Total Pageviews

Friday, December 27, 2013

lelaki itu....

salam di jumaat terakhir tahun 2013
27 dis 

Dari senin haritu sampai la ke hari ni, tak abis2 meeting, hari suaikenal, kemaskini kerja..haru rabu je berak break kejap sebab krismas. pastu sambung balik. rasa macam kain buruk kena perah. hari-hari balik pukul 6 baru sampai rumah. hari ni je sampai awal sikit, tapi still tak rest sebab nak cuci siputih gemok aku tu yang dah comot. dah 2 minggu tak cuci. memang ketara la comotnya. sampai bermisai-misai dah boyfrend aku tu punya comotnya. 

tadi sambil bergolek-golek,aku bukak la fb kat phone, scroll sana sini tengok perkembangan terkini. yelah selain dari harga barang naik, rungutan kemarahan rakyat, gambar kawan-kawan selfie, dengan anak2, dan macam2 lagilah ada dalam tu. aku malaslah nak komen masalah-masalah tu, ada yang lebih layak untuk memikirkan benda-benda gitu. baik santai-santai saja kan?
ha dalam banyak-banyak tu, aku terbaca satu artikel ni, tulisan seorang lelaki mungkin. mungkin juga seorang suami, 
ntahlah.

tapi jelas kat situ dia highlightkan kenapa ada lelaki tinggalkan wife dia walaupun wife dia bagi layanan elok bla bla. banyaknya dia highlightkan kesalahan perempuan dan juga dia ada la juga ingatkan senarai-senarai pahala yang perempuan dapat kalau melayan suami sekian sekian..... 

kalau aku la kan, aku bersyukur laki yang menulis tu bukan suami aku. walaupun aku belum kawen dan maybe di mata ramai aku tak layak nak komen perihal alam rumahtangga tapi aku pun ada kriteria yang aku set untuk bakal suami aku. tak salah ada goal dalam life kan? nak usahakan sesuatu mesti ada specification. 

oh kenapa aku kata aku bersyukur lelaki tu bukan suami aku? sebab cara dia tulis tu mak aih, bukan main tak best lagi cara menegur. dia kata kalau jadi perempuan jangan tinggi suara, menyalak kat laki yang baru balik kerja penat-penat. and aku assume prempuan yang dia maksudkan bini tu jenis surirumah sepenuh masa. 
dan lagi antara lain dia kata, jangan marah laki kalau laki dok saja kt umah tu tak tolong kerja, at least dia ada kat umah tak pergi dangdut segala. ish ish...agak membuatkan mata aku berdarah bila baca. figuratively speakinglah. bukannyer berdarah betoi. ceh.

lelaki macam mana aku cari sebenarnya untuk buat suami?
ok. disebabkan aku berotakkan sains, maka aku lebih suka menggunakan point form. 

1.lelaki itu tak tinggal solat.
ok ini paling penting. susah sangat aku nak cari seorang laki yang sangat menitik beratkan soal solatnya. ada memang ada tapi memang payah la nak cari. kalau tak caya, cuba pergi kt shopping kompleks, surau sapa yang penuh? laki ke pompuan?? kalau dah dengan Allah pun dia tak takut, kau ingat dia bole jadi suami yang baik ke? sekejap je awal-awal kawen memanglah, lama-lama nanti mulalah buat perangai dengan macam-macam alasan.

2. lelaki itu tak merokok
aku memang tak suka asap rokok pnya bau. busuk nak mampus. jadi kawan-kawan laki aku memang kebanyakannya jenis tak merokok. 

3. lelaki itu bekerja
ini pun penting. dalam zaman semua benda perlukan duit dan barang-barang pun mahal, suami aku nt mesti bekerja. tak kisah lah kerja apa. aku pun kerja and dia izinkan aku kerja jugak. jangan jenis pemalas nak harap duit orang je. and kalau dia bekerja pastikan dia mampu untuk bekeluarga, jangan dia kerja aku pun kerja pastu nak harap share bayar separuh separuh. tu maknanya dia tak reti makna tanggungjawab. kalau tak reti bertanggungjawab tayah kawen la kan...

4.lelaki itu boleh communicate ngan aku
ok aku rimas ngan orang yang suruh aku ulang-ulang cakap sebab aku dah penat ulang cakap kt sekolah. harapnya sekali cakap dia dah faham and bole digest. aku suka bercakap jadi aku nak orang mendengar. mendengar kt sini bukan maksud tadah je telinga sampai aku abis bebel. no. mendengar di sini dia bole bg respon yang betul. or at least try bg respon yang betul.
contohnya aku balik sekolah mengamuk-ngamuk bebel-bebel pasal rakan sekerja aku yang menyakitkan hati. 
aku taknak dia dengar aku citer, pastu angguk-angguk je pastu dah diam. pastu cakap "dahla biarlah dia". tu akan menambah angin aku.

aku nak dia dengar, pastu dia bg respon like " ish teruknya orang tu, knapa dia buat sayang camtu, dia tu tak pk ke masalah orang". layan jelah marah aku tu, tapi bila dah reda nak nasihat pun nasihat la. bila dah puas aku marah and dah cool, dia boleh respond "tkpela sayang, dia tu tak bijak cam sayang, nanti dia dapatla pembalasan dia"...
susah nak dapat laki spesis bijak bagi respon macam ni.

5. lelaki itu sayang kat aku
ok ni paling penting. dia mesti sayang, suka kat aku unconditionally. lebih dari minat kat artis perempuan pujaan dia lah. kalau dia minat neelopah, kalau aku ngan neelopah ada depan dia, dia msti pilih aku. ha gitu. 

ok itulah antara ciri-ciri utama yang aku cari. dulu masa muda-muda memangla aku nak lelaki hensem je. maklumla zaman budak-budak hensem tu la paling best. boleh menayang kt kawan laki aku hensem kan. tapi as i grow older, handsome tu bukan pada rupa tapi pada character. 

yang lain-lain termasuklah laki tu mestilah suka kucing. sebab aku sangat-sangat suka kucing. kalau aku nampak laki tu sepak kucing depan mata aku, memang aku rasa nak sepak kungfu hustle kepala dia. 
umur dia takla terlalu tua dari aku nanti tak masok plak dengan jiwa remaja aku ni(mak oih perasan nak mampus, dh 34 remaja la sangat kan). no i mean, aku taknak la aku rasa kawen ngan pakcik-pakcik. oh please no. kalau muda aku rasa oke je kot. haha!(taste che ta la sangat kannnn)
laki tu mesti la jangan skema. serius je manjang. mesti ada good sense of humor. more or less macam aku. eceh. tapi mesti ada tokoh kepimpinan supaya aku boleh respect dia.
itu penting juga sebab aku takkan kawen ngan orang aku takleh respect. nt tak pasal-pasal tak cium bau syurga sebab menderhaka kat suami. 

aku tak kisahla kalau suami tu tak romantik sangat ke, tak sweet sangat ke, aku takde hal semua tu. kalau sweet sangat nanti too good to be true kan. yang penting dia pandai respon apa yang aku buat utk dia. janganla aku letak note kt purse dia cakap love you, dia pegi gulung-gulung note tu buat cungkil gigi. hadoi....please deh.


kenapa aku beriyer-iyer sangat nak set kriteria ni?
ok sebabnya kita boleh pilih, usaha dan doa untuk jodoh.
aku nak jadi isteri yang baik. 
aku nak jadi isteri yang boleh membahagiakan suami aku.
aku nak jadi isteri yang diredhai Allah.
aku hanya boleh jadi orang yang baik kalau orang tu baik dengan aku. aku hanya manusia yang banyak kelemahan. aku adalah jenis orang yang "my attitude depends on how u treat me". aku belum mampu  nak buat baik kat orang yang buat jahat kt aku. so i need someone yang boleh tolong aku untuk jadi lebih baik dari sekarang. 

dan sememangnya aku takkan berenti cari sampailah aku ditemukan dengan yang terbaik utk aku. 


kepada yang dah kawen tu, bersyukurlah dengan pasangan anda. kalau rasa tak puas hati tu, belajarlah menegur dengan berhikmah. kalau tak tau pergi baca buku pasal relationship. jangan malas cari ilmu. 
kalau yang bakal berkawen tu, dont expect too much. yes, aku belum kawen tapi aku dah jumpa macam-macam masalah rumahtangga orang. aku perati je. expectation leads to devastation.

kalau suami-suami di luar sana expect isteri awak baik macam siti khadijah, awak mestilah ada akhlak semulia Rasullulah. 
awak nak isteri awak hormat awak, pakai cantik-cantik untuk awak, jaga anak-anak awak, rumah awak perfect kan? tapi awak sendiri ade tak tunjuk kasih sayang kat isteri awak? terutama yang dah lebih 5 tahun kawen, ade tak sesekali awak belikan bunga kat isteri awak tanpa perlu hari-hari istimewa pun, ade tak sesekali awak culik isteri awak and bawak dia gi jalan-jalan makan angin berdua je...takyah jadi sweet sangat takpa, tapi sekurang-kurangnya awak cuba faham hati seorang perempuan.

as for me, aku akan cuba baiki diri aku supaya jadi lebih baik dari semalam. memang aku takda special boyfriend dalam life aku, tapi aku sentiasa dikelilingi orang -orang yang sayang kt aku. untuk itu, aku sangat bersyukur. 

i am happy now, and aku harap orang yang akan muncul dalam hidup aku nanti, akan menambah lagi happy yang aku ada skarang. if any. 

ok itu saja sesi kemerapuan kita untuk hari ni.
sumpah aku letih sekarang. tapi malam ni ada THOR kt mega movie, jadi tkleh tido lagi.
mari kita makan murTHORbak pasar malam...;)




Nampak tak kaitannya??

