Total Pageviews

Saturday, May 17, 2014

Guru Oh Guru

salam sejahtera kepada smua yang terbaca entri ni..

17 mei...sehari selepas sambutan hari guru peringkat kebangsaan. tapi sekolah aku belum sambut lagi. sambutan peringkat sekolah akan diadakan pada 23 mei nanti.

aku ni sebenarnya kalau dah lepas 16 mei tu takde feel dah nak sambut apa pun. the day itself yang special. serius aku rasa macam sambutan hari raya. meriah betul phone aku dengan whatsapp dan message ucapan selamat hari guru. terima kasih banyak2 aku ucapkan pada yg wish.
oh EM kesayangan aku pun ada wish, tq. made me smile all day. kalau tak smile setengah hari jer kehkehkeh. 

secara jujurnya aku sangat sangat sangat happy menjadi seorang cikgu. walaupun mungkin ada yang kata perwatakan aku tak berapa sesuai jadi cikgu. dengan kasarnya. dengan brutalnya. mungkin ramai gak tak sangka aku jadi cikgu kalau dorang jenis yg judge aku dari watak lahiriah aku. tapi ramai gak expect aku jadi cikgu sebab dari sekolah rendah aku selalu main 'cikgu-cikgu' dan ajar kawan-kawann aku walaupun aku ajar merapu2. bestfriend aku masa tu pun anak penolong kanan sekolah aku. bila masuk sekolah menengah aku tak ajar merapu dah, aku ajar betul2 kat kawan-kawan apa yang aku tahu. sebab aku ada dengar ustaz aku kata kalau kita ajar ilmu kat orang nanti kita jadi lagi pandai. dulu aku tak berapa paham apa benda maksud tu, jd niat tu ajar sebab nak aku jadi pandai la. rupa-rupanya, betullah, bila kita ajar orang, kita akan lebih ingat dan jadi lebih faham walaupun asalnya tu tak berapa nak faham sangat. and perasaan sangat puas bila kawan aku tu paham apa aku ajar. and i dont mind pun kalau markah mereka lagi tinggi dari aku sebab aku pun jarang ambik tau markah orang hehe. aku jenis compete dengan diri sendiri bukan dengan orang. aku tak berapa nak digest konsep kedekut ilmu. pada aku orang kedekut ilmu tu orang paling ngok dalam dunia.

dulu aku memang suka bercakap. (ciri-ciri penting nak jadi cikgu).
tapi sekarang aku lagi suka menaip. aku suka tulis status fb. takpun mengamok kt twitter. biasalah manusia berubah seiring dengan zaman kan. sebab aku pun kadang2 bukan pendengar yang baik (still practicing to be one). jadi baik aku tulis je apa aku rasa so orang pun tayah nak dengar aku and aku pun tayah nak dengar orang cerita tp at the same time aku boleh luahkan apa yg aku rasa. ha camtuhlah. and aku pun jarang nak pegi baca blog orang haha selfish gile plak rasa. bukan sombong, but seriously aku tak sempat. ni pun curi2 masa jer nak merepek meraban.


oh kisahnye aku tergerak hati nak menulis entri ni sebab tadi aku terbaca kat FB, status SN ngan Warga Prihatinnya menulis tentang guru a.k.a cikgu.  yelah sempena ngan hari guru jugalah sebenarnya. adalah di antara komen-komen tu cakap cikgu dulu tak sama dengan sekarang. cikgu dulu dihormati kerana kredibiliti mereka tapi cikgu sekarang tak macam cikgu bla bla bla. oklah, pada aku, memang cikgu dulu tak sama dengan cikgu sekarang. tapi nabi pun pesan ajarlah anak ikut zaman ye dak? betulkan kalau aku salah. sepanjang aku jadi cikgu, macam-macam ragam anak murid aku jumpa. ada yang sangat menghormati cikgu. ada yang sangat biadap. dan puncanya senang je. didikan ibu ayah dirumah. ingatlah, mak bapak tu
guru pertama pada anak-anak. senang je, kalau anak-anak diajar untuk menghormati guru, definitely mereka akan pandai hormat guru and orang. tapi kalau mak bapak dah tak ajar, tkda masa and pn sama-sama memperlekehkan cikgu, alamatnya martabat cikgu tu memang jatuh dalam longkang lah. 

sebagai cikgu, aku bukanlah hadap sangat nak suruh orang hormat aku beriyer. oh sebab aku cikgu semua orang kena dengar and hormat pendapat aku. 

nonsense. 

pada aku, respect is to be earned. but i think i failed to earn my children's respect. yes my children. aku belum kawen and tkda anak, tapi aku anggap anak murid tu macam anak-anak aku. takda aku bezakan sayang orang tu lebih sebab dia cantik ke bergaya ke gaya ke. aku sayang kalau budak tu baik, dengar kata, tak menyakitkan hati aku. sebagai cikgu, aku bukan mintak banyak pun. aku just harap budak-budak tu siapkan homework yang aku bagi, belajar betul2, jangan bercakap dalam kelas masa aku tengah mengajar, fokus pada pelajaran dan jumpa aku kalau tatau apa2. aku sentiasa je available kalau dorang nk jumpa aku. pada  aku orang yang bercakap masa orang lain tengah bercakap adalah sangat rude.
event dlm perhimpunan pun, kalau gb or pentadbir berucap aku tak bercakap dengan orang lain. aku akan dengar. kalau aku mengantuk pun aku pegang tab main game seketul dua or take note ngan tab tu. aku paling pantang kalau aku tengah mengajar budak-budak bercakap. kalau dah pandai sangat tkpa. ni bila aku tanya balik apa pun tatau. sakit hati aku. syukur jugak Allah kurniakan aku suara-tertelan-speaker jd sekali aku tinggikan suara semua dah macam cicak tercekik guli. terkebil2. laratke  nak menjerit macam tarzan everytime. kalau aku tarzan dah tentulah budak-budak tu yg dok kat hutan tu kan?? jane takleh, seksi sangat. eh tetiba lak.


