Total Pageviews

Sunday, February 8, 2015

MRSM Serting Dalam Ingatan

Salam semua? apa khabar?  aku tanya apa khabar....eceh bajet sonaOne plak eh.


wah, baru perasan last update blog ni tahun lepas. tahun ni aku tak update apa-apa pun lagi. kesian blog aku ni, mujurlah dia bukan mahkluk bernyawa, kalau tak, mesti dia merajuk dah sebab aku mengabaikan dia begitu lama. jenuh pulak nak pujuk ye dak?? 

sebenarnya, sejak bukak sekolah januari tu aku teramatlah bizi. macam-macam benda nak kena buat dan stay updated. termasukla keadaan kesihatan aku yang tak berapa cun. jd semua benda aku buat slow je. tkpela slow and steady. siput tu slow tapi sampai gak ke destinasi ye dak?

hari khamis lepas aku pergi buat Iv cyclo yakni sejenis rawatan chemo. sebabnya kena pegi tu , result biopsi aritu menunjukkan kidney aku dah ada  damage disebabkan antibodi yang notty itu . so doc kategorikan as lupus class iii neph apa jadahntahlah. so kena pergi chemo untuk mengelakkan further damage. tu kate tuan doktorla. ha ikutlah, asalkann baik utk aku. after chemo tu doc bg mC lagi sehari friday tu. suruh rehat duduk kat rumah. tapi pening gak lama-lama baring. macam jadi lagi sakit jer huhu. so hari sabtu tu, pagi aku decided untuk pergi sekolah sebab ade kem motivasi, pegi ambik gambar aktiviti barang seketul dua pastu siapkan lesson plan aku sebab lesson plan memang kena hantar tiap2 minggu. 
Pas balik dari skolah, aku bawak parents aku pegi kenduri kawen sedara plak kat taman kooperasi polis 2 tu ha. pastu balik umah aku kat ampang and getting ready untuk reU mrsm aku pada malamnya.

haaaa, barulah masuk tajuk utama....MRSM Serting Dalam Ingatan kannn..heee
at first, aku malas nak pegi gath atau reunion semua ni. aku rasa aku takdela rapat mana ngan kawan2 masa sekolah dulu. yang sebenarnya aku lupa how close i were to them dulu. prior to this reU, dalam masa 2 weeks kot bfore reU dorang ni ambik inisiatif buat group whtsapp. 

pehhh. 

memang berasap tab aku kan, berapa kali hang dah tab tu. sehari lebih seribu whtsapp kot. barulah aku ingat betapa sewelnya mereka ni. oh yg ni batch 2nd. aku memang agak rapat dengan batch ni sebab kitaorng masuk sama cuma aku je keluar lambat. aku kan form 4 dua kali kt mrsm so masa dorang form 5 aku kelas kat form 4 tapi masih stay bilik and dorm dengan dorang. sebab tu aku lebih rapat ngan girls sebab yang boys aku bercampur masa aku form 4 je, masa dorang form 5 dah lain kelas and takde sebab nak hang out ngan dorang, sekadar tengok gitu jelah. 


cakap pasal mrsm ni, benda yang paling aku ingat adelah aku ni kaki gaduh.
 haha.
 aku gaduh ngan budak lelaki. ngan pmpuan elok jer. tataulah, aku ni alergik lelaki dari kecik kot. berapa banyak dah budak lelaki aku pukul since aku darjah 6. adoih. aku pun tatau lah mana punya perangai aku dapat ni. 

so nak dijadikan cerita, masa aku masuk mrsm aku bergaduh macam nak rak dengan 2 orang makhluk ni. sorang nama dia Mat sorang lagi Apang. Mat ni classmate aku masa form4, and Apang ni setan kelas sebelah (telinga dia cam gajah sebab tu orang panggil Apang). 
tah apa jadah la dorang ni suka cari pasal ngan aku. 

pernah satu pagi tu, aku tengok fotostat ic aku ade kat board bertampal. aku tau memang takde kerja orang lain dah, memang kerja setan 2 ekor ni. sakit hati aku. memang mengamok cam orang gile aku time tu. maklumla gamba ic memang huduh kottt. pulak tu aku letak bawah meja dalam buku pepandai dorang korek. heh menangis takde dalam istilah hidup aku. 
maki ade. 
memang berasap agaknye kena maki dorang dua tu. pastu diikuti dengan banyak siri pergaduhan lagi lah. dengan tong sampah pun jadi bahan bergaduh. yang kelakarnya awek si Apang masa tu best fren aku. 
memang berasap gf dia bf dia aku maki2. hahahha tapi mujurlah awek dia tu cool gile. biar berasap kena maki bf dia, tapi dia tetap bestfrend ngan aku smpai laaa sekarang ni. dan kawen ngan orang lain pun, lagi hensem. padan muka kau Apang. hahahahah ! 

