Total Pageviews

Thursday, June 5, 2014

pantai timur ....satu catatan perjalanan..part1

hai heloooooo

hehe assalamualaikum semua sayangs,

terasa nak bukak laptop and write something pasal journey aku ke pantai timur a few days back. kira cam karangan aktiviti cuti sekolah la ni. nanti bukak sekolah kalau cikgu mintak boleh submit jela kan...hik hik.(oh gediknya gelak itttew)

okei meh aku nak story mory the morning glory kisah trip aku tu. maklumler aku ni jarang-jarang berjalan and cuti-cuti malaysia. ni pun sebab nak attend kenduri cikgu sekolah aku merangkap assistant aku kat library. memang tak patut sangat kalau aku tak attend kenduri dia. she is very nice and sangat helpful. so ke kelantan pun aku redah to show my token of appreciation.

awal sebulan aku dah booking hotel kat agoda. aku memang plan nak lalu terengganu, overnite then go further up ke kota bharu. aku suka lalu terengganu sebab aku suka laot. mula-mula aku belasah je booking hotel, nak pergi ngan sapa pon tatau. apa-apa hal kna booking hotel sebab bila booking kt agoda tu dapat half price. siap booking dlu bayar kendian. so aku tengok tarikh byr dia tu lepas gaji, maka laju jelah aku booking felda residence kt kuala terengganu tu. so settle booking hotel, maka barulah aku cari geng nak pergi. memang agak mencabar ler sebab cuti panjang so masing-masing dah plan nak balik kampung. and kena cari yang bujang ler. perhal plak nak cari yg dah ada family kannn. akhirnya, adalah 2 orang kawan yang boleh pergi. yang sorang tu si sarah, dia mmang pergi bercuti ke tganu on that date, so aku pergi jemput dia kt tganu nanti. dari kl plak nasib baik ada suzana nak join skali walaupun dia orang raub. so settle masalah cari kawan. and bila aku ajak anak murid aku yang form 5 tu, dia pun nak ikut. the more the merrier bak kata orang kampung nenek aku kan.
okei itu mukadimahnya. 

pada hari kejadian, yakni bersamaan 1 june 2014 hari ahad, maka bertolakla aku dari K.L kira-kira jam 730 pagi. aku gi ambik si shazmin anak murid aku tu, then pergi ambik suzana kat wangsa maju. oh trip aku adelah bersama 3S, shazmin,suzana and sarah. kitaorang breakfast kat rnr genting sempah. murah gak nasik lemak taruk telo dia rm2.50 je. and boleh tahan la sedap. masa nak breakfast tu aku nampak pelakon cina tu, ape ke nama dia, angeline ape eh, yang berlakon citer isteriku doktor suamiku jururawat tu. tapi aku jeling2 je la. takdela aku pergi kat dia nak selfie2 ke ape kan. baik aku selfie ngan nasik lemak. tp tak sempat gak sebab aku lapar gile time tu.  

ok dah settle breakfast aku pun continue la journey lalu LPT sampaila ke kuantan. aku exit kat kuantan sebab nak lalu cherating. kan nak lalu tepi laot. cuaca pun okei. tak hujan and tak panas sangat. cumanya banyakk betul traffic light negeri terengganu tu. traffic light plak lama-lama sampai aku rasa kalau ada nasik lemak boleh abis sebungkus tuuuu. 

mula-mula aku pelik gak apehal hari ahad pun banyak sangat kereta. oh lupa. terengganu kan kejer pada hari ahad. apela ngeng sangat. biasalah, tu orang tua-tua kata jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman ye dak? 

tapi agak frust la sebab byk construction nak besarkan jalan sepanjang tepi laot tu. kalau dulu-dulu kan ade orang juai kopok la sata la, ni takde pun. nak singgah beli pun tak dapat. sudahnya bli sata tu kt kelantan masa nak balik KL. 


jem di kemaman. grr!

aku kan pemandu berhemah, so memang 8 jam jugakla nak sampai ke KT tu. kesian si sarah tunggu kt lobi hotel seri malaysia tu sampai lemau. family dia dok situ sebelum ni and dah balik tinggal dia kt KT tu. yelah aku kan menikmati pemandangan kehkeh. oh felda residence tu dekat je ngan seri malaysia. selang 3 bangunan je kot. so sampai kol 4 tu kitaorang check in la dulu. oh walaupun aku dah buat full payment pakai crdit card, still kena deposit rm50. selama ni aku rasa takde plak hotel gitu, ke aku yang tak ingat sebab dah lama tak pergi bercuti kan. 



memang macam dalam gambar promo dia

dah siap check in lepak-lepak kejap solat etc, pastu keluar balik. dalam kol 5 gitu. nak pergi makan sebab dah lapar gile. tapi malangnya aku tak jumpa kedai makan. macam susah nak cari kedai makan dekat-dekat area hotel tu. kalau ada pun macam susah gile nak parking. pergi pasar payang pun kedai makan dia dah tutup sebab dah petang kan. so beli jela keropok lekor kat area pasar payang tu. lepas tu pergi cari keropok lekor kat bukit tok beng, area seberang takir kot. sarah dah tempah siap2 kat situ. katanya kopok leko situ kena ambik nombor kalau nak beli. so sebab sarah dah sampai dulu sehari sebelum jadi aku mintak dia orderkan. ei tak kuasa aku nak ambik nombor macam sepital tu. cukup2la aku pg spital ade nombor. so settle ambik kopok tu barula kitaorng continue journey cari kedai makan. nampakla satu kedai makan ni, benti jela sebab lapar gile kan. okla jugak nasik goreng dia. oh sebelum tu aku excited nampak smk ibrahim fikri. err sekolah ni ade kaitan ngan datuk kawan aku. kedai makan tu a few metres away from the school. so gigihla aku jalan kaki pgi depan skolah tu ambik gamba gate dia kan. mujur tak selfie masok muka aku skali. kang pelik plak orang seberang takir tu tengok aku heh heh. dah la jalan sorang-sorang maghrib2 tu. hah time tu dah maghrib. 




so after makan aku pun gerakla balik hotel. minyak ade quarter lagi tapi nakla jugak isi. tapi seriously susah gile nak cari stesen minyak kat kuala tganu. ke aku yang tak perasan. tp ada 3 lg dalam keter tu kan. takkan la dorang pn tk perasan. kalau ada pun mesti opposite way. malas la aku nak cross kan.
last2 gunala gps nak cari stesen minyak. yang menyakitkan hati, aku type la shell kat gps, tapi nt lalu depan caltex la esso la, and opposite gak. gps ni suka menipu aku. benci taw! paling takleh blah, dia bawak aku masok lalu celah-celah kubo /jirat cina. nama jalan tu jalan pusara. choi!! mujur tak mati enjin ke abis minyak ke gelap2 tu. gile ah. mujur ramai dalam kereta. memang kitaorang seram tapi bantai gelak sakit perut dalam kereta tu. menjerit2 marah kat gps. mujur gps tu tak balas balik. kalau tak......haruuuu.

okei selesai isi minyak kitaorng gerak la balik hotel. dan sangat sakit hati. rupanya ada caltex opposite the road depan hotel yang memang kitaorang bleh sangat nak lalu kalau stkt nk isi minyak. sajela tu nak suruh aku pusing bandar k.t kannnnn. huh kot jumpa abangg hensem takpelaa gakkkk. balik tuu mmang penat. nak jalan-jalan kat waterfront tepi hotel pun dah tak larat. semua waterfront dalam mimpi jer...

okei sekian dlulah...dah panjang sangat nanti boring plak. nanti kalau rajin aku sambung cite lagi....

tata!
bersama seko penyu yang aku beli kat pasar payang. aku bg nama dia EM. :p




Saturday, May 17, 2014

Guru Oh Guru

salam sejahtera kepada smua yang terbaca entri ni..