Dua-dua yummeh! :p

Tuesday, December 24, 2013

aku dan SLE part 2

hello sayang2ku....! 

assalamualaikum...
selamat sejahtera ke atas kamu semua yang membaca ini yer...
semoga hari korang baik2 saja arini yer, tak macam aku, rasa macam kain kena perah jer sehari dua ni. tadikan...korang nak tau.... boleh aku terlena lepas azan maghrib. tah apalah si boya-itu-suami-dia berlakon pun aku tatau. mujur tak jadi mimpi ngeri tadi. sedar-sedar tengah iklan biskot ke apa ntah tadi...
err taknak tau? yelah...yelahh.....

sebelum aku membebel melalut dengan panjang kali lebar kali tinggi bersamaan isipadu...errr kalau bm nyer panjang lebar, aku nak sangat ucapkan terima kasih kat korang2 yang sudi membaca aku merapu selama ni. dulu-dulu(mula la nak nyanyi lagu tegar ni)...err dulu-dulu aku ingatke takde la sapa sudi baca kemerapuan aku ni, kira cam syok sendiri la kan..hehe rupanya syok bersama-sama kan kan?? eh alamak. cam lain je bunyi nih...ehh....
ah abaikan ayat itu....kihkih. 

ok meh nak sambung citer aritu, alaa...kisah aku dan SLE tuuuu.....
katner ha aku stop??

jap..

ha ok.

tahun 1998. ----> mari kita merentas masa menggunakan mesin koratsuke(kiteretsu). kalau abis stock boleh pinjam kt doraemon. tapi emon ni dekot sikit. dulu dia ada dendam lama ngan aku. kehkeh. ok itu merapu lagi.

aku masuk asasi kan? so Alhamdulillah, masa kat asasi tu takda masalah kesihatan sangat. bila takda masalah kesihatan, mulalah aku lupa diri. lagipun masa tu baru keluar hutan. (mrsm serting dalam hutan kepala kelapa sawit tau tau). berubah dari hutan sawit ke hutan batu aku macam kena cultural shock sikit. sikitla. 

walaupun aku lahir kt KL besor kat gombak,(kasut buatan gombak tu iklan masa aku tingkatan 5 kot), tapi bila dah lama sangat duk dalam utan, aku jadi biol2 ayam. so , orang suruh aku belajar, aku pergi berjimba-jimba( perkataan ni takda dalam kamus aku rasa, dengar orang pakai je)..orang buat asasi 2 sem, aku buat 3 sem. yang ni memang sebab perangai aku sendiri. bukan sebab SLE. jdi cik SLE tak bersalah dalam hal ini. aku malas pergi kelas. aku pergi main internet kat cybercafe. (aku berkenalan ngan bf2 maya aku), pastu aku keluar dengan kawan-kawan yang aku kenal dalam internet( dulu-dulu selamat buat macam ni, or maybe Allah still jaga aku)....kawan2 yang aku kenal tu beberapa orang dari mereka,sampai sekarang masih rapat dengan aku. Alhamdulillah.  

masa tu aku duduk kt kolej kediaman ke4 UM. asasi cam jauh dari situ. jadi aku buatla alasan malas pergi kelas. padahal keluar kol 3 pagi balik pas subuh. masa tu takda curfew. heh heh. aku tak pergi clubbing ok. tak pernah jejak pun. aku pergi main game. sebab kebetulan ada member yg ada cc, lepak kt cc dia smpai subuh. 
err anda sedang baca blog prempuan yer...hehehehe....aku memang tak berapa perempuan sangat. sebab tu aku tak berapa heran takde bf yg real tu. bf virtual ade la sorang. kehkehkeh. 
jadi aku failed la beberapa subject untuk sem 1 asasi tu, tapi fizik aku lulus ok. algebra fail sebab kelas dia kol 8 pg. aku tido lagi time tu. memang selekeh la perangai aku. so bila kawan2 dah abis asasi, aku pun terkedek-kedek la buat sem 3. padan muka aku kannn??? 

abis asasi, aku masuk first year. disebabkan aku masuk first year tengah-tengah tahun, so aku tayah la attend haluan siswa apa bala tu. yeay! haha. adala hikmahnya kan. err tapi aku tak galakkan la ikut perangai selekeh aku ni. ok masa tu tahun 99....dalam bulan 8 tahun 99 ni, aku dikejutkan dengan berita mama aku disahkan mengidap kanser. kanser pangkal rahim peringkat 3b. masa tu aku tak tahu nak react macam mana. mama aku was a very active woman. dia instructor aerobik kt tempat kerja dia. orang yang pada aku gagah perkasa, superwoman, tolong ambik baju aku kt hostel and cuci, tiba-tiba layu macam sayur...masa tu aku rasa menyesal sangat main-main masa asasi tu...but it was too late for regret...since dapat tahu mama aku sakit, kesihatan aku pun tak berapa elok..
masa mula-mula aku sakit, mama aku yang teman aku pergi spital, tapi after dia sakit, aku yang teman dia pulak. kalau its my turn pergi spital, aku mintak tolong bapak aku hantar jer then aku duduk la tunggu doc sorang-sorang kt spital tu...yelah bapak aku kena tengokkan mama aku plak at the same time kan. adik aku kt hostel masa tu. 

tahun 2000, kesihatan mama makin merosot. aku pun kerap kena pergi spital sebab aku pun tak sihat je manjang. tu la nabi pesan selalu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. but guess, i was too young back then to realize it.. mama kena chemo. lepas chemo she became very ill. i tried to spend as much time as i can with her tapi yelah sebab aku pun kt um masa tu, tak boleh nak balik selalu...
malam 16 mac 2000.... malam tu mama mintak temankan dia kan spital. sepatutnya esok tu dia ada chemo untuk kali ke 3 kalau tak silap aku...tapi malam tu semua orang tak dapat nak temankan dia sebab esoknya hari raya aidil adha. adik laki aku plak baru sampai dari hostel.aku nak teman tapi masalahnya aku tak boleh nak tido kt spital tu... badan aku sakit kalau tido dalam aircond. masa tu SLE attack sendi-sendi aku... kitaorang pun balik la semua tinggalkan mama sorang kt spital masa tu....hati aku memang tak sedap sangat. 

malam tu malam raya. antara doa yang dimakbulkan adalah doa malam raya kan? aku cuma doa, semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk mama. kalau kesembuhan itu baik untuk mama, sembuhkanlah dia, kalau pergi berjumpa denganNya itu yang lebih baik, aku redha. tak sanggup aku tengok mama sakit tapi at the same time aku tak mampu nak buat apa-apa untuk dia. aku tak tido pn satu malam tu...tataula kenapa susah sangat nak tido. yelah selain dari menahan sakit-sakit sendi tu kan...baru aku nak terlena pukul 5 pagi, aku dengar bunyi phone makcik aku. masa tu aku stay umah makcik aku. pastu aku dengar makcik aku cakap, ya saya adik dia, pastu aku dengar makcik aku cakap "ye kee?? 'innalillahiwainnailaihi rojiu'un'....aku tau my mama dah takda, tapi aku still bangun jugak and tanya makcik aku what happened. 
sapa call.
then makcik aku cakapla ' mak hang dah takdak ti"....
aku duk diam jap. pastu terduduk kat tepi tangga. semua orang was wide awake then. air mata tayah cakaplah...so dengan tshirt putih UM masa tu, aku basuh muka je then terus gerak pergi HKL dengan family aku.

