Total Pageviews

Wednesday, January 1, 2014

1 januari 2014

alhamdulillah,
syukur masih diberi peluang sekali lagi untuk menghirup udara di tahun masehi yang baru..

cliche sangat la kan buat entri hari pertama tahun baru...
ah nevermind, blog aku, suke hati akulah nak buat entri tahun baru ke tahun lepas ke lain tahun ke kan......

aku memang jenis yang jarang sangat nak celebrate tahun baru atau apa-apa perayaan dengan bersesak-sesak tengok bunga api beramai-ramai tu...selalunya aku lepak je depan tv sampai tertido. dari muda sampai la ke tua ni memang itule perangai aku. bukan ler aku baik sangat tak pergi konsert-konsert ni, aku pergilah jugak tapi bukan yang untuk sambut apa-apa punya konsert. cam konsert m nasir ke, ella ke awie ke, aku layan ler kalau ade duit....aku memang tak suka bersesak-sesak. rimas laaaa....

hari ni aku melepak je kat rumah sambil menyiapkan apa-apa yang patut. maklumlah esok dah nak bukak sekolah. nak iron baju la...dahla esok khamis kena pakai baju batik...ish malasnya la aku nak mengiron baju batik tu. kan bagus kalau ada batik lycra. takyah iron punya. eh ada ke ha?? ok pengusaha batik sila fikirkan idea aku ni. mesti laku abis kalau ada kan...

ok sempena tahun baru ni, biasalah, sure cerita pasal azam kan. rasanya haritu masa tahun baru hijrah aku ada cerita pasal azam gak. aku rasa tahun ni aku malas nak buat azamlah. mesti tak jadi apa punya kalau beriyer-iyer berazam.. aku nak belasah jela buat apa yang aku rasa aku perlu buat. contohnya, aku dah deactivate FB aku buat sementara waktu ni...ada gak yang message aku tanye aku remove dorang ke...eh takdelah. aku takda remove sapa-sapa pun kecuali diri aku sendiri. aku rasa FB tu sangat annoying lah. banyak aura negatif. jadi buat sementara waktu ni, biarlah aku deactivate dulu. untuk berapa lama?? entahlah. aku pun tak tahu. mungkin sehari dua, seminggu dua ....we will see how..

sejujurnya sejak aku deactivate FB selama 24 jam lebih ni, hidup aku lebih aman. macam minum teh detox. detox toksin-toksin yang ada. aku cuma baca berita yang aku perlu baca, tak payah tengok orang-orang perli memerli kawan dorang or maybe perli aku ke aku tak perasan kan, tak payah tengok perkara-perkara yang menjengkelkan, tak payah tengok luncai berlagak pandai ... well, tidak dinafikan banyak juga benda baik-baik dalam fb tu,  kata-kata motivasi, seruan dakwah etc. tapi bila dah bercampur-campur rasa macam serabut. nak tapis rasa tak tertapis. dan aku takda plak rasa cam ada something missing dalam life aku bila aku deactivate fb tu. biasa-biasa je. ada lebih banyak masa sebab rupa-rupanya sebelum ni aku banyak sangat abiskan masa mengadap fb dengan phone aku tu. lepas solat pun, telekung tak bukak lagi terus ambik phone nak check ade orang komen ke tak status aku. teruk betul aku rasa. macam kemaruk pak pandir.

dan lagi, aku takdala nak impromptu update status bila aku marah-marah. i can take time to cool down and find that tak perlu pun nak luahkan kemarahan di mana-mana pun. rilek je. eventually what have started will end. hujan pasti berhenti kata m nasir dalam lagu apokalips tu kan..nothing lasts forever.

aku tak bercadang nak merapu panjang-panjang pun dalam entri ni sebab without fb, aku rasa takkan ramai orang perasan blog aku ni dah. anyway im going to keep writing coz i honour a few people yang memang rajin baca apa aku tulis. and i know they read because they care about me. and i love you too!! 



tapi ada jugak yang baca sebab nak jadi stalker. haha, suit yourself la dear. i have a good life and i don't blame you if u have a life that sucks. to have a good life you must learn to love what you have and let go what are not meant for you. count your blessings. bersyukur. simple word tapi tak ramai yang tahu macam mana kan? ;) 
kita tak perlu 'menjerit' kepada dunia yang kita sedang bahagia sedangkan hakikatnya ...well...u know urself kan?
kebahagiaan tu akan terpancar di wajah and reflects in our attitude towards other. 

bak kata fynn jamal dalam lirik lagu yang ainan tasneem nyanyi tu, 150juta, "buat apa dicerita bahagia kita rasa"... if u re too keen to let people know u re happy than probably u r not that happy yourself. and you not lying to anybody except urself. pathetic kan camtu??

oklah, aku ada banyak lagi kerja nak buat ni. 2014 will be a busy year for me. semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik untuk aku meneruskan apa yang aku rancang untuk tahun ini. and aku harap 2014 will be a good year for everybody else too. 

semangat tahun baru tu sentiasa ada walaupun takda nak buat azam sangat. semoga mengalirlah semangat tahun baru ni kepada semua orang yang baca ni. kita cari yang baik-baik dan tinggalkan yang negatif itu. 2013 have been a great year for me. and i hope 2014 will be better. sebenarnya, masa depan itu kita yang decide dengan apa yang kita buat hari ini. jadi kalau kita asyik merungut hari ni, adakah kita expect masa depan kita akan dapat uwang berjuta? memang takla kan.
                     if opportunity doesnt knock, then build a door-zig ziglar 

i'm starting my new year with lots of love, hope it lasts throughout the year!


oh by the way, ill be 35 this year in october. insya Allah kalau panjang umur :)

kbai!

2 comments:

  1. Yeah aku dah baca.... terima kasih to you too and I love you too.... cup cup cup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi muahhhhhsss!! See you tomoloooo!

      Delete