17 mei...sehari selepas sambutan hari guru peringkat kebangsaan. tapi sekolah aku belum sambut lagi. sambutan peringkat sekolah akan diadakan pada 23 mei nanti.

aku ni sebenarnya kalau dah lepas 16 mei tu takde feel dah nak sambut apa pun. the day itself yang special. serius aku rasa macam sambutan hari raya. meriah betul phone aku dengan whatsapp dan message ucapan selamat hari guru. terima kasih banyak2 aku ucapkan pada yg wish.
oh EM kesayangan aku pun ada wish, tq. made me smile all day. kalau tak smile setengah hari jer kehkehkeh. 

secara jujurnya aku sangat sangat sangat happy menjadi seorang cikgu. walaupun mungkin ada yang kata perwatakan aku tak berapa sesuai jadi cikgu. dengan kasarnya. dengan brutalnya. mungkin ramai gak tak sangka aku jadi cikgu kalau dorang jenis yg judge aku dari watak lahiriah aku. tapi ramai gak expect aku jadi cikgu sebab dari sekolah rendah aku selalu main 'cikgu-cikgu' dan ajar kawan-kawann aku walaupun aku ajar merapu2. bestfriend aku masa tu pun anak penolong kanan sekolah aku. bila masuk sekolah menengah aku tak ajar merapu dah, aku ajar betul2 kat kawan-kawan apa yang aku tahu. sebab aku ada dengar ustaz aku kata kalau kita ajar ilmu kat orang nanti kita jadi lagi pandai. dulu aku tak berapa paham apa benda maksud tu, jd niat tu ajar sebab nak aku jadi pandai la. rupa-rupanya, betullah, bila kita ajar orang, kita akan lebih ingat dan jadi lebih faham walaupun asalnya tu tak berapa nak faham sangat. and perasaan sangat puas bila kawan aku tu paham apa aku ajar. and i dont mind pun kalau markah mereka lagi tinggi dari aku sebab aku pun jarang ambik tau markah orang hehe. aku jenis compete dengan diri sendiri bukan dengan orang. aku tak berapa nak digest konsep kedekut ilmu. pada aku orang kedekut ilmu tu orang paling ngok dalam dunia.

dulu aku memang suka bercakap. (ciri-ciri penting nak jadi cikgu).
tapi sekarang aku lagi suka menaip. aku suka tulis status fb. takpun mengamok kt twitter. biasalah manusia berubah seiring dengan zaman kan. sebab aku pun kadang2 bukan pendengar yang baik (still practicing to be one). jadi baik aku tulis je apa aku rasa so orang pun tayah nak dengar aku and aku pun tayah nak dengar orang cerita tp at the same time aku boleh luahkan apa yg aku rasa. ha camtuhlah. and aku pun jarang nak pegi baca blog orang haha selfish gile plak rasa. bukan sombong, but seriously aku tak sempat. ni pun curi2 masa jer nak merepek meraban.


oh kisahnye aku tergerak hati nak menulis entri ni sebab tadi aku terbaca kat FB, status SN ngan Warga Prihatinnya menulis tentang guru a.k.a cikgu.  yelah sempena ngan hari guru jugalah sebenarnya. adalah di antara komen-komen tu cakap cikgu dulu tak sama dengan sekarang. cikgu dulu dihormati kerana kredibiliti mereka tapi cikgu sekarang tak macam cikgu bla bla bla. oklah, pada aku, memang cikgu dulu tak sama dengan cikgu sekarang. tapi nabi pun pesan ajarlah anak ikut zaman ye dak? betulkan kalau aku salah. sepanjang aku jadi cikgu, macam-macam ragam anak murid aku jumpa. ada yang sangat menghormati cikgu. ada yang sangat biadap. dan puncanya senang je. didikan ibu ayah dirumah. ingatlah, mak bapak tu
guru pertama pada anak-anak. senang je, kalau anak-anak diajar untuk menghormati guru, definitely mereka akan pandai hormat guru and orang. tapi kalau mak bapak dah tak ajar, tkda masa and pn sama-sama memperlekehkan cikgu, alamatnya martabat cikgu tu memang jatuh dalam longkang lah. 

sebagai cikgu, aku bukanlah hadap sangat nak suruh orang hormat aku beriyer. oh sebab aku cikgu semua orang kena dengar and hormat pendapat aku. 

nonsense. 

pada aku, respect is to be earned. but i think i failed to earn my children's respect. yes my children. aku belum kawen and tkda anak, tapi aku anggap anak murid tu macam anak-anak aku. takda aku bezakan sayang orang tu lebih sebab dia cantik ke bergaya ke gaya ke. aku sayang kalau budak tu baik, dengar kata, tak menyakitkan hati aku. sebagai cikgu, aku bukan mintak banyak pun. aku just harap budak-budak tu siapkan homework yang aku bagi, belajar betul2, jangan bercakap dalam kelas masa aku tengah mengajar, fokus pada pelajaran dan jumpa aku kalau tatau apa2. aku sentiasa je available kalau dorang nk jumpa aku. pada  aku orang yang bercakap masa orang lain tengah bercakap adalah sangat rude.
event dlm perhimpunan pun, kalau gb or pentadbir berucap aku tak bercakap dengan orang lain. aku akan dengar. kalau aku mengantuk pun aku pegang tab main game seketul dua or take note ngan tab tu. aku paling pantang kalau aku tengah mengajar budak-budak bercakap. kalau dah pandai sangat tkpa. ni bila aku tanya balik apa pun tatau. sakit hati aku. syukur jugak Allah kurniakan aku suara-tertelan-speaker jd sekali aku tinggikan suara semua dah macam cicak tercekik guli. terkebil2. laratke  nak menjerit macam tarzan everytime. kalau aku tarzan dah tentulah budak-budak tu yg dok kat hutan tu kan?? jane takleh, seksi sangat. eh tetiba lak.