pagi-pagi raya tu kitaorang dah ada kt rumah mayat HKL uruskan jenazah mama. yang peliknya, bila tengok mama, aku tak nangis pun. air muka dia macam dia tido. aku mandikan mama for the last time. i was there the whole process, mandikan, kafankan then jenazah dibawa pulang ke seremban. naikla aku kereta jenazah tu pagi2 raya dengan tshirt aku tu...
mama pun selamat pergi menemui penciptaNya....since then my life never been the same lagi.. sudilah kiranya korang yang membaca entri ni sedekahkah al fatihah untuk arwah mama aku. semoga kubo dia terang malam ni macam lampu kt rumah orang krismas tu. terima kasih :)

ok lepas mama meninggal, i guess that was the biggest stress in my life. aku sambung balik pergi kelas, tapi tak lama sebab lepas tu aku masuk spital. i guess it was too much for me to handle. again, SLE attack otak aku..this time lagi teruk i guess. takda mama nak jaga aku. syukurnya aku ada mak tiri aku. oh bapak aku memang kawen 2 dari aku kecik. so aku memang ada mak tiri dari kecik. masa aku sakit kt UM, bapak n mak tiri akulah yg jaga aku. this time memang aku tak ingat apa2 jugak. and i cant remember berapa lama aku kt spital. mungkin sbulan lebih kot. aku kena jumpa psychatrist lepas keluar dari spital tu. aku pun tatau kenapa. maybe behaviour aku teruk kot masa tu. yg aku tau, nurse2 semua cerita balik kat aku yang aku mengamok2 kt spital. abis doc semua kena marah. tapi dorang tak hantar aku kt wad psyco. sbb dorang tau tu berpunca dr SLE. aku sangat respect kt kakak-kakak nurse hospital selayang tu. walaupun dorang cakap aku maki dorang macam-macam, tapi bila aku dah ok balik tu, dorang jumpa aku masa aku follow up, dorang cerita balik and gelak2 je. dorang cakap masa aku mula-mula masuk i was a very nice girl. peramah. suka tegur semua orang. so bila jadi macamtu dorang tak kecik hati pun dengan aku.aku doakan semoga kakak-kakak nurse tu sentiasa dimurahkan rezeki sebab dorang bekerja dengan sangat ikhlas pada aku. 
kalau orang yang datang melawat aku kt spital, mungkin dorang boleh ingatla macam mana keadaan aku. aku tau ada banyak-drip je kat tangan aku. pastu satu hari sampai 3x doc datang ambik darah. pastu aku tido pastu aku bangun makan pastu tah apa lagilah.

so again, aku tangguhkan pengajian kt UM tu. sepanjang aku kt UM, 3 kali aku tangguh exam. paling teruk yang first tu, lepas tu setiap kali nak exam aku akan sakit, demam and masuk spital then missed the exam. sampai bapak aku cakap, kalau tak boleh sambung study takpelah. berenti je, kerja kilang banyak. aku plak bukan jenis give up. dok pikir aku ambik PTPTN nanti nak bayar macam mana. lagipun kawan-kawan aku ramai kat UM tu. aku sayang kawan-kawan aku. masa first year tu aku dok first kolej, roomate aku si AA tu gila2 orangnya. bila aku kat spital aku selalu pk nak balik kolej sebab nak usha abang2 main bola dari tingkap bilik aku tu ngan dia. kahkah. niat teruk betoi. bukannya nak belajaq. nak merapu.  eh AA hang rumet aku masa kat first kan? maklumla aku selalu ilang ingatan kehkeh.

masa aku sakit kt kolej, kawan-kawan aku jaga aku. aku ingat lagi marializa, aku nk makan kfc pnya whipped potato dia susah payah belikan. bila aku sakit kat umah, maria datang, ajak aku pergi jalan-jalan kat klcc..taun 2004 kalau tak silap aku maria meninggal excident motor. al fatihah untuk dia. :'( 

masa tu kalau aku ni jenis yang tak ingat Tuhan macam drama-drama melayu skarang, mesti aku persoalkan, kenapa tuhan ambik orang-orang yang aku sayang? kenapa Tuhan bgi aku sakit? tapi, aku tak pernah pun soal macam tu kat Tuhan. aku dah diajar dari kecik, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tuhan uji kita, tapi Tuhan uji kita ikut kemampuan kita. 

walaupun aku keluar masuk spital, alhamdulillah, tahun 2004 aku grad dengan pointer 3 on the dot. cukup2 lah untuk aku apply kejer ke nak sambung master ke kan. (tp tak sambung jugak sampai hari ni kehkeh) dan perjalanan hidup aku lepas grad tu dipermudahkan....

every dark cloud has a silver lining. dalam kesusahan pasti ada kemudahan. bila kau rasa nikmat Tuhan bagi kat kau, mesti kau lupa segala kesusahan yang kau pernah rasa. 

Alhamdulillah, aku syukur sekarang aku dalam keadaan stabil. cuma last year je aku masuk spital selepas 10 taun tak masuk. sebabnya?? aku berjemur tengah panas selama seminggu sebab train budak2 utk latihan pertandingan keselamatan jalan raya kat tasik titiwangsa tu. padanla muka aku kannn?!! oh tapi ada hikmahnya aku masuk spital tu. hehe. aku dapat jumpa balik kakak nurse kesayangan aku lepas 10 taun and she still remembers me!! yeay!


oh lagi satu, aku rasa takdalah teruk sangat keadaan aku ni. Allah uji sikit je ni. ada kawan-kawan SLE aku yang alami lagi teruk dari aku. aku doakan mereka semua dapat hadapi bahagian dorang dengan tabah, and semoga mereka pun sembuh macam orang lain. 

so itulah saje kisah aku dan SLE untuk kali ni... untuk korang yang sihat tu, jagala kesihatan baik2, buatlah amal kebajikan sementara korang tengah sihat kan. dan kalau tengah sakit, sabarlah ye sayang-sayangku....
la tahzan. innallaha ma'ana
jangan bersedih. Allah bersama kamu. 

bai bai!!
mwahs!



adik aku tu memang sengal sikit



Saturday, December 21, 2013

aku dan SLE part 1

assalamualaikum ya ahlil kubur....
eh.
ahli dunia...hehe 
ala tapi semua orang pun bakal ahli kubur kann...beringatlah kita yer....:D

sebenarnya, aku ni on lappy nak siapkan jadual waktu sekolah. ye ler, aku ni cikgu jadual waktu. 
tapi ntah kenapa tsunami kemalasan melanda. dan semenjak ada blog ni, aku ter"distract" ke sini plak. kalau dulu aku sangkut kt fb. tapi sekarang sebab ada semakphone tu, aku tengok situ jerlah fb. tak serabut sangat tengok kat tepon tu ha.....

ok apa yer aku nak cerita hari ni..
hurmm....

ha!

aku nak cerita pasal aku dan SLE. 
ha ape menatang tu? kambing gurun? unta artik? 
bukanlah. tu adalah nama sejenis penyakit.

ha asyik cerita pasal aku je kan? yelah....nak cerita pasal sapa lagi, haritu dah cerita bobi n dya tu, boringla citer tu. so citer la pasal aku. erk. lagi boring. ha lantaklahhhhhh.....

ok murid-murid....
cehwah. macam tak sabar je nak pergi sekolah kan.
padahal berduyunnnn (sila sengau macam juliana banos) kerja kat sekolah tu....huks.
ha sambung...aku memang suka melalut. mahapkan jelah yer....

apa itu SLE? ok tu initial dia. senang nak sign kan pakai initial. nama dalam surat beranak dia Systemic Lupus Erytemathosus. salah eja lantaklah. korang google la sendirik. nama manja dia, Lupus. ala cam korang gakla, nama panjang Ahmad Firdaus bin Razak. Initial AFR jer, pastu nama manja Fify. Eh. Jangan. pelik sangat tu. Hik.

ok. Lupus ni adelah sejenis penyakit autoimun. dah nama pun auto, so dia automatik la nak jahanamkan sistem badan pun. ataupun doc kata, ni penyakit seribu wajah. kenapa? ok nanti aku bagitau. saborrr....
korang masa belajar sains dulu, mesti pernah dengar antibodi kan? antibodi ni kira cam askar tentera la dalam badan kita. khoje antibodi ni adalah untuk melawan penyakit atau apa2 benda asing yang tak dikenali menyebok kt badan korang. 

ha tula...dulu masa belajar sains pergi tido..kan dah nganga bila aku cakap antibodi.... 
untuk pesakit SLE, antibodi ni ada sikit biol. dia cam tak pergi skolah. lain disuruh buat, lain dia buat. ade ke patut dia pergi attack balik organ2 badan pesakit ni. haaa..... tak patut kann?? ish ish tak patut ...tak patut...(sambil geleng2 kepala)...alah poyonya. tayah geleng sangatlahhhhh!

berbalik kepada aktiviti antibodi ni, dia g serang otak la, buah pinggang la, tulang la, jantungla. ikutlaaa apa dia nak serang. sesuka hati jelah. ha sebab tu penyakit ni penyakit seribu wajah. sebab kita ingat sakit buah pinggang, tapi macam tak je, sakit otak, macam tak je....uhuks. rupanya SLE...

aku mula-mula didiagnosis ada SLE pada tahun 1994. selepas PMR. oh dikatakan faktor yang trigger SLE ni adelah stress. so secara teorinya, aku terlalu stresslah masa study utk PMR dulu tapi aku tak sedar kot. masa tu aku demam on off. demam 3 hari baik sehari. puasla abis duit mak bapak aku pergi klinik sebab sayik demam jer. bila dah berlarutan sampai sebulan, maka mak bapak aku decide untuk bawak aku pergi HKL untuk rawatan lanjut. oh muka aku memang bengkak la masa tu. dah macam otroman rupanye. tapi version otroman kembung. takde blink2 kat dada eh. jangan over tauuu imagine korang neh!!

