Total Pageviews

Thursday, October 8, 2015

Aku dan SLE ...part 3

hello
is it me u r looking for?
coz i wonder where u are
and i wonder what u do
are u somewhere feeling lonely
or there s someone loving u


eh apehal aku tulis lirik lagu ni...kehkeh. ok nak cakap hello je sebenarnya..mujur tak keluar suara kt blog ni. realitinya kalau aku menyanyi, memang aku sendiri tak sanggup nak dengar. :p

Setelah kenyang makan kabsa kambeng yg aku temui dalam fridge aku (rasanya hari selasa lepas aku beli), tetiba aku rasa nak sambung kisah aku dan SLE part 3 ni....

ok part 3 aku nak citer pasal IV cyclo...ataupun sejenis chemo. aku kena hadap iv cyclo ni untuk 6 kali, sekali setiap bulan. so dari bulan feb haritu sampai la august baru-baru ni, aku berulang secara tetap ke spital untuk treatment ni. 
kenapa aku kena hadap chemo ni? oh sebab hujung taun lepas, aku kena pegi buat biopsy setelah keputusan urine aku kurang memuaskan setelah beberapa sesi berjumpa doc sebelum tu. so dalam bulan 11 camtu ke 12 tah aku dah lupa, aku kena pg buat biopsy. before this aku tak pernah lg buat biopsy ni, so agak cuak dan menyampah gakla. aku tak suka situasi doc nak tebuk-tebuk badan aku nak amek sample ni. rasa cam lab rat. tapi kerna terpaksa ku relakan jua. aku dok google la pengalaman orang yg kena buat biopsi ni, macam-macam ada. demamla 2 minggu la apalah. bikin aku panik je. 

sebenarnya takde apa pn. prosedur tu simple je, kena masok wad satu malam untuk doc monitor keadaan and next day doc carry out the procedure.  ye je aku google and nampak scary biopsi neh. tak caya korang tengok gamba neh
sumber : encik google
doc yang handle biopsy tu nama dia doc esther, pehhh. memang expert la dia. tau2 je dia cakap dah siap. dahla orangnya comel dan lemah lembut. lepas diambil isi buah pinggang tu, aku kena baring 6 jam ke camtulah, baru boleh balik. malam tu gak aku balik. oh aku drive sendiri jek g buat biopsy tu. masa drive tu adela sakit sikit pinggang tp ok je, pas tu takde darah dalam air kencing smua, kira orite la tu. 

hasil dari biopsy tu aku pun dikatakan doc mendapat Lupus Nephritis class III ke gitulah. aku pun kurang arif lalu aku google. (berjasa sungguh encek google neh)
baco la sendri ha
korang baca ayat "if not controlled, lupus nephritis can lead to kidney failure." jadi untuk mengelakkan itu berlaku, maka doc pun suruh aku buat treatment iv cyclo tu. 


hah tulah dia menatang tu. sejenis chemo dia tu. bacalah sendiri tau. tak reti bi pegi amek kamus. maleh aku nak translate.

so sekarang korang taula, chemo tu bukan untuk pesakit kanser je kan. org yg ada sakit lain pun boleh kena chemo. 

ok, dulu sebelum chemo aku banyakla google juga tengok pengalaman-pengalaman orang yang pernah melaluinya supaya aku dapat jadikan panduan. ada yang sama ngan aku lalui, ada yang tak. lain orang lain effectnya.
so meh nak cerita apa yang aku hadap.
first chemo bulan satu, drive pegi kompleks rawatan harian kat spital selayang tu.. register pastu nurse situ kate doc tak prepare ubat plak. cehhhh. so aku kenalah pegi minggu berikutnya, dah februari masa tu

mula2, dia masukkan air sebotol, pastu baru dia masukkan ubat cycloapanatang tu. masa masukkan ubat tu, nurse smua siap berbungkuih muka tangan depa, memang toksik abis la gaya ubat tu. aku lak first time tu chop katil so bolehla aku berbaring2 dengan jayanya. settle sebotol ubat tu, dia masukkan semula air sebotol.  masa session ni, toilet pn ada khas utk pesakit chemo. takleh campur ngan orang lain. org yg chemo ni sistem immune akan jd low so senang dapat penyakit. 

masa masuk ubat tu, mula-mula tak rasa apa tapi lepas beberapa ketika, mula rasa hidung aku cam nak tercabut. rasa panas sgt kt dalam. pastu rasa tak larat. tp berjaya gak aku drive balik. esoknya mc sehari. hari sabtu tu aku dah pegi reunion mrsm malam tu. kehkehkeh. 

camtula untuk sesi2 yang berikutnya. sampaila sesi ke 4 kot, tertangguh sebab aku batuk teruk gila. bila tertangguh, next sessionnya aku kena warded sebab kat kompleks rawatan harian tu dah full kalau skip session. kena ward kat ward 7. nephro punya ward. pehhhhh seksa oi kena warded, makan tak sedap. time ni aku g naik cab n balik pun nak cab. betullah orang cakap, bila time kita sakit baru kita tau sapa sebenarnya kawan kita heh heh.

dan sesi terakhir chemo aku pada bulan ramadhan haritu. time chemo tu mmg tak puasa tapi next daynye aku puasa macam biasa. panas sikit la rasa. tapi beberapa hari pastu, last day puasa, aku naik ambulans g spital ampang, sebab food poisoning and doc cakap kencing kotor. hazabnya time tu macam nak putus urat perut rasa. memang aku mintak bapak n jiran aku call ambulans je masa tu. mujurla aku ada jiran yang macam kakak sendiri. sayang jiran aku ketat2!

memang taun ni kerja aku berulang spital je la. everytime pun aku drive sendiri kecuali yg masuk ward tu je lah. selain dari chemo, aku kena follow up 2 weeks pastu jumpa doc. seminggu chemo, next minggunya amek darah, then minggu lagi satu jumpa doc. kiranya sbulan 3x at least aku memang kena g spital. tp takde pn jumpa doc hensem :')

and the latest follow up  baru-baru ni doc kata banyak result dah ok, kiranya dia kata responding well to the treatment. yelah kot sebab aku ni sakit ke tak sakit ke, sama je aktiviti aku, tetap kena g skolah, tetap g ajar tusyen, tetap kena pegi kursus or meeting, and tetap g berjimba-jimba heheh. 

syukur alhamdulillah, selasa lepas 6 oct aku sambut birthday aku yang ke 36. walaupun sekolah cuti jerebu time tu tapi aku tak cuti. ada tugasan lain aku kena selesaikan dr kol 8am -545pm. tkde makna dah bedey2 utk aku ni. mujurla ada kakak, kawan2 aku yang ingat nak wish. rasa meriahlah sikit.

oklah sempena bday aku, aku baik ati nak belanja gamba aku sekeping.


oh jangan gosip2, adik ni jd cikgu ganti kat skolah aku. dia baik, rajin melayan akak dia ni merapu. geng selpi gitu. (gamba ni dipos tanpa kebenaran dia, matikla mak nakkkk!)

wish aku untuk beday, aku tetap nak seorang pilot kapal terbang jd laki aku. haha!

okbai!!!
:p

3 comments:

  1. Kuatnya akak. Saya pernah kena diagnos je, syukurrr tak betul diagnos tu. Semoga Akak cepat sembuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Thank you dear 😘😘😘

      Delete