takpe, memang kuat punye bunyi.

ok la aku rasa tu jelah. semoga bermanfaat. 

aku nak tengok cinta si wedding planner ni. nak berangan2 jap. 
bila tah boipren aku nk turun dari langit kannn....ekekkekkeke

babai!

Thursday, January 7, 2016

PTPTN dan aku

salam semua


aku baru balik dari PTPTN ni so aku nak cerita sikit pengalaman aku hari ni. 
dengan starfighter x wing harini aku pgi ke ptptn.  
tk caye tgk ni

kui kui 
tapi sebab sangkut gak x wing tu dalam jem so aku smpai kt wisma chase perdana tu dalam kol 3 lebih. 
tujuan aku g PTPTN tu nak restructure semula bayaran balik pinjaman aku. 

sebenarnya aku malas nk citer pasal ptptn ni sebab macam membuka aib sendri tapi takpelah, semoga orang yang membaca ni dapat manfaat dari apa yang aku tulis nih.

aku start dapat pnjaman ptptn taun 1999. ( taun tajaan dia tulis, kalo taja patut free la kan? ngeh ngeh). dan menjelang 2002 utang aku dah jadi 21k. utk kanak2 science major cam aku dulu, kami dapat setaun 7k, satu sem 3500. and trust me sebagai budak uM, duit tu mmang abis kat yuran kolej ngan yuran pengajian je. takde nak beli henpon ke menda merapu yg lain. tak macam bdk2 sekarang, ada yg guna duit ptptn buat kawen pun. :p

aku grad 2004, tp utang tu dia kira start 2002 ler...pdhal aku dah submit surat extend sbb keshatan semua. tu la masa tu dalam taun 2005 aku nak g bayar, dia dah kira utang aku tertunggak banyak gile...aku pun tkde duit sgt nk bayar masa tu so aku wat tatau jer.

ha pastu aku pn dapat keje cikgu dan terus lupa aku ada utang ptptn ....heheeee (my bad, see my face turn red oredi)

balik dari sarawak, aku insof, aku byr la tpi bayar main2...ada masa aku bayar rm1k terus tp ada taun aku tak bayar langsung. smpai la recently dorang kecoh2 pasal ptptn ni. aku pun dengan kalutnya check la acc ptptn aku.
ok aku ada utang 23k lagi huhuhuhuuuuuuuuu. and total aku dah bayar walaupun main2 tu adela dlm 5k.....

so tadi, berjaya la aku pergi ke wisma chase perdana tu selepas 10 taun kot. rupa2nya dorang nak pindah dah. port baru dorang dekat je ngan sekolah aku,

okey je adik2 kat ptptn tu. baik2 dan peramah. mungkin sebab aku terjah kat opis dia kot. tak lalu kaunter hehe. aku masuk kot pintu blakang wisma tu terus jumpa office dia. ada 3 orang jaga kaunter pertanyaan. orang pun tak ramai. sampai2 je pas settle orang sebelum aku tu terus turn aku. aku pun tanye la dia camner nak restructure payment ptptn aku. 

adik tu pun mintak ler ic aku, and check baki akaun aku.

so rupa-rupanya aku ada 18k tertunggak, peh memang banyak la kan sebab sepatutnya taun perjanjian aku abis bulan 5 2018.  

jadi sepatutnya aku kena settle la 50% tunggakan ni sebelum nak restructure payment. tpi adik tu kata, sebab aku datang berunding ngan dorang, dorang bgla aku bayar 5k dulu sebelum nk tukar ke sistem ujrah. dah tukar ke sistem ujrah baru boleh buat restructuring tu. 
makkkkk!!!!! 
5k jugak la kannn kena carik. *muka sedih*

memang takde jalan lain la. so skarang misi aku adelah nk carik 5k tu supaya dpt restructure supaya payment ptptn aku. ada sapa2 nak masokkan dalam akaun aku tak???
muehehehheheh

jadi moral of the story, bayarlah pinjaman pelajaran korang secepat mungkin. jangan la tangguh2 macam aku ni. simpan la duit korang utk anak2 sambung blajar kalau taknak riba segala ngan ptptn ni kan.

aku ngaku memang silap aku.  
pergilah check ngan ptptn berapa utang korang and nego la. aku maybe kena bayar 5k sebab tunggakan aku lebih 18k. ada orang kena bayar 1k je utk tukar ke sistem ujrah sbb tunggakan dia tak lebih dari 10k kalau tk silap aku. kena pg tanya depa la.

so stepsnya nanti, 
cari duit 5k. 
transfer ke ptptn. 
email resit kat pegawai dia. 
pastu nanti pegawai dia akan email borang. 
isi borang tu utk restructure and buat agreement baru. 
then sign agreement baru. 
settle.

ok... tapi aku blom settle lagi sebab sangkut kt part 5k tu. kihkih..


sekian sahaja buat masa ni al keysah ptptn ni ngan aku....

semoga bermanfaat kepada  yang cari maklumat pasal ptptn ni.