ok pastu aku bertapa la kt hKL tu selama 2 minggu dan dokto pakar tu, datuk ape ntah nama dia aku lupa, diagnos aku ada SLE. sebab tu muka bengkak. ada kaitan ngan kidney. sebab urine test masa tu ada protein. so nasib baiklah masa tu hujung tahun, so takpelah aku keluar masuk spital pun. sebab dah nak cuti skolah. 
ok tahun 1995, aku dapat tawaran masuk MRSM kt n9 tu. so aku pun pergilah sebab masa tu aku rasa macam dah sehat setelah makan steroid berkoyan2 kan. so masoklah aku mrsm dengan nombor maktab aku 95123.

 ek leh no maktab pun nak tulis. 

eh no maktab aku lawalah!! pastu, itu batch kedua kt situ. memang legend la kannn. best gile sebab katil baru semua baru lahhh.

 ok aku pun belajor la kt situ sampai ler bulan 8. sebabnya, korang tauler, ke tatau? ha belajar kt mrsm memang la stress manjang. dahle form 4, blajar fizik kimia bio apa bala tu. ujian tak abis2. aku tak rasa stress pun sebab keje aku tido je pun. waktu prep pun aku bantai tido. tapi ditakdirkan Allah, bulan 8 tu aku sakit teruk and dimasukkan ke hospital. oh aku kena cerebral lupus. yakni antibodi tu attack bahagian otak.  bila masuk hospital tu, aku dah tak ingat apa2 sampailah ke bulan disember tu. sumpah aku tak ingat and tak tahu apa2. aku tahu apa yang diceritakan pada aku je.

masa tu la mak aku bapakk aku susah payah jaga aku. aku tak kenal orang. makan pun bersuap sebab aku tak rasa nak makan. so kalau otak aku macam pc, kira tu sleep mode la. macam jaga baby. pakai pampers habaq hang. bila family aku citer balik, macam malu la jugak dengar. tapi nak buat macam mana. bukan aku mintak kan....sawan memang selalu kena. jatuh kepala berdentum kat lantai tu. mujur tak pecah la. memang keras kepala la kan aku ni. erk. kepala keras. apa2lah.... 
yang aku tau masa tu, ada masa aku rasa sangat sakit macam nak tercerai tulang belulang tapi takleh nak cakap kt sapa pun...tahan je lahhhh......

masa tu ada satu bas katanya kawan2 aku dari MRSM datang melawat. aku tak ingat langsung and tak sedar.dan ada jugak senior aku datang melawat. tapi disini aku nak ambik kesempatan nak ucap berbanyak2 terima kasih kat kawan2 aku yang sayang kt aku masa tu and datang melawat walaupun perangai aku macam malaun sikit kt mrsm tu....thanks guys! iLoveYou so much!! alahai, macam ucapan dapat award plakkk....tapi seriusly aku sangat menghargai apa yang korang buat. walaupun aku tak boleh nak ucapkan terima kasih masa tu....isk...sobs....

ok lepas abis bulan 12 tu, dengan izin Allah, ingatan aku pun kembali oke. aku boleh ingat semula aku belajar apa. tapi bulan 8-12 tu memang totally gone from my life. macam mayat hidup kot. kawan aku cakap masa tu macam jerangkung pun ado aku neh sebab tulang ngan kulit. ada la tunjuk gamba yang dorang ambik ngan aku. aku tengok pun takut. memang macam jerangkung maa!! 

aku pun pergila semula ke sekolah tu, untuk sambung belajar pd januari tu. pengetua mrsm masa tu, tuan hj mamat ke nama dia. ya Allah... sorry aku tak ingat... maklumla orang SLE mmang ada masalah memory....ha dialah suggest aku tayah lah sambung ke form 5, sebab aku dah missed final exam. dia suruh ulang balik form 4. so parents aku ngan aku setujulah. aku sangat2 nak berterima kasih kt pengetua tu sebab still bg aku peluang sambung kt situ. mesti banyak surat dia kena handle just nak settle masalah aku je. ni pun aku appreciate setelah aku jd cikgu....betapa lecehnya nak handle kalau budak2 ada problem....

masuklah aku semula ke tingkatan 4 dengan batch junior. batch aku dah jadi batch senior. dengan rupa aku kembung macam ikan buntal masa tu....selamba jelah. aku nak ilmu. kalau nak tunggu cantik baru nak pergi sekolah, alamatnya tak sekolah ler aku. lagipun aku ni bukan reti pun nak berhias bagai ni. sampai ke sekarang bedak aku 3 tahun tak abis2. luak 1% pun dah kira elok la tu...
masa aku masuk balik tu, sempatla aku jumpa ngan akak2 senior aku masa dorang datang ambik result. sayang gak dorang kat aku walaupun ade je gado2 manje ngan dorang masa tu haha! sorry kakak2 kesayanganku, saya sikit pun tak simpan marah kat akak2 smua. harap2 akak2 pun begitu jua la yerr...hikhik

memang masa tu nak menyesuaikan diri payah la jugak. yelah junior senior manalah ngam sangat. so aku tercampak kat batch junior masa tu. mujur kawan2 aku still ada masa tu sblum dorang amek spm kan. bila dorang dah abis SPM, sayu je hati aku. yelah tinggallah aku sorang2 kt situ kan....walaupun ada batch 96 tu...tak sama feel dia dengan batch yang kita mula2 masuk tu...

walaupun camtu, Alhamdulillah aku berjaya gak abiskan sekolah aku, and ambik SPM lambatlah sikit daripada kawan2 aku...

okla result SPM aku melayakkan aku masuk pusat asasi sains kt UM masa tu. tahun 1998. 
ok nanti aku sambung lagi yer ...
nak pergi makan nasikla
lapaq~~

kbai,...
ni lah aku masa form 4 kali kedua tu. missmOntel

Thursday, December 19, 2013

masuk "rumah orang" di FB

Hai hai

eh omputehnye sangat

Assalamualaikum orang yang tengah membaca ni tu,
salam sejahtera kalau kamu non-muslim :)

ok aku ni sebenarnya dah lama nak tulis pasal isu ni.
cewah, macam berat je isunye kan. macam reporter je nak report pasal isu. 

oh tak layak la aku nak jd reporter, bahasa pun tunggang terbalik. janji orang faham apa yg ada dalam isi perut  hati aku dah ler. Korang paham kan kan?

apa?

tak paham? 

tak paham dahlah. aku tak kecik hati pun....

papppp!! eh sebokla nyamok ni. aku nak menaiplaa..eee!
(ok itu iklan)

ok isunya adalah, ada jenis manusia yang aktif dalam fb ni (maklumlah aku kan hari2 hadap fb), suka memberikan komen yang menyakitkan hati orang lain tak pasal2.
kalau tak sengaja tu kita boleh cuba fahamlah  kan, bukan setiap masa kita boleh jaga hati orang. 
tambah2 pulak tu kalau benda kita tulis kt wall sendiri. ada plak mat minah sentap nak terasa ngan apa kita tulis. tu takleh nak buat ape la kan. 

ni yang aku nak citer ni pasal komen2 di status/page orang lain.

kau dah tau situ diehard fan punya fanpage, kau sengaja bagi komen2 yang nak provoke fans dalam tu. apa masalah kau sebenarnya? kurang kasih sayang ke sampai nak perhatian macam tu. kalau kau dah carutkan artis kesayangan orang, ataupun kau dah burukkan artis tu, confirm la kau kena maki kaw2 dengan fans dia. tambah2 kalau fans tu jenis tak cukup masak akalnya. main maki je sesedap rasa. dah jadi bergaduh tak pasal2. apa kau ni pesuruh syaitan ke nak ajak orang bergaduh je manjang??

solution : kalau kau rasa kau tak suka artis tu, takyah follow page dia. pastu kau nak ngumpat dia kat wall kau lantakler, abis2 pun kawan2 kau yang minat akan kecik hati. kau bukan nak jaga hati  kawan sangat kan??

ok tu satu, banyak lagi aku nak bagi contoh ni, ok aku bagi contoh situasi lah senang.
kira yang kat atas tu situasi pertama.

situasi 2
page ustaz2. 
kau rasa ilmu kau tinggi dari ustaz tu lalu kau pun sound direct kt wall ustaz tu. tmpat dia berinteraksi dengan sahabat fb dia. tujuan apa kau buat tu? kau nak tunjukkan kau ada ilmu lagi tinggi dari dia ke? 

oh ada kes yang lagi teruk, pegi maki hamun ustaz tu kat page dia. dah kenapa kau ni. mentang2 la ni alam maya, orang tak nampak kau, pastu kau boleh suka hati la nak tulis apa? kau lupa ke malaikat kiri kanan tu dok mencatit je apa kau buat?? 