oh janganlah bandingkan cikgu dulu dengan cikgu sekarang. aku malas nak cakap apa yang cikgu sekarang kena buat. silap cakap karang kata aku pembangkang kerajaan plak. cuma, pada aku, kalau dah jiwanya seorang cikgu, dia pasti akan buat sehabis baik untuk anak murid dia. janganlah sebab di pandangan mata korang dia tak cukup baik, korang terus judge dia. even if the person's best is not up to your expectation, doesnt mean he/she has not done her very best. and stop judging people. masyarakat sekarang suka sangat nak judge orang. sekali je masuk suratkhabar pasal cikgu rotan murid, macam2 caci maki cikgu tu dapat. ayat paling best " aku tak bayar kau suruh rotan anak aku" . aku pernah terbaca komen macam ni. pergh....tahniah. i wonder how ur child is. 

oh ade la jugak cakap cikgu skarang suka buat sesuka hati. tak puas hati la cikgu tu ketuk kepala anak dia ngan pembaris. dulu aku kecik-kecik, kepala aku ni dengan apa saja tak pernah kena ketuk. buku? pembaris? duster? semua pernah. kisahnya, sebab tak hafal sifir. sebenarnya aku dah hafal, tp sebab cikgu maths tu garang sangat, bila kena soal aku terus jd blackout. tapi takdela plak aku balik ngadu kat bapak aku. kat mak lagila jangan cari pasal. kalau aku ngadu kt mama aku cari maut namanya tu. kalau cikgu yang ngadu kt parents aku lagila double maut.

aku rasa cikgu-cikgu sekarang, walaupun tak semua and maybe ada yang encounter dengan cikgu yang tak serupa cikgu, semuanya berfungsi untuk menyampaikan ilmu. and mendidik. yes, ada yang mulut puaka kata, "camtu ke nak jadi cikgu, diri sendiri pun perangai tah apa2". 
ok perlu aku nyatakan di sini satu fakta yang korang mungkin tau or tatau atau tak ambik tau.

----> sesungguhnya cikgu adalah pelakon yang baik. kalau ambik award kalah la semua artis2 kat malaysia ni. aku yang korang nampak ber huha-huha ni dalam kelas takdanya macam ni. sebab tu FB aku takde acc anak-anak murid aku yg masih sekolah rendah. dilarang add anak murid hehe.

nak kata serius tu tak, ade gak aku buat aksi ultraman and raksaksa gorgon dalam kelas. bergelak ketawa dalam kelas takda hal. dulu masa aku kecik-kecik jangan harapla aku nak bergelak ketawa ngan cikgu maths aku. boleh kiamat aku rasa kalau cikgu tu senyum pun. oh maths aku sentiasa A walaupun aku sangat tak suka maths. SPM pun A1. and skarang aku ajar maths sampai form 5 untuk kelas tusyen. ok dah melalut. apa aku cakap td? oh cikgu adalah pelakon yang baik. yep. tolong jangan mix up personaliti di skolah and di luar. and sekali lagi tolong jgn judge orang. kamu bukan tuhan. timbangan amal kamu dengan amal orang yg kamu judge tu pun kamu tatau sapa lagi berat.


dalam msyarakat malaysia harini, aku rasa adalah amat penting ibu bapa itu menuntut ilmu keibubapaan. kami cikgu2, sangat-sangat memerlukan bantuan ibu bapa sama-sama kita membentuk generasi pewaris negara ni. tak kisahla kalau parents tu taksub parti politik apa pun, tapi didiklah anak dengan neutral. ajarlah anak untuk belajar menilai sendiri. and kalau rasa lagi hebat dari cikgu pun sebab bapaknya doctor, engineer, lawyer, tak perlulah nak merendah2kan cikgu yang mengajar anak awak tu. cikgu2 tu yang mengajar anak awak a,b,c. sekalipun cikgu tu tersalah tanda buku latihan 2+3 =6, tak perlulah awak nak bodoh2kan cikgu tu depan anak awak. awak check buku dia sekali setahun, ckgu tu kena check buku berkali2 dan berpuluh2 anak murid. teachers are only humans. they make mistakes. 

kalaulah ada ibu bapa yang terbaca entri ni, harap2 kita sama-sama dapat muhasabah diri. anak tu amanah. amanah anda sebagai ibu bapa and amanah kpada kami warga pendidik juga. dengan adanya dunia tanpa batasan sekarang, kita perlu juga create virtual barrier untuk anak-anak ini sementara mereka pandai nak beza betul dan salah. even orang dewasa sndiri pun kadang-kadang terkhilaf nak membezakan yang benar and palsu. 
harap dapatlah spend lebih masa dengan anak-anak anda, checkla kerja sekolah dorang. janganla pecaya je bila cakap dah siap je smua. rajin-rajinlah contact cikgu sekolah anak anda. aku rasa cikgu2 tak kisah pun kalau parents berhubung direct ngan dorang.

oklah itu sajalah aku rasa nak bebel2. apa pun, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 yang wish aku selamat hari guru and aku pun nak wish selamat hari guru kepada semua rakan-rakan pendidik, bekas pendidik dan guru-guru aku dulu walaupun dorang tak dapat baca. tapi apa yang pasti, mereka sentiasa ada dalam doa aku. dan aku harap, aku akan sentiasa ada dalam doa anak-anak murid aku nanti.



al fatihah untuk guru-guru aku yang masih hidup dan yang telah pergi menemuiNya.
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah.




selamat hari guru.


Monday, May 12, 2014

EM part II

assalamualaikum sayangs sekalian.....

wah dah masuk pertengahan Mei rupanya, lama gilos aku tak meng update blog picisan aku ni. yelah sapalah aku kan, orang nak baca pun aku bersyukur sangat. tq tq kerana sudi meluangkan masa anda. 

ok sebenarnya tujuan utama aku update ni adalah aku nak membebel sebanyak mana yang aku larat sebab aku bengang. bengang dengan apa yang aku baca di internet yang asal usulnya dari sokabar. tgk tajuk entri aku pun dah tau kan. ni smua EM punya pasal. heh. 

aku tak puas hati betul bila ada wartawan2 dari sokabar (yang sememangnya aku tak pernah beli pun), mengutuk2 EM tak memasal. kalau suara dia tak sedap sekalipun, kau sakit kat mana?? 