ok ok takdelah aku dendam ngan Apang n Mat tu smpai sekarang. Mat tu aku lost contact smpailah dah dekat nak reU baru contct balik thru whtsapp group tu. tapi Apang tu aku ada kisah menarik dengan dia.

kisahnya begini....

pas abis SPM dulu, aku ikut la mama aku pergi kenduri. memang saudara terdekat la. nenek sedara akupunya kenduri kendara. aku pun tak ingat sapa kawen. pastu tengah lepak dengan bestnya ngan mama aku, jumpa toklang aku semua tu, aku ternampak la si Apang ni. 
aku cam pelik apa dia buat kt situ, ke aku salah tengok ke kan. aku cakap la kat mama aku, tu la Apang yang selalu gaduh ngan aku tu. 
pastu mama aku tnye la Toklang aku, tu sapa, Toklang aku cakapla, tu la anak si Ani, sepupu mama aku. 
aku selalu jumpa cik Ani tu sebab mama aku ambik kuih raya kat dia jual tiap2 tahun tp aku tatau plak dia ada anak sebaya ngan aku.

 ciss!!! 
rupa2nya kami 2 pupu. ha amek laa kena ceramah ngan mama aku ngan toklang aku time tu. dua2 mulut jahat tu la pasal jadi bergaduh. dengan darah pahlawannya sama kannnn. pastu since then kami takdela gaduh lagi haha. ada contact once in a while. dia kawen pun aku tak sempat pegi. wife dia orang sarawak. lawaaaa cam cino. and nice juga. masa gath memang syok arr lepak ngan rizz, wife dia ni, memang layan arr kepala. kehkehkeh. 

jadi moral of the story, jangan suka2 bergaduh ngan orang. ntah2 sedara mara ke kan. jadi cam aku la. drama abis kottt. boleh buat drama kalau nak. kehkeh. oh yang Mat tu pun aku jumpa dia 2x, sekali semggu bfore reU and sekali masa reU.  sekarang dia kat airforce malaysia. capt TasrulNizan okay. tu nama betul dia hihi. ha yang tu tak kawen lagi. kenalah bahan gossip sekali dua dalam group whtsapp aku tapi aku buat dek je. nasib baik ade kemunculan awek2 lain dalam group tu yang nak dikenen ngan dia. selamat la aku dr jadi bahan gossip. he is a nice person anyway. boleh la layan kepala borak. masa skolah je gaduh macam nak gila. aku siap tanye dia, apsal masa skolah dia carik pasal ngan aku. dia cakap sebab aku je melawan, seronok, ada thrill. kurang asammmm kannn. huh.

so last nite gath adalah selepas 20 tahun penubuhan mrsm Serting yang diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara. boleh agakla kan sapa yang arrange kat situ. jakun jap aku masuk kawasan askar huhu . bukan senang nak masuk dalam tu oiii. 

Ramai yang datang dari batch 1,2 dan 4, batch 3 tak ramai sangat. less than 10. batch 3 tu la yang aku ambik SPM sama ngan dorang. kira batch aku gak la sebenarnya. aku ada 2 batch kan. tp masa gath aritu kawan2 aku yg batch 2 tu masukkan aku kat group dorang. hehe aku ok je. feel welcome sangat kann. seriously, dengan batch 2nd tu aku rasa sangat disayangi. maybe dorang ada ngan aku masa aku sihat and masa aku sakit masuk spital ujung taun tu. mama cakap dorang datang satu bas tengok aku. seniors pun ada yang datang. tp aku tk ingat apa masa tu.

anyway, seronok sebenarnya jumpa kawan-kawan lama ni. seniors and juniors. maybe memory masa mrsm tu aku tak banyak ingat but their kindness and love will always remain in my heart. love you guys!!

class of 96 (aku menyebok)
ini Apang. love u cuz! maafkan mulut jahat aku dulu kini dan akan datang hahaha!




yang tak suka pandang kamera dan poyo kat gambar tengah tu adelah Mat. kehkehkeh.






and this song is dedicated to a friendship tht will stay till jannah. insya Allah.

even if we cant be together,
we ll be friends now and forever






3 comments:

  1. saya 1st comment. Yey!

    Komen? No comment!
    pfft!

    ReplyDelete
  2. saya 1st comment. Yey!

    Komen? No comment!
    pfft!

    ReplyDelete
  3. Hahahhhaa tahniahhh
    Nt sila tuntut hadiah di next mini reu okey!

    ReplyDelete