solution : kalau kau rasa pendapat kau berbeza ngan ustaz tu, silalah guna button "private message" tu, dan berbahaslah puas2. tu pun kena jaga adab. jangan nak jadi gerila main serang orang tk tentu pasal. dan kalau rasa meluat ko kat ustaz tu tahap dragon ball, kau tayah follow dia. sama cam kes pertama tadi.

situasi 3
dekat status orang yang kau tak kenal sangat tapi tengah  share something good. kau pegi spoil the mood,

contoh: dekat status tu riang ria share result yang bagus pasal sekolah dia. 
tiba2 kau pun komen " ala pmr je pun".
apa tujuan kau nak komen gitu? lainlah kalau di page tu budak tengah bersedih result dia teruk, ha boleh la ko komen gitu. 
wrong place la brother. 
ada kau pikir apa perasaan cikgu2 sekolah tu yang berpenat lelah menyediakan pelajar2 dia utk xm?
oh yelah.
kau bukan cikgu.
tapi takkan kau tak boleh pk langsung? mainstream sangat ke ucap tahniah?

kononla nak tegaskan bahawa takyah nak jadikan budak2 ni exam oriented sangat. kau jadi menteri then kau boleh ubah dasar oke? yang kena hentam kat sekolah result jatuh adalah cikgu2. kena ngan parents lagi. 

solution : ucap tahniah sudah. kalau taknak tayah komen. tak perlu cerita result kau dulu teruk sekarang kau usahawan berjaya. pergi buat seminar kalau nak bercerita gitu.


situasi 4
dekat status page politik
kau dah tau parti tu opposite dengan apa yg ko sokong, kau nak jugak pegi komen kt situ dengan pendirian parti kau. pastu kejap lagi bila kau kena maki berbakul2, kau happy ek? ke memang kau ni spesis suka kena maki?? 
anehnya.
alien planet mana kau datang ni.

dah kalau kau dengan pendirian kau, pegi la join page yang kau sokong. if u want to look at different perspective, kau boleh tengok page lawan, tapi tahanla nafsu kau tu untuk mengomen. masing2 ada fahaman masing2. tak semestinya kau betul and tak semestinya dorang tu salah. and kalau betul dorang salah pun, bukan caranya kau nak pergi terjah gitu. macam pergi berperang semborono. kan bodoh tu??

solution : jangan komen kat tempat lawan. dok diam2 tengok sudah.

situasi 5
dekat page pencinta haiwan
kau pegi plak komen, apa la sibok2 dengan binatang, saudara kita ramai lagi tak dapat pertolongan.
adui memang cari bala kau ni kan. kau mana tau dia dah tolong orang ke tidak. perlu ke kau nak cakap macam tu? tujuannya?? nak tunjuk pencinta haiwan tu tak sensitif terhadap isu semasa?? kira kau perihatin sangat la yer?? kenapa nak provoke orang tak memasal?

solution : kau boleh nak war2kan pasal manusia kat page pencinta haiwan. takde masalah. sebab pencinta haiwan ni jiwanya lembut. dorang mesti rasa kesian juga. mungkin terlepas pandang sebab sayang kat haiwan lebih. to be honest, aku sayang kat kucing lagi dari manusia. 
kau gunakanlah gaya bahasa dan cara yang betul pasti kau akan dapat lagi ramai kawan daripada musuh.

ok aku rasa cukuplah aku bagi 5 situasi tu.

apa yang aku nak sampaikan kat sini, silalah beradab bila kau berada di alam maya. jangan main masuk umah orang dan bersikap biadap just because people cant see ur face.
tak perlu kau nak tunjuk kau hebat di gelanggang orang. 
kalau kau hebat, kau boleh sampaikan sesuatu dengan cara yang paling sopan dan baik tp orang akan terasa jauh di dalam hati tanpa  berkecil hati.

masalahnya sekarang, ramai orang malas nak fikir cara yang baik untuk menyampaikan sesuatu maksud. main hentam je nak cakap apa pun. dan langsung tak sesuai dengan situasi.

aku tak cakap aku beradab sangat. 
my attitude depends on how u treat me.

ok itu jelah aku nak bebel kali ni. 
tak lama lagi nak bukak sekolah. jadi nanti aku bebel kt sekolah plak.

yeay!


p/s : cakap sesuatu yang bermanfaat, kalau takda, dok diam lebih bagus. ataupun lebih baek makan biskot ni. sedap habaq hang! 
:P

Tuesday, December 17, 2013

setulus cinta




cinta yang berlalu pergi
takkan aku jemput kembali

demi kasih ini 
kurelakan kau pergi
demi cinta yang tak pernah tersisa
ku rela asal kau bahagia

senyum dan tawa itu
mendamaikan jiwaku 
walau bukanku yang disisimu
doa tulus ku kirim lewat hari-hariku

jika tertulis kau bukan untukku
tak pernah ku sesali saat mengenalimu

ikhlas mana ku menerima mu dulu
ikhlas itu juga aku melihat kau berlalu dari hidupku

mengenalimu mengajarku erti
cinta itu tak semestinya memiliki

hakikat jiwa hamba
kita tak pernah dipunya sesiapa
segalanya milikNYA jua

terima kasih sayang
hadirmu memberikan ku ruang
menikmati erti sebuah rindu yang tak pernah hilang









Monday, December 16, 2013

my life as a teacher...

wah...

dah 16 dec harini...maknanya dah separuh bulan disember berlalu tanpa aku sedar..dan aku rasa aku tak post apa2 pun dalam bulan ni kan?? hurm, tu menunjukkan betapa bizinyer aku walaupun cuti sekolah...

eh. apa benda kau bizi sangat. kan cuti sekolah ni. satu malaya cikgunye bercuti2 kan??

ok, ni pun aku tergerak nak menulis  menaip pas terbaca satu artikel. (artikel berdasarkan fakta kurun 17 mungkin) tentang "kenapa untungnya kahwin dengan guru".

aku tataulah penulis tu buat research ke tidak, sbb aku tgk tarikhnya april 2013. which is tahun ni.maknanya entri itu ditulis setelah beberapa tahun dijalankan kssr, pbs dan segala e -apabala.
abaikan bab kawen tu, sebab kau nak kawen ngan sapa, tu sukahati kau lah. yang aku nak komen dia punya isi tu. penulis ni mengatakan betapa untungnya kahwin dengan guru, sebab beberapa faktor. yang mana ada faktor2 tu pada aku memang wujud dalam khayalan dia saja, atau mungkin zaman cikgu shaari dalam cerita p ramlee dulukala. 

ok faktor pertama dia kata hidup cikgu ni berjadual. wah cantik punye jadual dia ni pagi. perfecto. bangun kol 5 bla bla. kol 2 balik. senang kan??

adoi. 

alangkah indahnya kalau begitulah realitinya...

bangun pukul 5 betul.lepas tu bersiap pergi sekolah betul. (untuk aku yang bujang ni oke, kalau yang beranak pinak tu aku rasa bangun pukul 5 tu kira luxury la bg dorang)...ok sampai sekolah, ko ingat masok kelas ngajar rehat pastu balik ke? cis!

Ok teruskan kisah. Kemudian aku sampai sekolah, kalau kena aku duty minggu tu aku kena round satu sekolah. and aku kena sampai kol 7. lepas tu tengok anak2 murid buat apa. kalau tak duty, aku kena bukak library and suruh pengawas pusat sumber bawak turun buku library untuk dibaca sebelum perhimpunan. then aku breakfast. loceng bunyi kol 7.25. so aku ada 25 minit nak breakfast. kalau sampai lambat tunggu la pukul 10 karang baru makan. sekolah aku cikgu tak boleh rilek2 makan ikut suka time sendiri. oh belom masok bab kena jaga gate sambut budak. guru penyayang la katakan. dudukla kt pintu pagar macam bellboy hotel tu menyambut dengan penuh senyuman dan kasihsayang. katanya...

ok pastu mengajar. memangla mengajar. abis kau ingat mengajar tu macam zaman dulukala ke? bawak buku sebijik masuk kelas pastu blablabla bebel. woi budak sekarang pandai komplen ok. cikgu ni boring. cikgu ni mengantuk. jd seperti dalam saranan2 dalam mesyuarat yang berjam2, cikgu2 mesti menjadikan pembelajaran dan pengajaran menarik. so, ingat masuk kelas bawak sebijik buku menarik ke?? apa yang perlu cikgu buat? masuk makmal, sediakan bahan. duduk hadap komuter komputer cari bahan2 menarik untuk dipaparkan di dalam kelas. masuk 15 minit awal untuk setting projector. (ko ingat bole terus play ke)

ok masukla kelas mengajar. eh bukan mengajar. student centered. guru sebagai fasiliatator. explain sikit je, pastu buat kumpulan, murid akan discover sendiri. kononnya. kau ingat senang nak control budak2 kecik dalam group? ko suruh gunting gambar ayam, dia gunting bulu ayam. 
setelah bersilat dalam kelas selama 30/60 minit, maka ko pun keluarla dari kelas. tadi masuk kelas anggun jelita tudung berbelit2 bagai, sekarang keluar kelas, rupa tudung ko dah macam ko kena sembelit 18 hari. boleh bayang?? ok good. 

