Total Pageviews

Monday, May 12, 2014

EM part II

assalamualaikum sayangs sekalian.....

wah dah masuk pertengahan Mei rupanya, lama gilos aku tak meng update blog picisan aku ni. yelah sapalah aku kan, orang nak baca pun aku bersyukur sangat. tq tq kerana sudi meluangkan masa anda. 

ok sebenarnya tujuan utama aku update ni adalah aku nak membebel sebanyak mana yang aku larat sebab aku bengang. bengang dengan apa yang aku baca di internet yang asal usulnya dari sokabar. tgk tajuk entri aku pun dah tau kan. ni smua EM punya pasal. heh. 

aku tak puas hati betul bila ada wartawan2 dari sokabar (yang sememangnya aku tak pernah beli pun), mengutuk2 EM tak memasal. kalau suara dia tak sedap sekalipun, kau sakit kat mana?? 

ok yang pertama, dari HM suratkhabar lucah semalaya tu. kononnya penulis itu bercerita macam nak rak pasal EM itu ini begitu begini mengutuk. part paling best, the stupid bitch was not even at the event. ha ambik kau. jangan dibangunkan singa yang sedang tidur. kau menulis mengutuk macam nak rak, tapi cerita pasal gegendang telinga kawan kau. kau ni sekolah mana dulu eh? oh bukan salah sekolah. kau sendiri sel saraf tak bersambung. ha kalau kau terbaca apa aku tulis ni, apa perasaan bila orang kutuk kau? pedih? sentap? masa kau menulis pasal EM tu, ade terpk tak perasaan dia? perasaan fans dia? otak kau lama sangat ke terperuk dalam asam jeruk??  kalau kau penulis yang bagus, kau boleh kritik dengan cara yang positif. tp yelah, aku tak expect la kau dapat menulis gitu kalau tengok cara penulisan kau yang bahlul tu. ko rasa boleh menang award ke tulis benda buruk pasal orang? dia kacau hidup kau celah mana?? aku malas nak share link sokabar kau. nt naik rating sia2 je kan. by the way, suratkabar kau tu buat lap taik kucing je kat umah aku. maklumla sokabar kan ada kandungan carbon yg tinggi boleh menyerap bau. cuma bau busuk hati kau je tak terserap. oh dekat forum cari tu pun ramai gile orang dok jadi nasik tambah mengutuk2. yang mengutuk tu mesti  ada yang kerja makan duit haram waktu opis dok sibok online mengutuk orang. no wonder la perangai gitu.

ok yang kedua, ada sapa tah dari suratkhabar yang dikenali sntiasa disaman sebab menyebar fitnah. ni pun tak memasal nak mngutuk dengan headlines yang kononnya meletop la sangat. aah memang aku rasa nak meletop je ni. oo mentang2 la ko boleh menulis kat suratkabar pengelap taik kucing aku tu, ko ingat hebat sangat. pui. ke sebenarnya ko nak tarik perhatian EM. attention seeker gitu. oh ni memang perangai orang kurang kasih sayang. 

ok, i was at HRC. memang EM tak perfect. ada je la silap2 nyanyi and such. pada aku untuk penyanyi baru cam dia, tu perkara biasa. aku pegi konsert awie, aku pegi konsert m nasir. dorang pun ada terlupa lirik. tu perkara biasa. oh pasal pitching aku taknak komen sebab aku takde pengetahuan pasal bidang muzik. and aku rasa 80% rakyat msia pun takda pengetahuan gak. dorang rasa sedap dorang layan. abis yang minat lagu rap tu ada pitching sangatla kan. yes maybe aku buta muzik, tapi aku ada consumer power. sapa aku suka aku beli tiket n layan. kalau celik muzik pun tp kalau dengar cerita orang pastu tulis kat sokabar apa guna beb?? akai ada ka?? kau bukan bayar pun. KECOH je lebih.

yang pasti aku terhibur dekat HRC tu. i paid the ticket and the damn expensive chicken chop and i enjoyed myself. sorang pun aku layan. oh yes wartawan HM tu sekolah tak abis, mengira pun tak lepas. 7 orang atuk kau. lebih la. siap ada budak kecik dok blakang aku ngan parents dia cakap, " mana encik Mimpi ni tak keluar2 lagi". maybe bapak dia pg makan je kot kt situ, tp the whole family sit behind me and budak tu cakap aku dengar.

and last saturday aku pegi tgk show EM kt pusat belia kg pandan. the show was meant for pesakit kanser and collaboration dengan MAKNA. dapat makan bubur lambuk ngan laksa free lagi. show tu pun free. and i know those people terhibur dengan EM and a few others yang dijemput. Dreemers Club siap buat jualan barangan and hasil keuntungan di donate ke MAKNA. 

aku bukanlah nak backing EM sebab aku minat dia. tapi attitude wartawan ni too much. lama sangat duduk dalam taik smpai dah lupa cara nak menulis baik2 gamaknya. pengalaman  a few friends pun buat aku menyampah dengan wartawan. bila eksiden ada 3 orang dalam kereta dia highlight yang sepasang laki pompuan dalam kereta tu je. saja nak bg sensasi. nak sensasi punya pasal, dosa pahala ko tolak tepi. ko nak tongkat langit ke ape??

tak dinafikan ada wartawan yang bagus, melaporkan. bukan mensensasikan. maybe CP kat HM tu yang kena banyak2 muhasabah diri. kot yer pn sakit hati ngan manager EM, apehal ko nak tembak EM yang tak bersalah tu?? and EM bagus. dia diam je. malas nk layan ANJING MENYALAK BUKIT agaknya. and do your homework la kalau nak tulis pasal artis. berapa ribu kali nak tanya kenapa EM pakai topeng. aku sampai nak muntah dah dengar soalan tu. kalau pasal siti nurhaliza takde plak ko nak tanye dia byk2 kali kenapa dia pakai tudung kan. 

ok aku rasa itu saja aku nak cakap. lagi banyak aku tulis nanti ade yang kena maki tahap dewata raya. 

EM yang aku kenal handsome pada personality dia. tabah layan peminat dia setakat mana yang dia mampu. sampai makan pun tak tentu arah aku tengok. aku kesian gila tengok dia sebenarnya. jd mangsa keadaan. camnalah industri hiburan malaysia ni nak maju kalau wrtawan hiburan pun ngok2 tak reti nak tulis elok2. tapi kalau artis luar negara bukan main kau puji melangit. jilat tapak kaki pun sanggup. 

ini semua dunia saja beb. dunia ni cuma persinggahan. harap2 sebelum mati sempatla kau mintak maaf dekat orang yang ko buat dosa tu.

sekiannnnnn saja amukan aku hari ni

to EM(kalau terbaca) keep up the good work dude! u r awesome!
xoxo!


okey bai!







p/s abaikan bunyi kereta and kamera yang bergoyang2. ketaq dengar dia nyanyi lgu ni. sangat2 suka!

No comments:

Post a Comment