ok yang pertama, dari HM suratkhabar lucah semalaya tu. kononnya penulis itu bercerita macam nak rak pasal EM itu ini begitu begini mengutuk. part paling best, the stupid bitch was not even at the event. ha ambik kau. jangan dibangunkan singa yang sedang tidur. kau menulis mengutuk macam nak rak, tapi cerita pasal gegendang telinga kawan kau. kau ni sekolah mana dulu eh? oh bukan salah sekolah. kau sendiri sel saraf tak bersambung. ha kalau kau terbaca apa aku tulis ni, apa perasaan bila orang kutuk kau? pedih? sentap? masa kau menulis pasal EM tu, ade terpk tak perasaan dia? perasaan fans dia? otak kau lama sangat ke terperuk dalam asam jeruk??  kalau kau penulis yang bagus, kau boleh kritik dengan cara yang positif. tp yelah, aku tak expect la kau dapat menulis gitu kalau tengok cara penulisan kau yang bahlul tu. ko rasa boleh menang award ke tulis benda buruk pasal orang? dia kacau hidup kau celah mana?? aku malas nak share link sokabar kau. nt naik rating sia2 je kan. by the way, suratkabar kau tu buat lap taik kucing je kat umah aku. maklumla sokabar kan ada kandungan carbon yg tinggi boleh menyerap bau. cuma bau busuk hati kau je tak terserap. oh dekat forum cari tu pun ramai gile orang dok jadi nasik tambah mengutuk2. yang mengutuk tu mesti  ada yang kerja makan duit haram waktu opis dok sibok online mengutuk orang. no wonder la perangai gitu.

ok yang kedua, ada sapa tah dari suratkhabar yang dikenali sntiasa disaman sebab menyebar fitnah. ni pun tak memasal nak mngutuk dengan headlines yang kononnya meletop la sangat. aah memang aku rasa nak meletop je ni. oo mentang2 la ko boleh menulis kat suratkabar pengelap taik kucing aku tu, ko ingat hebat sangat. pui. ke sebenarnya ko nak tarik perhatian EM. attention seeker gitu. oh ni memang perangai orang kurang kasih sayang. 

ok, i was at HRC. memang EM tak perfect. ada je la silap2 nyanyi and such. pada aku untuk penyanyi baru cam dia, tu perkara biasa. aku pegi konsert awie, aku pegi konsert m nasir. dorang pun ada terlupa lirik. tu perkara biasa. oh pasal pitching aku taknak komen sebab aku takde pengetahuan pasal bidang muzik. and aku rasa 80% rakyat msia pun takda pengetahuan gak. dorang rasa sedap dorang layan. abis yang minat lagu rap tu ada pitching sangatla kan. yes maybe aku buta muzik, tapi aku ada consumer power. sapa aku suka aku beli tiket n layan. kalau celik muzik pun tp kalau dengar cerita orang pastu tulis kat sokabar apa guna beb?? akai ada ka?? kau bukan bayar pun. KECOH je lebih.

yang pasti aku terhibur dekat HRC tu. i paid the ticket and the damn expensive chicken chop and i enjoyed myself. sorang pun aku layan. oh yes wartawan HM tu sekolah tak abis, mengira pun tak lepas. 7 orang atuk kau. lebih la. siap ada budak kecik dok blakang aku ngan parents dia cakap, " mana encik Mimpi ni tak keluar2 lagi". maybe bapak dia pg makan je kot kt situ, tp the whole family sit behind me and budak tu cakap aku dengar.

and last saturday aku pegi tgk show EM kt pusat belia kg pandan. the show was meant for pesakit kanser and collaboration dengan MAKNA. dapat makan bubur lambuk ngan laksa free lagi. show tu pun free. and i know those people terhibur dengan EM and a few others yang dijemput. Dreemers Club siap buat jualan barangan and hasil keuntungan di donate ke MAKNA. 

aku bukanlah nak backing EM sebab aku minat dia. tapi attitude wartawan ni too much. lama sangat duduk dalam taik smpai dah lupa cara nak menulis baik2 gamaknya. pengalaman  a few friends pun buat aku menyampah dengan wartawan. bila eksiden ada 3 orang dalam kereta dia highlight yang sepasang laki pompuan dalam kereta tu je. saja nak bg sensasi. nak sensasi punya pasal, dosa pahala ko tolak tepi. ko nak tongkat langit ke ape??

tak dinafikan ada wartawan yang bagus, melaporkan. bukan mensensasikan. maybe CP kat HM tu yang kena banyak2 muhasabah diri. kot yer pn sakit hati ngan manager EM, apehal ko nak tembak EM yang tak bersalah tu?? and EM bagus. dia diam je. malas nk layan ANJING MENYALAK BUKIT agaknya. and do your homework la kalau nak tulis pasal artis. berapa ribu kali nak tanya kenapa EM pakai topeng. aku sampai nak muntah dah dengar soalan tu. kalau pasal siti nurhaliza takde plak ko nak tanye dia byk2 kali kenapa dia pakai tudung kan. 

ok aku rasa itu saja aku nak cakap. lagi banyak aku tulis nanti ade yang kena maki tahap dewata raya. 

EM yang aku kenal handsome pada personality dia. tabah layan peminat dia setakat mana yang dia mampu. sampai makan pun tak tentu arah aku tengok. aku kesian gila tengok dia sebenarnya. jd mangsa keadaan. camnalah industri hiburan malaysia ni nak maju kalau wrtawan hiburan pun ngok2 tak reti nak tulis elok2. tapi kalau artis luar negara bukan main kau puji melangit. jilat tapak kaki pun sanggup. 

ini semua dunia saja beb. dunia ni cuma persinggahan. harap2 sebelum mati sempatla kau mintak maaf dekat orang yang ko buat dosa tu.

sekiannnnnn saja amukan aku hari ni

to EM(kalau terbaca) keep up the good work dude! u r awesome!
xoxo!


okey bai!







p/s abaikan bunyi kereta and kamera yang bergoyang2. ketaq dengar dia nyanyi lgu ni. sangat2 suka!

Friday, March 28, 2014

salam Jumaat

salam semua di jumaat terakhir Mac 2014

lama gile dah aku tak update blog ni...kadang-kadang ada juga terniat nak update tapi tak berkesempatan. jadi aku merapu-rapu saja di status FB tu...mengikuti perkembangan semasa.

seperti yang satu dunia sedia maklum, sekarang semua orang tengah mencari dimanakah MH370, walau sisa walau sebijik dia blum lagi dijumpai.. macam-macam teori konspirasi dikeluarkan. dah macam baca fiksyen aku rasa kadang-kadang. aku taknak ulas panjang pasal MH370 ni sebab dah banyak ulasan mengenainya. lagipun aku bukanlah pakar dalam bidang aviation atau mana-mana bidang berkaitan dengan konspirasi yang diwar-warkan itu. bila kita bercakap benda yang bukan bidang kita, nanti kebodohan terserlah tahap maksimum. yelah macam tukang buat roti canai bagi resipi lasagna, agak2 jadi ke lasagna tu?? jadi jahanam mungkinlah. 

aku cuma nak ulas tentang pemerhatian aku berkenaan sikap-sikap manusia bila berkaitan isu ini. bila aku baca tajuk newspaper kt FB tu, aku akan tengok komen-komen manusia kat bawah tu. ramai yang komen je berdasarkan tajuk berita,baca pun tak. pada aku ni adelah kebodohan tahap petala ke tujuh.

