Total Pageviews

Tuesday, November 5, 2013

stress tanda kertas

imbekkkk
eh macam kambing

ok ok.

salam semua

salam maal hijrah

wah aku tengok ada la jugak yg bukak page aku yg tak seberapa ni. terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan membaca aku merapu hehe.

hari ni last cuti setelah 4 hari diberi cuti2 malaysia oleh sekolah dan kerajaan msia. patutnya aku kena menghabiskan menanda kertas ni tapi malas ya rabbi. jd tiba2 aku pun mencapai laptop. (tiba tibala sangat kan)

ok apa nk cerita ek. hurm sempena awal tahun ni kenalah cerita benda baik kan. taklehla mengumpat sapa2 ye dak. oiiii bila2 pun tak boleh mengumpat laaaa. tuhan marah ok. tapi biasalah kita cuma hambaNya yang lemah. semoga diampunkan dosa2 kita smua. astagfirullahalazim.....

oklah aku nak bercerita tentang satu watak dlm reallife yg aku pernah jumpa. err ni tak boleh dikira mengumpat la yer sebab aku tak sebut nama. cuma aku nak ambik iktibar supaya kita tak buat perangai seperti dia ni. semoga kita smua berubah jd orang baik2 saja.  memangla kita tak boleh puaskan hati semua orang tapi kalau dah semua orang tak puas hati dengan kita, pelik jugak ye dak??

ok aku namakan watak ni CiK Moo. erk. mcm lembu. tkpelah. jgn korang bayangkan lembu plak uhuhhuhu
ok Cik Moo ni seorang yang keras kepala, tapi suka menangis (tipikal perempuan). pastu dia ni susah gila nk dengar pendapat orang lain. dlm dunia ni dia je lah yg betul. bila orang bercakap dia takkan dengar apa orang lain tu cakap. on top of that dia ni jenis suka serkap jarang. dia ada partner. so sesapa yg berhubung ngan partner dia tu smua dia ckp ada scandal. giler inferiority complex dia ni.
 pastu dia takkan cakap partner dia salah, dia akan tuduh semua orang yg berhubung dgn partner dia tu yg salah. mmg bingai gila la dia ni.
 rupa bole la tahan, tp insecure tahap angkasa punyala.
cik moo

ok apa motif aku citer pasal cik Moo ni?? motifnya, sbenarnya sedikit sebanyak sifat dia tu ada dalam kita semua sebgai perempuan. cuma kita janganla jadi bodoh sangat mcm cik Moo nih. bila bercinta, gunakanlah otak. aku perati perempuan ni kalau bila dah bercinta, lupa semua benda. lupa kawan. lupa family. sebenarnya perempuan ni cerdik2 tapi selalu biarkan emosi mempengaruhi keputusan. tu yg dh tau partner tu bukannya sayang sangat pun, tapi nak jugak hadap. apa kebingai punye perangai aku pn taktau la nk ckp.
gunalah logik tu sikit. nangis otak ko tu nt kalau tak digunakan seeloknya.

gunala aku woi....sobs sobs

bila berkomunikasi plak, cuba dengar apa yg orang nk sampaikan kt kita. org tu berckp ngan kita sbb nk kita dgr dia. bukan sbb dia nk dengar apa kita cakap. bukan tiba2 dia plak kena dengar apa kita nk ceramah kt dia.
blajar jd pendengar yang baik. mungkin dlm mindset kita ni, kita betul tp cuba dengar dlu apa orang tu nak  ckp. kalau kita dengar betul2,mungkin dia pun ada betulnya. keyword is listen!

oklah itu la serba sedikit untuk harini. nabi pesan apa2 pun kita buat biarlah bersederhana.
janganla kita suka sangat sesuatu sbb mungkin benda tu tak elok utk kita. kita tatau. Dia lebih tau.

babai.
nak sambung stress tanda kertas :D



No comments:

Post a Comment