ok dah selesai mengajar, kau ingat kau boleh rilek2? oh no. buku budak2 nak kena tanda. dah tanda buku nanti ada borang nak kena isi yang menyatakan buku tu kau dah tanda. kau ingat boleh ngelat? setiap 3 bulan boss akan check buku2 latihan budak. kalau kau tak hantar kat boss, siapla nama kau glemer dalam meeting berjam2 tu. kalau cikgu ngelat tu, maknanya boss dia tak ambik peduli ataupun dia jenis tak kisah makan duit haram. either one lah.

ok balik pukul 2?? wahahahah. kononnya la kan. Konon lagi boleh tengok cerita drama melayu pastu filipina ke kt tv ptg2 tu kan?? 

aku balik kol 4 lah tiap-tiap hari. sebagai cikgu library aku kena settle pulak urusan library. ingat sempat ke nak buat time sekolah? kalau ckgu lain, dorang akan stay untuk siapkan urusan ko-ko,pibg, fail2 kejadah apa, dan macam2 lagilah. kalau guru kelas, kena settlekan segala rekod murid. kalau guru data kena settlekan update data guru dan murid. wah wah. balik pukul 2 la sangatttt......

pastu ingat balik rumah bole rilek? kau kena search lagi apa kau nak ajar esok. apa benda alah nak bawak masuk kelas. unsur didik hibur la apa benda tahnye. sampai ngigau2 kot. (nyanyi2 dalam tido akibat nak didik hibur sangat)..memang seram la housemate kau dengar. tapi kalau kau takde housemate, kau sendirila seram. kuikui.

ok so point n0 1 je aku dah ulas panjang lebar, jadi untuk point2 seterusnya nantilah aku ulas kalau aku ada mood. or ada masa.

oh ya, disebabkan aku ni sangat diperlukan khidmatnya, so aku buat tusyen. lgpun aku bujang kan. takdelah aku nak duduk buang masa aku. dapat jugak aku menyumbang utk kemantapan skill aku. 

pas tu nanti orang katalah, eh eh kata cikgu sibok sempat pulak buat tusyen??

abis tu kalau sibok pun takkanlah kau smpai takde masa 2 jam sehari utk buat apa yg ko suka kan? kejam sangat tu. orang lain mungkin pergi beriadah, memancing, tengok tv, or apa2 saja hobi. so it turns out that hobi aku mengajar, so aku gunakanlah hobi aku tu untuk mendatangkan duit. kau jeles apehal lak. 

aku mengajar bukan sebab duit semata2. ok ayat cliche. 
well, terpulanglah orang nak cakap apa. aku tau apa aku buat. Allah pun tahu. 

manusia ??aku peduli apa tau ke tak. takda kaitan ngan aku.

 sebagai seorang graduan dengan ijazah sarjana muda teknologi bioperubatan dari universiti malaya, aku rasa sangat rugi kalau aku tak manfaatkan sepenuhnya ilmu yang aku ada. so selain dari mengajar tahun 6 sekolah, aku ajar tusyen tingkatan 4,5 untuk subjek chemistry, biology, science and maths. kepuasan yang amat sangat bila student2 yang dapat 15/100 chemistry awal tahun bila SPM dorang dapat A or B. aku ajar basic2 macam ajar adik2 dorang darjah 6. so dorang boleh catch up. Alhamdulillah. 

so inilah sedikit excerps dari life aku. belom masuk cerita aku kena log in pukul 2 pagi nak isi standard penilaian pusat sumber(iqpss) tu....hurmm.
aku tak mengajar tahun 1-3, jadi tak terlibat secara langsung dengan sistem pusing siput babi tu. ngajar tahun 6..ada challenge yang tersendiri. dahla aku malas nak cerita. bukan orang peduli pun. u dont have to tell ur problem to the world, 20% dont care, 80% glad u have it. quote dari mana ntah aku baca. 

so itulah kisahnye.

soal jodoh, selain dari belum ada jodoh, aku sendiri tatau bila timenye aku nak usha2 jodoh aku... pastu nanti orang bising2lah, jodoh tak datang bergolek. (eh aku pun taknak jodoh aku datang bergolek, dah macam hantu kubur..eeee)

kalau ada jodoh nanti aku kawenlah, buat masa sekarang, ada priority lain dalam life aku. sapa taknak kawen ye dak?
 ke ada orang taknak kawen? eh lantak dialah.
eh apala aku merepek ni. 

ha oklah. aku nak sambung mengemas2 n melipat baju ni. kang takde space plak aku nak tido atas katil ni. 

kBai!!

p/s : aku tak cuti pun bulan dec ni sebab library aku renovate aritu, so i have to go to school everyday nak mengemas semula buku2 library. 



Tuesday, November 19, 2013

Encik Mimpi

hari ni aku rasa nak tulis pasal seseorang.

tapi aku taknak mengumpat 

kih kih

jadi aku nak cerita pasal ENCIK MIMPI ni.




siapa Encik Mimpi ni sebenarnya??
ntah. mana aku tau. aku kenal pun tidak dia ni. sepupu blah emak bukan. blah ayah tok tiri pun bukan.

tapi aku kenal suara dia jer. Dia seorang penyanyi
dari utube ke mainstream sekarang.
aku mula follow Encik Mimpi ni dari zaman dia dok parody lagu kat utube.
abis dia tukar lirik tu jadi lirik melayu. memang golek2 la aku gelak. apa tah tajuk lagu tu. lupa dah. aku ni memang ada masalah memori sikit. nk search kt channel dia cam malas plak.

ada gak manusia rajin macam ni.
memang terhibur abis la dengar dia time tu. walaupun dia buat lagu tu jadi tah apa2, keistimewaannya, suara dia sedap (pada telinga aku lah) dan gitar dia best. dan paling aku suka sebab dia tak bgtau sapa dia. misteri abis gitu. dari situ aku dpt rasa apa yang dia buat tu suka2 untuk happykan hati dia dan hati orang lain dalam masa yang sama dia taknak gila glemer macam blogger lain time tu. (zaman tu memang hot la sapa jadi blogger, about 2 years back). aku ingat sangat sebab aku ada adik angkat blogger femes gak time tu :p - that is another story. 

masa aku follow dia tu, dia tengah study. maybe oversea kot. sebab aku malas sikit nak baca blog dia masa tu (sorry EM heh heh). tapi aku rajin bukak utube jer. masa tu umah aku ada streamyx so laju gak lar kalau layan utube neh. asal nk tido je aku dengar lagu dia. tp lama kelamaan aku pun tak layan dah. sebab aku suka sangat suara dia ni takut aku jd obses plak, jadi perlahan2 EM aku lupakan...eceh.

tiba2!! wah. suspennye unsur kan. 

kentutla suspen sangat konon...

dalam tahun ni gak, dua bulan lepas kot, aku on HOTFM tengah drive nak pegi ajar tusyen kat SMAKL, aku dengar satu suara yang sangat familiar dekat radio. macam pernah ku dengar, tapi dimana ya?? aku tunggu sampai abis lagu tu. (biasala DJ akan bgtau sapa nyanyikan pas abis lagu)... dia cakap lagu rindukanlah dari Encik Mimpi.

encik mimpi?? seriously? my encik mimpi?? eceh. bilo den konal ekau pun tatau.
tapi aku rasa aku tak salah dengar.

lalu balik dri tusyen tu, aku pun bukakla FB EM yang aku terunfollow dlu. (huhu sebab takut obses la, sila rujuk perenggan atas2)...

a ahh sahlah!! memang EM masuk radio. or dalam ertikata lainnya dah majuuuu!
wahhh 
happynye aku.
(eh macam aku plak yg femes)

tapi kiranya aku ni bukan follower yang baik la. sebab aku tinggalkan dia di pertengahan jalan. huks sobs. ill try to make it back dengan mengundi lagu EM setiap kali di carta hot fm. 

aci tak??

part yang aku paling suka adalah, EM ni banyak kali gak respond pada komen2 aku kat status dia. bukan aku sorang je, ramai gak dia respond. 

kalaula aku ni budak sekola agaknye siap dah printscreen pastu gedik " OMG OMG EM reply kt i"

ahaks.
memang takla yer. aku ni level mokcik2 dah. err tapi ade je kan mokcik obses. hihi.

pastu, memang aku follow la EM ni kat FB dia, err tapi blog still malas baca, hehe, kekangan masa....
bila ada interview dia kat radio, aku gigihkan dload RTM mobile walaupun memang aku tak pernah dengar radio RTM huhu. memang berbaloi la aku dload, dapat aku tengok gaya EM bercakap, suara dia, and serba sedikit pasal dia. org sarawak rupanya encik comel ni. aku mmang suke orang srawak hikhik (mood gedik sikit)




the latest, lagu dia jd OST Playboy itu Suami aku. err EM bukan playboy kot. dari lukisan2  dan status dia aku rasa macam dia ni orang baik2. ha ! lupa plak. EM ni suka melukis. dengan kartun sweet2. lebih kurang cam adik angkat aku dlu la. tapi real life, adik angkat aku tu takdela sweet sangat. EM aku tatau ler camner. 