kenapa? 
sebab sah-sahla kau tak baca berita sepenuhnya tapi jari kau laju je nak bagi komen. aku rasa ramai rakyat malaysia ni  berangan-angan nak jadi komentator kat tv ataupun mana-mana rancangan tapi malangnya tak apply pun job tu. last-last jd pengomen bongok kt FB. 

mula-mula berita kehilangan kapal terbang ni, aku pun rasa slow Malaysia ni dalam memberi maklumat. tapi aku tak terus menyalak-nyalak menyalahkan mana-mana pihak sebab aku bukan anjing. aku tengok dulu. perhatikan macam mana pihak kita handle the situation. and macam mana CNN ngan channel luar tu memanipulasi berita. adalah lebih baik kau duduk diam and perhatikan dulu sebelum mengomen apa-apa yang membuatkan kau malu dengan diri kau sendiri di kemudian hari. and sekarang aku bersetuju dengan apa yang kerajaan malaysia buat. biar slow janji maklumat itu sahih. 

tapi yang tak boleh blah, bila pM umumkan MH370 tu berakhir penerbangannya di selatan lautan hindi, pun ada jugak manusia maki hamun dia. cakap dia bodo la kalau tak sure kenapa buat pengumuman etc etc. aku pun tataulah apa manusia-manusia ni nak. bila tak umum kata lembab and simpan maklumat. bila dah umum cakap bodo, gelojoh, reckless. semua benda tak kenalah di mata mereka. 
 
pergila siasat sendiri kalau pandai sangat. serabut betul aku. 

sejujurnya aku bukanlah penyokong tegar kerajaan. ada yang cop aku pembangkng pun. biasalah orang cetek akal, bila kita tak sokong dasar kerajaan dikatanya kita pembangkang. kerajaan bukan maksum. dol betul. 

anyway, dimana ada kepincangan aku akan suarakan pendapat aku. dalam kursus. dalam meeting. or wherever yang aku rasa suara aku boleh didengar. yang salah tetap salah. aku masih tak puas hati dengan sistem pendidikan malaysia. tp letak tepi sekejap isu tu. sekejap je. i will get back to that sooner than u think. 

sebagai cikgu, aku telah terbiasa, jika benda baik kita bagi pujian dan galakan dan jika benda salah kita betulkan. itu jugak yang aku apply dalam kehidupan harian aku.

kalau kau nak kondem setiap masa, itu menunjukkan kelemahan diri kau sendiri. kau tak boleh nak extract kebaikan daripada keburukan yang ada. kalau kau keep on condemning, boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kau ke? tanyalah diri kau sendiri semula. u know yourself better. 

sekarang, si sepet2 di negara tembok besar tu sebok nak boikot malaysia. aku tak heran sangat dengan si sepet-sepet ni. walaupun mereka adalah antara bangsa-bangsa awal yang memulakan tamadun tapi sayangnya mereka meninggalkan legasi yang cetek akalnya. apa yang mereka nak salahkan malaysia? kita ke pergi humban kapal terbang tu dalam lautan hindi tu? tapi mengenangkan kebodohan-kebodohan mereka sebelum ni, aku takdela nak heran sangat dengan tindakan bangang mereka itu. yelah, kalau korang baca ada orang kena langgar tp kena biar, kat mana tu ek? kalau korang baca kucing peliharaan kena rebus, kat mana tu ek?? kalau korang baca budak tersepit celah katil n mati, kat mana tu ek? kalau korang baca bayi kembar, salah sorang kena buang kat gunung sebab taknak anak ramai, kat mana tu ek??
yes, semua ada satu jawapan je untuk soalan tu. jadi nak heran apa kalau tiba2 tak memasal2 nak boikot kita. gila sawan pnya orang. 

tapi do not mistake them dengan kawan-kawan kita di sini. yang senegara dengan kita. some of them, they did very best to back us up bila kita dihina oleh CNN(celaka natang network) tu...and i know ramai yang nak hidup aman damai. kenapa nak bergaduh-gaduh? sapa yang untung? orang luar gak untung kan?? darah pendekar tu simpan dulu untuk perkara yang lebih patut. jangan cemarkan darah pendekar dengan akal yang senteng. 

tolonglah buka fikiran luas-luas. pandang jauh ke hadapan. sekarang ni kita dibuli oleh negara luar. ini masanya kita semua bersatu padu mempertahankan malaysia tercinta ni. malaysia bumi bertuah. lupakan persengketaan dalaman yang ada sekarang. or at least hold kejap. kau kalau adik beradik  bergaduh, orang nak bunuh makbapak kau, takkan kau nak terus bergaduh?? selamatkan mak bapak tu dulu. 

oklah. tu je aku nak bebel kali ni. sebenarnya aku nak kena update blog skolah. pergi update blog sendiri plak.
heh.

jangan lupa baca surah al kahf di hari jumaat yang mulia ni.

mwahhh!

Sunday, February 16, 2014

kalau aku menteri pendidikan...

jap nak bersihkan sawang2 kat blog neh....
takda masa aku nak menjenguk tempat aku merapu ni...





maklumlah, banyak kerja2 perlu dibereskan. kang ade plak cakap cikgu makan gaji buta je kan...huh....

malam ni terasa nak merapu.
sebenarnya menulis ni boleh me release kan tension. meluahkan segala yang terbuku di hati.

so malam ni aku berangan nak jadi menteri pendidikan negara isketambola. kang kalau aku berangan nak jd menteri malaysia kang, ade yang menyalahtafsirkan apa yang aku tulis, lalu aku akan dituduh sebagai pembangkang kerajaan, tak kenang budi...dan macam2 macam lagilah....

ok negeri isketambola ni, lebih kurang lah macam negara ni sistem pendidikannya. sudah cacamarba dek tangan-tangan gatal yang mementingkan kepentingan diri sendiri. pastu dispinkan pulak kesalahan diatas bahu orang lain...buat himpunan nak membantah sesuatu yang dirasakan tak sesuai, dikata pula nak memusuhi kerajaan...haih....


ok, pastu aku pun jadilah menteri pendidikan di negeri itu. memang banyak nak kena repair ni. dari segi sistem, dari segi dasar, dari segi warga kerja....ok take one step at a time....

