Total Pageviews

Friday, July 3, 2015

Kisah Sekeping hati

hola hola....

sementara menunggu waktu berbuka ni, mari aku merapu sedas dua...eh tapi kali ni takde la merapu sangat, i pomis. heh heh.

oh well, tajuk...kemain lagi kan. cam nak buat sajak gayanya. takde maknanya la aku bersajak. perut aku yer berkeroncong ni ha. tkpe, takpe....sikijam lagi udah waktu berbuka.... dulu2 zaman budak2 rajinla aku bersajak bagai. almaklumla, masa tu ada sumber inspirasi. sekarang aku ade pusat sumber sekolah je.... keh keh keh. (ketawa pedih) :p

semua orang ada hati. tapi ada orang ada hati tapi takde perasaan. heh lantok dia lah. ni aku nak citer pasal hati aku. haha. nak baca? taknak sila stop kt sini. pg masak nasik nak berbuka tu ha. 


sapa nak baca, sila teruskan.
ok sebenarnya, aku rasa ramai je manusia dalam dunia ni ada sekeping hati yang kuat cuma kadang-kadang dorang tak sedar. aku rasa aku ada hati yang kuat. heh suka hatila aku nak perasan ke apa kan. kehkeh. yelah, aku boleh bertahan dengan macam2 orang dah buat dengan hati aku ni. ada orang yg permainkan dengan sengaja. ada yang tak sengaja. apa-apa pun aku maafkan dorang. ha nak tahu camne nak ada hati yang kuat? ok meh aku cerita....


sejak umur 20 tahun aku kehilangan mak kandung aku. jadi, aku memang dah terdidik sejak umur itu bahawa apa yang kau paling sayang, takkan kekal lama. jdi, bila aku dah kehilangan salah sorang daripada orang yang paling aku sayang, ive got nothing to lose anymore. hatta hilang bf pn aku tak kisah dah.
so, aku belajar, kita jangan mengharapkan apa2 pun ciptaann Dia untuk kekal dengan kita. yang kekal cuma kasih sayang Dia. jadi, harap dan cari kasih sayang Dia.

aku sakit sejak aku dari tingkatan 4. keluar masuk spital. kawan aku bertukar2 batch. kejap kawan ngan senior kejap kawan ngan junior. kat uni berlambak2 batch yang aku kenal smpai aku dah tk ingat sapa yg grad sama sapa yang grad dulu. jd kesihatan pun bukan untuk aku. dapat sihat dan merapu2 sikit pn aku dah bersyukur sangat ya amat. jadi sekali lagi aku diingatkan, hidup kita ni atas dunia bukan lama mana. bila2 masa je akan terima panggilan malaikat izrail tu. 


jadi kenapa nak susahkan hati dengan perkara yang remeh temeh.... eventually time will wipe off all the pain, dengan syarat kita learn to let go.

dikhianati? 
oh ramai rasa pedih bila dikhianati.
for me, yg major aku ingat ada 2 kali. yg lain aku dah lupa. syukurlah Dia kurniakan aku otak dory kawan nemo tu. aku senang lupa benda yang takde kaitan ngan aku. in fact, kalau kau sakitkan hati aku arini, lagi seminggu aku lupalah camner rasa sakit hati tu. dengan syarat kau jangan sakitkan hati aku berulang2 kali. tu aku lupa gak eventually, tapi ambik masa sikit lah.

yg aku ingat, aku ditakdirkan jumpa dengan orang yg suka menipu utk lepaskan diri dia. banyak kali kantoi. mula-mula memang aku jadi raksaksa gorgon. maki hamun etc tapi lama-lama aku dah malas. dah immune kata orang. so, aku takleh expect dia jadi jujur. dah memang spesis penipu. aku tak marah dah pun. aku terima kecacatan dia tu tapi takdela aku nak kawan ngan dia lagi dah. haha. tak kuasa nak melayan.

aku jugak ditakdirkan jumpa dengan orang yang tk pernah tepati janji. dulu2 aku panggil dia ni munafik. yelah orang munafik je tak tepati janji. tapi, sekarang, aku dah tak marah pun. semua perkara berlaku bersebab. mungkinn aku tak nampak hikmahnya sekarang, tapi aku percaya Allah atur sesuatu yang lebih baik untuk aku. 

aku percaya aku ditakdirkan jumpa orang-orang yang menyakitkan hati aku ini untuk ajar aku kepada siapa seharusnya hati aku ni diserahkan. selama ni aku silap, jadi aku dah sedar kesilapan tu. i should never give my heart to any creation but i should surrender it to the Creator. ive learned my lesson well.

syukur sekarang, walaupun hati aku ni cam ditikam beratus kali dah, tapi it is surviving and getting stronger. yelah, cuba kau tengok parut kau, kulit lagi tebal kt situ kan??and kawasan tu lebih kuat dari tempat lain. camtula jugak hati.

jadi jangan biarkan sesiapa pun rosakkan hati kau. if u encounter something disastrous in your life, stop and mintak ampun pada Tuhan. adalah tu silap kau pada Dia. hasbunallah wa nikmal wakeel. hanya Allah saja tempat kita bergantung. 

to those yang pernah menyakitkan aku, i thank you very much. sebab mereka ni aku belajar pasal kehidupan. sebab mereka ni im stronger and belajar mencari tempat pergantungan sebenar. and aku maafkan apa saja kesalahan mereka kat aku. i may not forget some things as it was too painful, but i do forgive. orang kata beringat jangan smpai kena kali kedua.

dan, kalau kau rasa ada orang yang sakitkan hati kau sangat, ingatlah
"dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"


cuma sekarang....
 aku kena hati2 ambik supplement sebab nanti doc marah liver function reading aku naik. eh. ni citer hati kan? ade kaitan kan? kehkehkeh.


ok sorry  termerapu panjang.
terima kasih kerana membaca.

selamat berbuka!
mwahhh! 

im proud of heart. its been played, stabbed, cheated, burned and broken but somehow it still works perfectly!







No comments:

Post a Comment