nilah kartun dia. comel kan. 

masa aku menulis ni, sekjap2 keluar lagu EM kt tv ni. yelah sekarang tengah citer PISA tu. aku tak berapa follow sangat cerita ni. dengar2 je sebab tak berkenan sangat dengan pelakonnya. tapi maybe nanti getting better kot, ntahlerrrr.... yg penting ada selingan lagu EM.

oh lupa, EM dah buat liveshow dia yang first masa festival urban clothing apo bonda ntah, masa hujung bulan 10 dlu. aku tak dapat nak pegi sebab sibok dengan kursus. tapi kalo tak sibok pun aku tak pergi kot. rasa dah tua nak pegi show gitu hehe. tapi adela fans dia upload video. nampak la ketaq dia perform. dengan menari style pusing2 setempat lagi. errr bole panggil menari ker. hehe. takla kutuk, tapi kritik membina gitu. yg aku salute, walaupun dalam ketaq dalam perform, suara dia tak lari sangat. kira marveles la tu pada aku. kalau aku, yang memang ada stage fright neh, naik je pentas aku turun balik. hik.
aku lagi suka tengok dia cover diri sendiri dalam utube kot. comel dan kelakar. 



tengoklah sendiri kecomelan dia. hehe

oklah, aku rasa panjang dah aku meraban pasal EM ni. yang penting aku suka dia dan dia suka aku. eh. bila masa. kata encik mimpi kan, so dalam mimpilaaa!!

to EM, goodluck. semoga terus success dalam semua bidang yang kamu ceburi. semoga Allah merahmati setiap usaha kamu. dan keep up the good attitude. selagi ada umur, insya ALLAH aku akan sentiasa follow kamu sampai la kamu jadi encik realiti! ;) (macamla EM baca blog aku. kahkahkah!)

okbai!
~aku nak sambung aktiviti "benda apa susah cari tapi senang buang"~
kehkehkeh!!




Friday, November 15, 2013

aku lapar!!

Eh, tajuk macam status fb jer. ke twitter. 

tu intro jer. 

Memang aku tengah lapar pun. Tapi kejap lagi la aku makan. panaskan jela apa ada dlm fridge tu. maklumla orang bujang... mudah je hidup ni, jangan disusah2kan tak tentu pasal.....

semua orang ada rasa lapar. pernah rasa lapar. at least time puasa. tatau ler kalau ko tak pernah puasa seumur hidup kan. (khas utk muslim saja ayat ni)...
bila lapar, ko akan carik makanan. tak kirala apa bentuk makanan pun, nasik ke, roti ke, lasagna ke biskot ker kan kan?? pernah tak ko terpk halal ke makanan ni masuk dalam perut aku?? 

eh selalu laaaaa....(mesti korang jawab dalam hati gitu kan?? kann??)

sebab tu selalu heboh status halal haram kat tin sardin tu. eh jangan konfiden sangat semua sardin tu halal tau tau! mesti kena check gak kan. maklumla hampir semua orang concern apa yang masuk dalam perut dia. hampir semua la. yang tak tu, main bedal je, ha semoga dia diberi hidayah oleh Allah SWT ...

itu satu bentuk halal haram yang ko boleh nampak. yang ko boleh salahkan JAKIM ke JAIS ke apa2 jabatan agama ke sebab tak pantau kan kan? yelah orang kat Malaysia ni memang suka je nak salahkan orang lain. (tak semua la gitu)... ni aku nak cerita, ko rasa gaji yang ko guna untuk beli makanan tu halal ke tak? berkat ke tidak?? haaa!! ada pikir tak? selalu pikir tak?? ke nak buat survey ni ?

1. tidak pernah
2. pernah sekali
3. kadang2 pernah
4. selalu pernah
5. sangat pk sampai tak tido malam

ha sila pilih skala. 
maklumla kan sekarang semua nak buat surveyy.

maaflah, aku ni orang yang kurang ilmu agama. takdala aku nk ulas status halal haram sebenarnya. sebab dalam quran Allah dah larang kan kita halalkan yang haram dan haramkan yang halal. rujuk al maedah ayat 87. aku taknak taip kt sini ayat tu, korang pg bukak quran cari sendiri. 

cumanya aku nak sentuh kat sini, seharian korang kejer tu, korang pasti ke gaji yang korang dapat tu memang hasil usaha kerja korang?? dulu2 slalu ada istilah makan gaji buta. maknanya buta2 makan gaji. aku rasa sesapa pun yang ditujukan ayat macam ni pasti akan panas hati lalu akan mengamok2 macam raksaksa gorgon. sebelum mengamok macam raksasa gorgon tu, apa kata ko pause sat. 

aku ambik contoh diri aku sendiri lah. 
dari kecik lagi bapak aku selalu belikan buku cerita kisah dari al quran dan cerita sahabat nabi ni. jadi aku selalu baca buku tu ulang2 sebab aku suka sangat cerita2 zaman nabi dan sahabat ni. sebenarnya semua buku cerita pun aku suka baca. tapi kisah2 nabi dan agama ni senang aku nak ingat. melekat dalam hati. ada satu tajuk buku tu "doa basus terbuang sia2'. ha nantila aku citer pasal doa basus ni. korang pernah jumpa tak buku tu? aku bukan nak citer pasal buku tu pun. aku nak citer pasal satu kisah ni. 

aku tak ingat sapa khalifahnya. kalau tak salah aku khalifah Umar r.a. pada satu hari ni, dia bekejer sampai lewat malam. pastu tiba2 anak dia masuk dalam opis dia. nak cakap pasal hal keluarga. tiba2, dia cakap, ha tunggu kejap. korang tau apa dia buat? dia p padam lilin yang dia tgh guna utk buat kejer tu pastu dia pasang lilin lain. . haa pernah dengar kan citer ni? ok aku tau korang penah dengar or baca. so korang tau kan kenapa dia buat camtu?? sebab dia taknak guna harta negara untuk kepentingan sendiri. sampai gitu sekali kan?? 

cuba tengok diri kita plak?? ok aku tengok dlam konteks kejer aku sebagai cikgu la senang kan. 
pernah tak lambat masuk kelas sebab dok berborak pasal ubat ketiak avon yang terbaru di pasaran??
pernah tak pgi fotostat ic kt opis sebab nak buat personal loan?
pernah tak tido dalam kelas sebab malam tadi penat buat kejer lain kt luar?
pernah tak print gambar family guna printer warna sekolah?
pernah tak jahit tulang belut waktu kat sekolah??(sebab part time tukang jahit)

pernah tak bukak fb dalam kelas sebab nak tengok beautifulnara update ape?
pernah tak biar buku budak2 bertimbun2 malas tanda pastu suruh budak tanda sendiri??

dan banyak lagi sebenarnya. tak tersenarai. well, aku tak cakap aku ni baik sangat sampai tak pernah buat semua yg aku senarai tu. ada yg aku buat la tu sebab tu aku tau. ada yang aku nampak orang buat. 

jadi cikgu memang banyak stress. satunya apa kita buat orang akan judge. eh cikgu pun gitu cikgu pun gini. ala takkan tengok ubat ketiak baru kat avon jd salah. cikgu pun manusia. ketiak dia pun busuk gak. salah tu tidak, tapi janganla kita curi masa bekejer kita.

alaaa nanti kita gantila dengan isi sppbs yang waktu malam tu. kan kita stay sampai 2,3 pagi sebab nk isi sistem pusing pusing belum siap tu...
oih mana boleh kira gituuuu! (nanti aku nak citer pasal PBS ni. nanti ok. )

waktu kejer tu waktu kejer la. waktu extra tu kira kita bekorban lah. kalau taknak bekorban jangan jd cikgu. 

pastu jap lagi ada suara2 sumbang, bodek bos la, kipas bos la, aircond bos lah. 

woi! abis tu kalau tak kipas bos camner? ko tak masuk kelas? buat keje lain? camtu ker baru masuk kategori korang kata tak tak kipas bos tu.?? pui!

tak kuasala aku nak kipas mengipas ke apa ni. abis tu khalifah umar tu kipas sapa?? tolongla ubah mentaliti tu. aku rasa semua orang tau walaupun sebesar zarah perbuatan kita smua dicatat. (surah yunus :61)

yes aku pun  buat kejer luar gak. tapi aku tak ganggu waktu bekerja aku. tak perlulah aku nk explain apa aku buat dengan duit kerja luar tu sebab nanti jadi riak satu apa pun tak dapat kan.

apa kata mulai harini, kita tengok masa kita tu, berkadaran ke tidak dengan gaji kita dapat tu. ini untuk yang makan gaji la. duit kalau tak berkat tak tahan lama, sentiasa je tak cukup. hidup sentiasa je bermasalah. kadang2 Allah datangkan masalah tu untuk kita muhasabah diri kita, mana silapnya kita. bukan nak suh pi tanya Dia balik " ya Allah kenapa Kau timpakan  musibah gini kat aku". haish....

oklah agak serius kan aku tulis kali ni. aku bukannya apa, berakhirnya sesi persekolahan 2013 ni, bukan makna berakhirnya tugas aku. banyak yg aku rasa tak siap dan tak lengkap. macam cepat sangat je masa berlalu. kadang2 sampai tak sempat aku nak duduk dan recaps balik apa yang aku buat. 

aku tataulah orang lain, tapi aku rasa aku banyak sangat buat silap tahun ni, semoga ALLAH ampunkan aku....


ok aku lapar. sangat2. bye

Wednesday, November 13, 2013

Aku dan Abang BGM

tajuk post macam poyo je kannnn....

ah memang poyo pon. Harini aku nak  mengimbau kisah lama, eceh. Zaman aku muda-muda dulu. Kira-kira 10 taun yang lepas. Waaaaa! memang dah tua la aku camtu kann.. huks huks....