mula-mula sekali aku buat adalah, aku akan kembalikan kredibiliti guru-guru di negeri isketambola ini. di negeri ini, guru-guru dipandang hina. guru-guru seperti singa takda gigi. boleh ditarik2 misai lalu diketuk-ketuk kepala sesuka hati. dulu, ada sekumpulan guru-guru dari kalangan graduan lepasan ijazah yang diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama setahun sebelum boleh melangkah ke bidang perguruan. batch guru-guru ini memang dipandang hina oleh sesetengah aliran masyarakat. kononnya, menjadi cikgu itu last resort. ini adalah disebabkan faktor hasad dengki yang bersarang di dalam jiwa. almaklumlah, guru-guru ini bila masuk ke dalam sistem pendidikan, gaji yang diberi adalah mengikut kelulusan mereka di peringkat ijazah. oh hal gaji memang selalu diungkit-ungkit. memang tidak dinafikan, terdapat segelintir menjadi cikgu sebab dah takda kerja lain, tapi trust me, kalau kau takda jiwa cikgu, kau takkan dapat bertahan dalam dunia pendidikan walaupun itu last resort yang kau ada. 

ok jadi sebagai  menteri, aku akan turunkan kuasa merotan kepada guru semula. kembalikan hak untuk mendidik kepada mereka. mak ayah bukan main berdentum dentam salahkan cikgu kalau anak tak jadi manusia. kalau takut sangat cikgu-cikgu ni mendera, sediakan satu slot akujanji antara guru dan ibu bapa. senaraikan kesalahan-kesalahan yang boleh dirotan yang dipersetujui bersama. yang paling menyakitkan hati cikgu apabila diberi kerja rumah tapi tak dibuat. ingat suka-suka ke nak bg kerja rumah tu? itu sebagai latihan pengukuhan. nak bagi pandai anak awak jugak. bukannya nak mendera. ingat kalau cikgu bgi kerja rumah tu dia dapat sebutir emas ke setiap kerja yang disiapkan tu?? bukan suruh cuci jamban rumah cikgu pn, suruh buat kerja rumah je pun. aku akan cadangkan undang-undang, ibu bapa yang tidak mengambil tahu perihal pendidikan anaknya akan dikenakan penalti dibawah akta pengabaikan anak-anak. (negeri aku suka hati akulah nak buat undang-undang apa kan). jadi takdalah makbapak sesuka hati sikit-sikit nak menyaman kan. kita saman dia balik!!

jadi bila kepercayaan di berikan sepenuhnya kepada cikgu, maruah mereka dikembalikan, maka mudahlah aku nak memantau guru-guru di kementerian aku. aku akan jalankan ujian mental untuk semua guru-guru. pastikan they are in the best state of mind untuk mendidik anak bangsa. mereka yang dikenalpasti mempunyai masalah mental, akan diberi rawatan atau diberi option bidang lain. jadi tak wujud cikgu-cikgu gila yang mendera pelajar sesuka hati.lagipun, dah ada senarai hukuman YANG BOLEH dibuat diwartakan dalam pekeliling kepada guru-guru ini.

kemudian, sebagai menteri pendidikan, aku akan betulkan sistem PBS yang ada sekarang.(negeri isketambola pun ade PBS ye) memang menteri sebelum aku ni ngok biol. buat sistem takde pilot study. pegi jepun nak ikut sistem jepun. pegi amerika nak ikut sistem amerika. pegi new zealand nk ikut sistem new zealand. sebenarnya pergi berjalan je. tp nanti balik takde hasil orang query ye dak. jadilah sistem rojak.  untuk memperbaiki keadaan yang ada, aku akan buat team dan hantar ke negara-negara yang dikatakan mempunyai sistem terbaik di dunia. tak lupa juga aku akan hantar team ke negara jiran. aku akan arahkan team tersebut untuk buat kaji selidik bagaimana sistem pendidikan di negara mereka di implement, apa sejarah pendidikan, apa yang buat sistem pendidikan mereka berubah, dan banyak lagi kriteria lah. jadi bila balik, team-team ni akan bentangkan laporan dalam Suruhanjaya Pemurnian Sistem, bandingkan dengan sistem kita, bandingkan dengan adam resam dan masyarakat malaysia dan sediakan satu rangka sistem pendidikan. 
tak dilupakan, mengambilkira pandangan rakyat dalam survey. bukan stakat msyarakat bandar yang celik it, termasuk masyarakat luar bandar. bukan buat survey melepaskan batuk di tangga pastu tatau apa outcome. cit podah. 
ok aku hantar team je, aku takkan pergi mana-mana sebab aku tak suka travel. lagipun aku kena repair damage yang telah dirosakkan sekarang. PBS. macam-macam carutan boleh dikeluarkan dari nama ni tapi aku rasa tak perlulah kita carutkan. 
sistem ni memerlukan cikgu menyediakan eviden-eviden untuk setiap topik yang diajar. nampak macam bg kerja sekolah je kan? well, tidak langsung. setiap topik yang diajar perlu diberikan penilaian. ditanda, diberikan gred. dan tiada rubrik khusus sebagai panduan. cuma secara general. so ikut cikgu itulah dia nak bagi apa kat murid tu. andaikata tak sempat, turun dari langit jelah markah-markahnya. ish jahat kan cikgu tu?? ade kah option lain? tu belum masuk cerita nak kena key in dalam sistem lembab macam siput sedut itu.

apa yang aku akan buat? ok untuk meredakan kekalutan, aku akan kerjasama dengan lembaga peperiksaan dan bahagian kurikulum. sediakan satu team revise semula kurikulum. tak perlulah setiap subtopik nak kena ada evidens segala. ingat nak menanda tu boleh dalam masa seminit ke?? karang dikatakan tak teliti plak. fokuskan apa yang perlu pelajar kita capai berdasarkan tahap perkembangan otak mereka. dulu masa kat maktab, penat aku belajar teori ilmu pendidikan, ntah segala nama tokoh aku hafal dengan teorinya. yang paling femes, jean piaget. bila tengok silibus, langsung tak ikut kot !




so korang boleh tengok sendiri lah kan, perkembangan kognitif atau akal fikiran kanak-kanak ini adalah mengikut umurnya. someone told me, silibus kat malaysia ni too ambitious.
tahap rendah baik tumpukan kepada learn and play. pernah tengok buku teks bm dajah 1 kt malaysia? ha kat negeri isketambola pun gitu. darjah satu dah kena baca karangan. gila kau. aku dulu darjah satu kerja trace hurup je kot. sambil nyanyi lagu lompat si katak lompat. syok woo!

dan aku akan serapkan juga elemen-elemen dari sunnah dan quran walaupun secara tidak langsung kedalam pemurnian silibus ini.
credit kpd tuanpunya site di atas ya. 

oh ya, nak masukkan secara online tu memang bagus. tapi pastikan laju dan tidak buang masa sesiapa pun yang nak mengadap benda itu....

banyak lagi sebenarnya aku berangan nk buat sebagai menteri pendidikan ni. tapi sebab baju aku nak pergi sekolah esok aku belum gosok, jadi terpaksa stop dulu angan-angan ni. 
banyak butir terperinci aku boleh bagi untuk memantapkan sistem pbs ni. termasuk menghadkan pelajar yang dikendalikan oleh seseorang guru. ...so maybe nanti kalau ada masa nanti aku sambung berangan-angan lagi.

tak salah pun berangan-angan dengan kemahuan ni sebab...