oh janganlah bandingkan cikgu dulu dengan cikgu sekarang. aku malas nak cakap apa yang cikgu sekarang kena buat. silap cakap karang kata aku pembangkang kerajaan plak. cuma, pada aku, kalau dah jiwanya seorang cikgu, dia pasti akan buat sehabis baik untuk anak murid dia. janganlah sebab di pandangan mata korang dia tak cukup baik, korang terus judge dia. even if the person's best is not up to your expectation, doesnt mean he/she has not done her very best. and stop judging people. masyarakat sekarang suka sangat nak judge orang. sekali je masuk suratkhabar pasal cikgu rotan murid, macam2 caci maki cikgu tu dapat. ayat paling best " aku tak bayar kau suruh rotan anak aku" . aku pernah terbaca komen macam ni. pergh....tahniah. i wonder how ur child is. 

oh ade la jugak cakap cikgu skarang suka buat sesuka hati. tak puas hati la cikgu tu ketuk kepala anak dia ngan pembaris. dulu aku kecik-kecik, kepala aku ni dengan apa saja tak pernah kena ketuk. buku? pembaris? duster? semua pernah. kisahnya, sebab tak hafal sifir. sebenarnya aku dah hafal, tp sebab cikgu maths tu garang sangat, bila kena soal aku terus jd blackout. tapi takdela plak aku balik ngadu kat bapak aku. kat mak lagila jangan cari pasal. kalau aku ngadu kt mama aku cari maut namanya tu. kalau cikgu yang ngadu kt parents aku lagila double maut.

aku rasa cikgu-cikgu sekarang, walaupun tak semua and maybe ada yang encounter dengan cikgu yang tak serupa cikgu, semuanya berfungsi untuk menyampaikan ilmu. and mendidik. yes, ada yang mulut puaka kata, "camtu ke nak jadi cikgu, diri sendiri pun perangai tah apa2". 
ok perlu aku nyatakan di sini satu fakta yang korang mungkin tau or tatau atau tak ambik tau.

----> sesungguhnya cikgu adalah pelakon yang baik. kalau ambik award kalah la semua artis2 kat malaysia ni. aku yang korang nampak ber huha-huha ni dalam kelas takdanya macam ni. sebab tu FB aku takde acc anak-anak murid aku yg masih sekolah rendah. dilarang add anak murid hehe.

nak kata serius tu tak, ade gak aku buat aksi ultraman and raksaksa gorgon dalam kelas. bergelak ketawa dalam kelas takda hal. dulu masa aku kecik-kecik jangan harapla aku nak bergelak ketawa ngan cikgu maths aku. boleh kiamat aku rasa kalau cikgu tu senyum pun. oh maths aku sentiasa A walaupun aku sangat tak suka maths. SPM pun A1. and skarang aku ajar maths sampai form 5 untuk kelas tusyen. ok dah melalut. apa aku cakap td? oh cikgu adalah pelakon yang baik. yep. tolong jangan mix up personaliti di skolah and di luar. and sekali lagi tolong jgn judge orang. kamu bukan tuhan. timbangan amal kamu dengan amal orang yg kamu judge tu pun kamu tatau sapa lagi berat.


dalam msyarakat malaysia harini, aku rasa adalah amat penting ibu bapa itu menuntut ilmu keibubapaan. kami cikgu2, sangat-sangat memerlukan bantuan ibu bapa sama-sama kita membentuk generasi pewaris negara ni. tak kisahla kalau parents tu taksub parti politik apa pun, tapi didiklah anak dengan neutral. ajarlah anak untuk belajar menilai sendiri. and kalau rasa lagi hebat dari cikgu pun sebab bapaknya doctor, engineer, lawyer, tak perlulah nak merendah2kan cikgu yang mengajar anak awak tu. cikgu2 tu yang mengajar anak awak a,b,c. sekalipun cikgu tu tersalah tanda buku latihan 2+3 =6, tak perlulah awak nak bodoh2kan cikgu tu depan anak awak. awak check buku dia sekali setahun, ckgu tu kena check buku berkali2 dan berpuluh2 anak murid. teachers are only humans. they make mistakes. 

kalaulah ada ibu bapa yang terbaca entri ni, harap2 kita sama-sama dapat muhasabah diri. anak tu amanah. amanah anda sebagai ibu bapa and amanah kpada kami warga pendidik juga. dengan adanya dunia tanpa batasan sekarang, kita perlu juga create virtual barrier untuk anak-anak ini sementara mereka pandai nak beza betul dan salah. even orang dewasa sndiri pun kadang-kadang terkhilaf nak membezakan yang benar and palsu. 
harap dapatlah spend lebih masa dengan anak-anak anda, checkla kerja sekolah dorang. janganla pecaya je bila cakap dah siap je smua. rajin-rajinlah contact cikgu sekolah anak anda. aku rasa cikgu2 tak kisah pun kalau parents berhubung direct ngan dorang.

oklah itu sajalah aku rasa nak bebel2. apa pun, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 yang wish aku selamat hari guru and aku pun nak wish selamat hari guru kepada semua rakan-rakan pendidik, bekas pendidik dan guru-guru aku dulu walaupun dorang tak dapat baca. tapi apa yang pasti, mereka sentiasa ada dalam doa aku. dan aku harap, aku akan sentiasa ada dalam doa anak-anak murid aku nanti.



al fatihah untuk guru-guru aku yang masih hidup dan yang telah pergi menemuiNya.
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah.




selamat hari guru.


No comments:

Post a Comment