Keysah ni berlaku zaman aku kt uni dlu. Aku dulu study kt UM, ambik course teknologi bioperubatan dkt fac science. jadi masa 2nd year sampai la abis study aku duduk kat apartmen terfemes kat situ yakni vista angkasa. Malas aku nak duduk kolej sebab kolej kat UM tu mahal ya rabbi. Duduk luar lg jimat la. Kononnya. Tapi memang pun. Sebab aku memang survive dengan duit PTPTN je pun masa blajar dulu. Bukan macam budak sekarang duit PTPTN beli top up la, beli henpon la, ntah apa2 lagi la. Dulu aku duit tu memang dimanfaatkan sepenuhnya utk sara hidup dan study aku. Alamak bebel pasal PTPTN plak. Lari topik betul.

ok ok. Berbalik kepada tajuk asal. Aku tu aku ler. Sapa plak abang BGM tu? ape ke punya nama BGM?? kihkih. tu nama aku yang bagi. Sebabnya aku tak tau apa nama betul brader tu. 
Brader ni adalah satu makhluk yang sangat hensem masa aku duduk kt vista tu. Aku rasa macam ada dengar2 dia ni dulu student UM gak pastu dia dah keje dia dok kat vista tu gak. Abang ni memang sumpah hensem di mata aku masa tu. Eceh. Nasib baik masa tu takda facebook, kalau tak mesti aku dah boleh stalk dia macam budak2 sekarang buat kat orang yang dorang minat kan? huks sobs..agak rugi di situ...

tapi......korang ingat takde FB aku takleh stalk dia ke?? silap laaaa...hahah! ini aku laa....sapa yang aku minat memang aku akan siasat abis2. alahai. gile scary plak bunyiknyer....hiks. 

kenapa aku minat abang ni sangat?? ok ada beberapa faktor. faktor pertama mestila sebab dia hensem. orangnya putih cerah, muka cam arab2 sikit, suci murni gitu. faktor kedua, hari2 pukul 6.30 aku akn bersidai kat koridor umah aku, tengok ke bawah (umah aku tingkat 5), aku akan nampakk abang ni balik dari main bola. pastu, dia naik atas. pastu sebelum azan maghrib aku akan nampak dia turun balik dengan kain pelikat and baju melayu pergi jemaah kat surau tepi blok aku tu. alahai......cayaq wa cakap luu!!. pemandangan yang susah nak dapat sekarang. (memangla sebab aku dah tak duduk apartment, takkan nak duk kat gate depan umah aku plak usha orang, hoh!) 

dan faktor ketiga, yang buat aku angau tahap super ngan abang ni....sebab dia drive Honda Civic Ferio kaler itam bernombor pendaftaran BGM2703!! haaa gile terer ko. dah 10 taun aku ingat lagi no plat abang ni. ntah2 keter dia tu dah tak wujud skrg hihihiih!. ada pernah tu skali, malam2 buta, aku pergi kat belakang kereta dia pastu suh member aku ambik gambar aku ngan kereta dia. orang tua2 kata, tak dapat orang tengok bumbung je jadilah. tp sebab dia duduk satu blok ngan aku, cam kelakar je tengok bumbung, jadi aku usha kereta....(aku memang suka kereta Honda).

ok, aku memang selalu usha abang ni. aku rasa dia pun perasan kot. apehal la minah 3 suku ni asyikk usha2 dia jer. tapi dia cool jer. takdela stok perasan2 hensem ke nak eksyen2 ke. bila jalan sentiasa je tunduk. jaga pandangan gitu. alahai....lagilaa aku terpesona. gatai miang sungguh. kehkeh. maafkan jela aku.

macam2 la aku buat dalam usaha nak menzahirkan minat aku kat dia ni. mula2 aku follow dia naik lift sebab nak tau dia tingkat berapa..tapi aku tak turun la kat tingkat tu. konon2 aku salah picit butangg la...so aku tau dia duduk tingkat 9. ok, pastu....next day, sblom dia balik dr main bola, aku naik tangga dri tingkat 8 pergi tingkat 9, aku dok kat tangga kecemasan tu smbil usha koridor floor tu. bila dah dkt kol 7 je....jeng jeng jeng...ting! bunyi lift. aku nampak dia ngan kawan2 dia keluar dr lift, masuk la ke rumah dorang. pastu bila semua orang dah masuk, aku pun lalu kt koridor tu nak check umah dia no berapa. pastu aku turun dgn lift g umah aku. hahhahha! gila macam fbi kot. nyesal aku tak mintak kerja kat unit penyiasat polis. mesti tiap2 taun aku dapat tangkap penjenayah berguni2.

ok sekarang aku dah tau umah dia kan??? eh .....takdela aku pegi ketuk umah dia. gila kau! aku bukan desperate macam budak2 sekarang. main redah je.takde skill n seni la camtu.
apa aku buat? haaa....beberapa hari pastu, aku pun tulis la lirik lagu (eceh cam romantik padahal tulisann aku buruk nak mampus: diakui oleh boss aku tulisan terburuk didunia).
aku masukkan lirik tu dalam sampul surat, pastu aku tulis kat sampul tu utk abang BGM. haha! dahtu, aku mana tau nama dia. malam2 dalam pukul 10 gitu, aku pun naikla ke atas, lalu selitkan lagu tu bawah pintu dia. amacam? gerek tak? tapi aku tak surela dia paham ke idok lirik tu....haihhh (-_-") aku pun tak ingat dah lagu apa benda aku bg kat dia. takdela jiwang sangat. jiwang2 ayam je kot. maklumla aku masa tu bukannya minah bunga....

tapiiiii sebut pasal bunga....haaaa....pada satu hari tu, ada roses day ke ape tah. maka aku pun beli la 3 kuntum bunga ros. pagi2 sebelum dia pergi keje (aku tau timing dia pgi keje heh heh), aku turun pegi letak bunga tu kat wiper keter dia. pastuuuu, aku usha dari atas. aku nampakk dia ambik bunga tu pastu masuk dalam keter. yeay!!! (sib dia tak buang)
petangnya, kebetulan, aku ngan dia berdua je dalam lift. waaaaaahhhhh!!! perasaannya masa tu, excited macam nak terkeluar jantung. dia tunduk jerr.. aku pun tekan la tingkat 5 (masa tu aku harap aku boleh stop time). masa aku nak keluar lift tu, dia angkat muka tengok aku. aku senyum je la kat dia. eh tak! aku sengeh cam kerang busuk. dia senyum balik. pergh....rasa masa tu macam dunia aku yang punya. macam siti di alam fantasi...waaaaaa! tah dari mana datang keberanian aku, terus aku tanya kat dia 
" bunga pagi tadi kat kereta tu mana,buang ke??"
pastu dia cam terpinga2 tapi dia jawab " eh taklah, ada dalam kereta".....pastu aku keluar dr lift dengan poyo dan selambanya sambil sengeh2. haha bengong kan?? maklumlaaa first time dapat dengar suara dia n cakap ngan dia. first and last haha!

 bukanla nak perasan, aku rasa brader tu memang perasan aku usha2 dia. dia pun usha2 balik je selalu. akhirnya aku tau, aku memang perasan sebab lastly aku tau dia rupanya dh ada tunang. argh!!! kecewa dowh. baru je ingat dia pun syok kat aku. haha! aku rasa dia usha aku sebab dia rasa aku pelik kot. kihkihkih! takpela....aku insan yang bisa menerima kenyataan....

walau apa pun, bila teringat abang tu, mesti aku tersengeh2 sorang. memang aku gila dan gila2. benda2 macam tu la buat life sangat fun! wahai abang BGM ku sayang, semoga kau berbahagia la dengan keluargamu yer. ntah2 anak dia darjah 4 dah skrg. hihi!

skrg aku dah pencen dah buat keje2 tak senonoh mengusha orang camtu. kalau aku suka orang pun, aku sekadar tengok jela. siapalah diri aku ini....elemek. meluat plak ngan statement sendiri...hahak!

okla tu jela kisah aku hari ni. nanti aku cerita benda lain plak ehhhh....:D