Monday, January 27, 2014

tanya sama hati

hye!
salam kasih sayang dari aku untuk semua yang membaca blog ni...


jam dah menunjukkan pukul 1236 am.
esok sekolah ni, tapi ntah kenapa aku rasa cam nak menaip sesuatu kt blog ni.
aku pun pelik kenapa aku tak mengantuk lagi ni, padahal harini aku ada 7 jam tusyen dari kol 830 pagi tadi smpai la kol 6 ptg. pagi tadi kt bukit jelutong, then ke setiawangsa, pastu ke ampang plak....balik lepak2 jap , adik laki aku singgah umah sat ngan anak dia, main2 ngan irfan ptg td, pastu malam pas maghrib aku gerak g umah adik pompuan aku plak kt danau kota.

lama dah aku tak g umah adik aku ni n berborak ngan dia. maklumla aku kan bizi sokmo sekarang ni. so bila dah lama tak berborak, banyakla isu2 yang kami ceritakan. bisnes dia, life aku, anak2 dia, hal sekolah aku and so on. adalah satu cerita yang menarik perhatian aku dari adik aku ni.
maklumla aku kan sekarang takde fb, jd kurangla sikit ter update ngan isu-isu semasa ni...
so terbukak la kisah sekarang orang dok rajin circulate tentang status ke apa ntah kt fb tu, yang mengatakan kalau ko pos gamba ko ngan anak ko, katanya nk menayang rumah sebenarnya, kalau post gambar2 barang baru beli, katanya nak riak, kalau post result anak, katanya bukan anak dia sorang je pandai. pastu orang yang repost tu siap tulis 'muhasabah diri'....

well, aku nak bgtau sikit la ni, apa yang ko cakap tu sebenarnya reflect apa yang dalam hati ko. so pada akulah, kalau hati kita ni sentiasa berfikir baik dan berhusnuzon, takkan timbul isu2 sebegini. sebenarnya, kalau kita dok kata orang tu riak, adekah kita sndiri yang riak atau dengki sebenarnya?? kita ni sebetulnya tatau apa dalam hati orang sebab kita bukan ALLAH. hanya ALLAH saja tahu apa yg terdetik dalam hati manusia. apa yang menulis tu adik beradik firaun ke? perasan dia tuhan boleh tau apa dalam hati manusia??

sejujurnya menurut pendapat aku yang tak seberapa ni, orang yang menulis assumption begitu dan yang tolong circulate tu, diri dia sendiri yang berfikiran begitu. kenapa perlu menegatifkan semua benda?? dia yang perlu muhasabah diri.

kalau akulah, kawan2 aku post kan barang2 yang baru dorang beli, latest, and mahal, aku akan tumpang gembira. secara tak langsung aku dapat update terkini dunia fesyen dan barang-barang branded. walaupun aku tak mampu nak beli, im happy for those who can afford it.

pastu, bila post gmbar anak2 masuk spital ke diri sendiri ke masuk spital mahal, katanya nak menunjuk orang tu pegi spital mahal. woih, ko pernah dengar pasal insurans ke tak ni? duduk dalam ulu banat mana ni? kalau kau beli insurans, memang la boleh pergi ke princecourt ke, gleneagles ke, ampang puteri ke....ke kau sebenarnya ketinggalan zaman tatau wujudnya insurans untuk golongan pertengahan ni?? meh sini aku nak habaq , kau pergi carik ejen insurans, then kau bayar dia bulan2, dia boleh buatkan kau protection + saving sekali. cepat pergi sebelum kebusukan hati yang berulat tu memakan diri kau sendiri.

bila post gambar anak-anak, dikatanya orang tu sebenarnya nak menunjukkan background rumah dia. so what kalau ada background rumah dia yang cantik tu? kau jadikanlah inspirasi untuk cantikkan rumah kau jugak. kalau dia kaya, kau doakanlah semoga dia dimurahkan rezeki. kau pernah dengar malaikat akan mendoakan benda yang sama kita doa kat orang?? bila kau postkan benda negatif, secara tak langsung, kau akan menghasut orang lain turut berfikiran macam kau. wah, memang berganda saham neraka kau. sedar tak??

aku tataulah apa lagi isi kandungan post tu sbb aku takde fb kan. dan syukurlah aku tak baca benda tu. kalau tak mesti aku pun terhasut sama. 

tolonglah wahai manusia-manusia. especially yang beragama islam. aku pelik macam mana orang boleh circulate benda yang sangat negatif macam tu. ke tak sedar sebenarnya bila circulate benda tu sebenarnya mencerminkan betapa busuknya hati sendiri??

orang yang post gambar2 bersoping, anak2 comeltu mungkin sekadar berkongsi kegembiraan, sejak bila berkongsi kegembiraan menjadi satu kesalahan?? ok kalau betullah pun konspirasi teori kau mengatakan orang tu riak, tu urusan dia ngan Tuhan, kau kenapa nak berlagak macam tuhan plak? kenapa kau nak rasa annoyed dengan kegembiraan orang lain? kenapa kau nak jadi mata lalat yang sentiasa carik keburukan dan taik-taik yang busuk ?? please deh.

aku tak kata aku baik pun. tapi apa kata kita sama-sama jaga hati kita. kalau kau rasa benda tu annoying, just shut ur damn mouth or hand shall i say. tengok saja sudahlah. mati ke kalau kau tengok je benda tu tanpa komen yang negatif?? aku rasa tak mati kot.  kalau tak suka tengok, hide saja that person. i used to do that. 

kau takkan kata kt orang kalau diri kau sendiri tak macam tu. 
contoh, kalau aku lapar, aku akan cari nasik. so kalau kawan aku kata dia lapar, aku pun akan tanya "kau nak makan nasik ke?"
kalau aku jenis carik piza, aku akn tanya" kau nk makan piza ke?"

so kalau kau sibuk mengata kononnya orang tu nak menunjuk lah, itulah inilah, sebenarnya kau rasa siapa yang lebih teruk hatinya? kau ke dia??

aku suggest, sebelum circulate sesuatu benda tu, check dulu. takut-takut nanti kau nak bukak aib orang, rupanya aib kau yang ALLAH tnjuk.

sekian saja dari aku kali ni,
aku nak baca buku kt bawah ni sblum tido.





p/s : i think those ppl yg rajin circulate benda-benda merapu ni, shld read this kind of book. lagi berfaedah kot. 

mintak maaflah kalau ada yang baca entri ni terasa hati ngan apa yang aku cakap ni. sometimes manusia ni nak kena 'lempang' baru sedar diri. :)

Sunday, January 19, 2014

kalau aku sayang...

hari ahad yang damai
19 januari 2014

tetiba tergerak nak tulis something kt blog yang dah lama aku tak jenguk ni.
lebih dari 3 hari kira lama lah.
maklumlah, sekarang ni sibok yang amat sangat. walaupun sekolah dah lebih kurang 3 weeks, tapi masih lagi ada few things yang belum sorf out. alah biasalah tu keje manada pernah abis. 

hari ni aku nak cakap pasal sayang.
selalu kita baca or dengar kan, kalau orang tu sayang kita dia mesti buat camni buat camtu. kalau tak buat maknanya tak sayang. hurmm... aku kadang-kadang ok je ngan statement2 camtu tapi kadang-kadang aku kesian la kat pihak lagi satu tu. mana tau kalau dia tak meet up to our expectation tapi sebenarnya dia dah sayang sedaya upaya dia kan....

so aku nak cakap arini, kalau aku sayang kat orang, apa aku akan buat. kita tak boleh la nak letak syarat, kalau orang sayang kt aku, dia mesti buat camni. aku nk list out apa yang aku akan buat. mungkin sama dengan orang lain mungkin tak la kan. biasalah. manusia kan unik setiap satunya. 

ok here goes...

kalau aku sayang kat orang tu, pertamanya aku takkan berkira masa ngan orang tu. walaupun sibuk macam mana, aku tetap akan luangkan masa untuk dia. sekurang2nya akan bertanya khabar selalu. memang dalam life bukan berpusatkan orang yang kita sayang tu je, tapi how else kita nak tunjukkan kita hargai dia kalau masa kita pun kita kedekut. baik takyah ada komitmen gitu kan. and aku boleh cancel kan salah satu rutin aku, kalau perlu. contohnya, aku akan kenselkan kelas tusyen aku utk orang tu kalau betul2 aku sayang orang tu and dia penting dalam hidup aku. 

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan berkira duit dengan dia. pada aku duit tu alat. tools. bukan matlamat. duit boleh cari. usahakan. Allah bagi tulang 4 kerat, campor akal lagi, maka boleh je cari duit. janji rajin. tapi nak cari orang yang sayang kt ko, and ko sayang kt dia, bukannya semudah mencari duit. jd harus bijak set priority di situ. mungkin sikap camni sedikit sebanyak akan mengundang orang-orang mengambil kesempatan kat aku. tp aku percaya Allah tu ada dan Allah takkan menzalimi hambaNya. kalau kita ikhlas sayang kt orang, Allah akan hantar orang yang ikhlas sayang kat kita gak. Allah tu adalah apa yang kita sangkakan. aku happy bila aku tengok orang yang aku sayang happy. kalau membelikan sehelai tshirt berharga rm 100++ dpat buatkan orang tu happy, i dont mind buying it. tapi takdela hari2 kan. belum lagi aku kerja korek gunung emas. and kalau orang tu ikhlas sayangkan aku, dia takkan mintak benda yang bukan2 yang tak mampu nak dibayar. dan akan berpada2 kalau nak apa pun. aku bukannya sugarmommy okeh?

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan berkira tenaga ngan orang tu. kalau dia perlukan bantuan aku, kol 5 pagi pun aku sampai. demam2 pun akan aku usahakan jugak tolong. selagi terdaya aku. apalah sangat tenaga tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan sayang tu kan...

kalau aku sayang kat orang tu, aku akan tunggu dia walaupun 10 taun. itu fakta. been there done that walaupun endingnya sia-sia. aku tak pernah menyesal pun. setiap sesuatu yang kita lakukan adalah pelajaran dalam hidup. aku tak kisah kalau dia yang blah, tp i wont. salah satu sifat orang munafik adalah apabila berjanji dia mungkiri. so aku taknak masuk golongan orang munafik ni. 

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan malukan dia ngan perangai aku yang tah apa2. aku akan cuba sedaya upaya jadi manusia yang lebih baik. tp part ni orang tu kena tolong akulah. kena tolong tegur apa yang tak kena. kita ni manusia, manusia ni memang susah nak sedar dia buat silap. kalau orang tu aku sayang, memang snang je aku nak terima teguran dia. 

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan susahkan dia. aku jenis independent. banyak benda aku boleh handle sndiri. jd dia tak perlu susah-susah nak risaukan aku. cuma kalau aku sakit je lah, mungkin akan sedikit menyusahkan. tu pun biasanya aku drive sendiri pg hospital. 

kalau aku sayang kt orang tu, and dia adalah pasangan aku, aku takkan pandang lelaki lain. walaupun aaron aziz or keith foo. eh. yelah aku takkan nak tergila2kan artis tak tentu hala dah. kalau yang picisan cam blogger cikai ke lagila aku tak heran. aku heran gak bini2 orang yang dok tergila2kan artis la, bloggerlah, tak cukup ke ada laki tu? ish ish. 
bukan sebab aku nak jaga hati dia, tapi sebab hati aku dah occupied utk orang tu, and takda ruang utk orang lain. datangla hensem macam thorr pun, aku takkan pandang. takkan ada makna dah pun kalau keith foo ajak aku kawen ke time tu, kihkih berangan macam hapa kan.  

dan akhir sekali, kalau aku sayang kat orang tu, aku akan lepaskan dia kalau dia tak happy ngan aku. its ok to let go. menyayangi itu bukan maknanya memiliki. dah lama aku pegang prinsip ni. aku sayang sangat mama aku tapi tak lama pun aku dpt hidup dengan dia. 20 tahun je. jadi, takda kasih sayang yang lebih besar pada aku selain dari kasih sayang untuk mama aku dan untuk family aku. ive lost one of the most important kind of love, jadi kalau setakat hilang orang luar yang aku sayang tu, i can manage it. and buat apa orang tu stick ngan aku tapi dia tak happy. useless sangat okay. aku bukan jenis treat manusia macam objek, kalau aku sayang, mesti ada dalam genggaman aku. i wont fight for love. if its meant to be, it will be. if not, useless lah ko fight for it. maybe, u have that person, tapi soul dia kat tempat lain. penat la nak control manusia ni. kereta control pun aku malas nak main, apatah lagi manusia nak control2. hati manusia ni milik ALLAH. doa saja semoga Allah bukakan hati orang untuk sayang kat kita and stay that way till jannah. 

camtula gayanya kalau aku sayang kat orang, and aku tau orang tu takkan boleh buat sama macam apa yang aku buat. maybe dia boleh buat lebih atau mungkin dia tak mampu. biasanya, kita expect orang macam kita. too bad that will never happen. 
just that, kalau aku boleh rasa dia sayang kt aku jugak, that is more than enough for me. aku tau, kalau dia sayang kat aku, more or less dia akan sanggup buat apa yang aku buat jugak. effort matters. 

sekian saja untuk harini, aku nak sambung menanda buku. sok skolah.kbai!


p/s: err...kalau sayang kat aku kan, tolongla belikan 2 ekor binatang kt bawah ni yer. yang besor tuuuu.
thank youuuu ;)